Wednesday, October 23, 2013

Tempahan melukis inai (melaka)

kami menyediakan perkhidmatan melukis inai. kami akan ke tampat anda. kami yang akan cari anda, bukan anda cari kami!!

inai pengantin, (tangan kiri dan kanan, kaki kiri dan kanan) = RM80
inai tambahan ( bukan tangan pengantin) = RM5 sebelah tangan
Kos transpot = RM20 bergantung pada tempat
* hanya area melaka















berminat? boleh emailkan kami di



akucinta03@gmail.com



atau hubungi saya,

012 6122 916



atau pm kami di fb


Monday, October 21, 2013

Amalan menambah air mani lelaki

ok, aku asyik cerita pasal petua untuk si isteri jer kan. kali ni aku shared maklumat tuk para en.suami plak.. bukan cara nak ekhem2 ya.. tue korung dah terlebih pandai. yang penting jangan gopoh!!! hhahahaha...kasi panas dulu ok!!

ok, jom baca petua2 dan amalan untuk menambahkan air mani lelaki:.
Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.
Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:


1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.


3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.


4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.


5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.


6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.


8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.


9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.


Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.


10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.


satu lagi tips, dulu, mas abar2 kahwin, en.suami selalu buat benda nie, bawang + madu + telur. yup dia selalu amalkan. untuk para suami isteri yang nak mendapat zuriat, elok amalkan nie. bawang akan memekatkan air mani. dan madu mmg 100% elok la kan. semua tue untuk tenaga lelaki.. kasi ummphhh!!!

yang si isteri, boleh amalkan Jamu Seri Bonda ya... Jamu nie secara tidak langsung menyuburkan anda, dan memberikan para isteri tenaga. selain itu, JSB nie juga membetulkan dan menstabilkan hormon2 badan.. nak beli macam biasa, hubungi saya ya.. :)

Wednesday, October 16, 2013

Kedai Makan Di Melaka

sekiranya anda semua melawat melaka, jangan lupa singgah di Restoran Warisan...
hihihihi... sebenarnya flayer dan banner nie aku yang design dan cetakkan. jadi aku tolong la promosi sekali kedai nie... 
jom singgah...tak rugi beb datang makan kat sini. menu utam dah tentula ASAM PEDAS!!!... ok banayk menu kat sini.. masakan ala-ala kampung gitu.. sedep ooo...
jom2.. jangan lepaskan peluang..

untuk orang-orang melaka pula, Apa nak makan hari ini? jom ke Restoran Warisan. Kami menyediakan menu sarapan pagi,
menu masakan kampung untuk makanan tengahari dan minum petang.
Pastikan anda pulang dengan perut yang kenyang dengan KEENAKKAN MASAKAN KAMI!!! 



Tuesday, October 8, 2013

Jahitan Luka Besalin Terbuka?

macam-macam cerita orang, pengalaman orang yang mengalami jahitan operate atupun jahitan selepas bersalin terkoyak. macam2 petua yang diaorang bagi. ok jom aku cerita pengalaman aku lak...
tapi bukan aku la yang kena, sbb aku bersalin operate. tapi leh dikira kan pengalaman juga la..
aku bersalin 3 kali, anak pertama aku amalkan makan produk healin. khas tuk orang operate. masa tue kaler oren. mmg bagus. seminggu jer badan dah ringan. luka luar dan dalam cepat kering. dan itu sebab aku berani mengandung tuk kali kedua dengan jarak yang dekat. mas tue tak tahan tengok orang sekeliling mengandung ko... masa pantang anak pertama nie. pantang operate, biasala kan banyak sangat petua orang bagi. mak aku bagi aku makan ikan haruan. orang kata mmg baik makan ikan nie tuk operate. yup mmg baik, TAPI!!! jgn mkn banyak sangat. sbb dia terlalu baik sehingga menyebabkan isi bercantum secara berlebihan. banyak juga aku makan. ikan haruan makan. healin makan. jadi masa aku bersalin anak no 2, aku amat terseksa... isi dalam perut aku bercantum2 dengan usus. mengambil masa yang agak lama dalam dewan bedah. banyak juga la aku kehilangan darah. punca, aku makan ikan haruan banyak sangat. jadi daging dah bercantum2... tue yang dapat no3 dengan jarak dekat aku melalak bagai nak rak.. takut giler!!! sebab troma dgn pengalaman bersalin no2.

ok, masuk cerita bab luka nie. aku tak mengalami apa2 luka terbuka. aku nak ceritakan disini, produk yang aku makan tue, healin mmg bagus. adik ipar aku, bersalin secara normal, dan luka dia terbuka. gebeh gak ar. sbb aku tengok aku awal dah pesan kat adik lelaki aku tue, beli produk healin tue. sbb luka cepat elok. tapi DEGIL!!! nak dijadikan cerita, dia tak nak jahit, sbb penakut. jadi angah aku bagi petua. makan manjakani dan serbuk manjakani tue tepek kat luka tue. nnt luka tue cepat elok. dan adik aku ibarat doktor tue buat. sekali dia buat salah. dia tepekkan betul2 benda tue, sampai dah melekat jadi isi. jadi bertambah sagit minah tue. malaung2 dia. aku tgk aku kat adah teruk.a ku takut nanah jer nie. dan kuman masuk nnt. jadi aku pujuk dia gie klinik. cuci balik dan jahit. dia tak nak, last2 aku cakap.... 
INGAT AWAK MUDA. BENDA TUE TUK LAKI AWAK. SUAMI NIE NAK JAGA DIA, NAK IKAT DIA, PAKAI BENDA BAWAH TUE. KLU DAH TAK CANTIK DAN BESAR, CAM NER NAK HIDANGKAN KAT SUAMI?

jadi dia pun , pergi la.. mmg azab giler aku tgk dia. mungkin sbb dia tak kuat. klu sakit mmg melepek.. jadi dah kena jahit, mulut aku membebel lagi suh beli healin tue. tak beli juga. rupa2 esok tue, terbuka lagi!!! sebab bukan jahit tak cantik. kulit dia macam tau hu. nipis dan teramat nipis. aku tgk jahitan masih cantik, tapi kulit dia terkoyak. nak jahit bali? aku kata tak payah. klu jahit mmg nyata terkoyak lagi. dan dia mati hidup semual tak nak jahit balik. jadi aku cakap. beli healin tue. makan dan luka tue sapu ubat kuning jer? dan ko amalkan makan jamu kasi ketat. masa nie la aku try Jamu Seri Bonda tue, dah dah berkesan aku bagi dia... dan hasilnya UMMMPHHH!!!..

ok masuk cerita tadi balik. jadi laki dia aka adik aku tau baru terhegeh2 beli healin. dia makan, tak sampai seminggu luka dah bercantum. isi dah naik. dan masuk jer seminggu dah sihat!!! tengok..ckap orang tak mau dengar.. padan muka. huhuhuhu.. dan selepas seminggu tue juga, jln dah laju dah strat makan ayam bagai. sbb mmg dah baik.

jadi aku rekemenkan korung yang kat luar sana tercari ubat tuk baikkan luka dalaman, ko makan benda nie..
tak kisah, ko bersalin normal ataupun operate, ko beli nie... puas hati!!
klu bersalin operate dan tuk luka. korung beli yang kaler HIJAU tau...









Monday, October 7, 2013

cara memuaskan suami bila dalam kedaan haid @ nifas

ingat lagi aku pernah postkan entry bagaimana nak puaskan en.suami bila dalam keadaan haid atau berpantang?? oleh kerana ada yang cari tips cam ner nak goda en.suami, aku aku bagi sedikit tips la.
.

hihihi..ok jom aku turun kan ilmu macam mana nak goda2 encik2 suami anda.. tapi ingat.. khas tuk para isteri jer tau.. yang lom kawen tue jadikan ilmu jer..huhuhuh...

ok... kadang kita perempuan (isteri) malukan..ishh..takkkan kita nak strat dulukan..buat malu jer.. buat kali kena tolak..segan jer... ok bila terfikir hal tue, cepat singkirkan.. bertuah klu lelaki aka en.suami nak tolak hidangan paling sedap ok!!! hihihihi

ok, jom cerita bab berpantang nie. kita perempuan kena berpantang bila dah melahirkan anak. untuk para suami, kena lah bersabar, sbb si isteri tue berpantang untuk kamu juga. bila kita melahirkan anak secara normal, banyak urat dalaman kita membengkak jadi benda dalaman kan mana kita nak nampak. tue sebab orang2 tua suh kita berpantang 100 ari jgn bersama suami tuk kembalikan urat kita yang dah putus tue elok.
tapi mana tahan 100 hari kan. nak tunggu 44 hari tue pun dah azab, niekan 100 ari... air naik kepala la!!!

biasanya si isterti ni akan berpantang kat umah mak sendiri. pastikan anda tempah satu bilik k. hihihi..jangan tido lepak kat ruang tamu. sbb malam kita ada projek kan??? hihihi.. ok, si isteri jgn la kau goda lebih2 nak pakai wangi bagai..ingat awak tue berpantang..kang tak pasal2.. bentan ko kang!!! ok senang jer.. mulakan dengan kata-kata kesian. contoh..
"kesian suami saya. kena puasa. orang lain puasa siang hari, suami saya puasa malam hari.."
mesti laki ko buat muka sedih nya...
"tak per, mlm nie saya servis awak ya..."
hihihihihi... macam sengal tak ayat2 aku?? klu malu korung nak cakap depan2.. korung sms ler en.suami korung eh. nnt dia balik kerja muka sengih jer pandang ko...jadi pepandai kau la cam ner nak start kan. tak kan i nak cerita kat sini. kang jadi cerita lucah plak. orang lain wat modal plak!!!

ingat. siang kita bersama anak2, tapi waktu malam sepenuhnya untuk suami. pastikan kamu layan suami kamu sebaik mungkin. mungkin kita berkerja tak sempurna nak uruskan suami. betul tak? kadang2 tak sempat nak masak, nak bergurau senda dengan dia. jadi bila ada masa bersama suami? atas katil nak tido tue la time2 kita bersama. jadi jgn rugikan masa dengan merajuk (walhal aku selalu juga merajuk, mogok tak nak tido dgn en.suami, last2 aku yang rugi!!!)
contoh ayat korung leh guna..
"awak, say atak leh tido la..rasa macam nak bersenam!!!"
"awak saya panas la. awak tak panas ker?" * sambil buka baju, tukar baju seksi..huhuhuuh
"saya tak leh tido, apa say anak buat nie!!!"
"ok, awak tido, saya tolong urutkan. urutan kasih sayang namanya"  sambil pegang losyen dan kenyit mata
yang lelain korung pikir sendiri.

dan bila kamu ada baby. pastikan baby tido disebelah kamu, dan kamu isteri pastikan tido tengah2. antar si anak dan si suami. "tapi en.suami saya nak tido dengan anak dia.." ok jgn rissau..kasi jer dia tido ngan baby ko..time baby nie lah dia nak tido ngan anak..bila anak dah besar, jgn harap la kan.. biarkan. kebiasaannya baby akan bangun pepagi buta nak menyusukan? ha.. bilakau nak menyusukan anak, ubah posisi. ko tido tengah balik...hihihi..kali nie baby besar lak tido tengah ya....

ok. lagi satu ayat yang korung leh mulakan. sebelum tido tue, kau urut laki korung..
"kesian abang. mesti penat kerja tadikan. meh saya urutkan ssssaaaatttuuuu badan abang.. servis baik punya.."
haahahahha... mula2 urut pastu merayap2 la tangan tue ya... jangan risau en.suami akan beri kerjasama terbaiknya pada anda. dan anda si isteri jangan lupa membuat bunyi bunyian yang boleh memberangsangkan suami anda. jangan kuat2, nanti mak dengar plak. dah kau berpantang kat umah mak kau kan. kang mengamuk lak mak kau!!!

ok. dah lagi ker tips?? ala...aku pun tak tau cam ner nak cerita. malu la... lain kali la eh. setakat nie tue jer aku nak membebel kat korung... hihihi...

sebelum tue, dalam pantang nie, dah lepas 21 hari, mmg elok sangat ko makan JAMU SERI BONDA. hihihi... kasi ketat beb yang dah longgar tue. dalam pantang kita dah servis en.suami, pasti dia tak sabar mengira hari yang ker 45. dah get ready nak terkam korung..hahhaha..jadi buat kejutan tuk suami anda.


Amalkan Jamu Seri Bonda nie..passtttiii syooookkk...
cam ner nak beli? hihihi.. hubungi saya ya...


Kasih Mak Ayah ku













entah kenapa hari nie aku sehari suntuk cerita pasal mak ayah aku.. mereka super hero aku. idola aku. jasa mereka pada aku tak dapat aku balas. semewah mana pun aku berikan tak terbalas juga apa yang mereka buat pada aku...
korung tahu? aku dulu masa kecik dah berpenyakit. asma aku mmg kronik. masa tu umo aku 5 tahun. aku tak pernah pergi tadika. aku masih ingat, aku hanya sempat sekolah tadika selama 10 hari sahaja. selebihnya aku ulang alik hospital
aku ingat lagi masa tue boleh dikatakan aku seperti nazak.aku ingat lagi, waktu tu dalam bilik. aku atas katil. tak boleh tido. nafas tercungap2.. ulang alik spital dah banyak kali. aku tak leh nafas. mak dah menangis pandang aku.. berulang kali cakap ngan ayah..
"bang..anak kita bang..anak kita...mengucap nak"
ayah tak berkata apa. aku masih ingat lagi pandangan dia... tak dapat aku nak luahkan macam mana pandangan itu..tapi aku  masih ingat sampai sekarang..
aku pandang ayah. dengan pandangan itu tiba2 aku seperti dapat bernafas. nafas aku tertatur kembali. KUASA TUHANKAN... sampai sekarang aku tak tahu macam mana aku boleh bernafas lagi..
itulah super hero aku. ayah dan mak aku. aku tak boleh tengok mak dan ayah aku sedih. hati aku akan sakit. tersakit sangat.. aku tak sanggup tinggalkan mereka. tak sanggup..
kami 6 beradik semuanya. abang yang sulung sehingga adik aku yang no 4 merasa susahnya hidup kami dahulu. walaupun ayah kerja seorang diri, dia tetap gagahkan diri beri kami anak beranak makan. dulu, beli baju raya pun dua tahun sekali. kalau orang lain sedekahkan baju kat mak, aku la orang yang paling suka.. terus pakai..
 korung tahu tak, mak ayah aku pergi tanah suci Allah tak pernah dirancang. duit langsung tak ada di tangan... tapi macam tak percaya ayah dan mak boleh jejak kaki bersama2 disana... bukan sekali. ayah nagn mak dapat tunaikan umrah dahulu, baru tunaikan haji. dan semua itu secara percuma?? pelikkan? TUHAN MENJEMPUT AYAH MAK KESANA... hebatnya kuasa ALLAH..
jadi ingat ayah selalu berpesan, klu kita selalu ingatkan Allah, dia pasti akan ingat kita dan membalas baik tuk kita. tapi kita selalu LUPAKAN DIA KAN??? * malu pada diri sendiri...

ayah mak... banyak benda ckin belajar dari mak dan ayah. terlalu banyak. terima kasih..terima kasih kerana kasih dan sayang mak ayah tidak pernah kurang pada diri ini, walaupun diri ini dah pun bersuami. terima kasih mak..terima kasih ayah...


* tak boelh nak cerita lagi..dada sebak. air mata dah mengalir2 dah nie... sebak terkenang kisah lalu.. :)

Sunday, October 6, 2013

enam beradik ditinggalkan kelaparan



KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.



______________________________________________________________________________________



kesian anak2 nie... aku baca terlalu sayu.. geram... klu tak nak anak2 tue meh sini bagi aku.. miskin macam mana pun aku, aku tetap cari duit tuk bagi mereka makan. walaupun hanya nasi putih semata. kesian.. ego masing2 nak tinggi, yang jadi magsa anak!!