Sunday, May 14, 2017

kesian anak ibu

ari khamis, 11.05.2017
aku dtg kat anak² aku.. kat umbai. dlm jam 9.30 mlm. lama gak aku tunggun diaorg abis kelas kul 10. anak aku pun dtg lmbt kat aku.. dlm penuh kesabaran tunggu, alih² ex duda aku call. n masa ni mood aku tgh happy..nak jumpa anak aku.. so baik je la aku jawab.

dlm pada baik aku jawab punya la aku terkejut, anak aku, amar danish x de kat sekolah. kena air panas. masa dia ckp aku ingat anak aku kat sek. lg. rupanya si bongok tu dah bawa balik..
yg buat aku sakit hati, dia leh bg ayat kat aku..

"aku otw antar amar kat ayah. ko nak tgk bdk gie blk jasin umah ayahh..."

terus mencanak darah aku naik..
kenapa perlu dia bgtau ayah aku dulu? knp tak terus bgtau aku. aku ibu dia.. punya la aku sgt kecewa. mcm org gila aku meroyan kat sana... si bodoh ni nak sakitkan hati aku...
hari kedua. dah gelembong

hari pertama, masa ambik amar

hari keTiga.. dah makin ngeri tgk



dah tu aku marah dia, suh dia bawa anak aku blk umah dia. n mlm tu lepas tgk muhammad iman, bg muhammad iman makan, aku terus gie umah dia... bengkak biji mata aku melalak.. knp la dia seksa mental aku... apalah salahnya dia bgtau aku dulu sblm bgtau org lain. x kira bapak aku ke apa..


mlm tu aku ingat nak bawa amar tido dgn aku.. tp amar nak tido dgn aBah dia plak. lg bertambah sedih aku.. tp aku pikir positif je... n mlm tu aku tido sampai aku mimpi anak² aku.. dah terlalu rindu...

esok tu aku call ustaz iman..minta izin bawa anak aku keluar.. nak bawa tido dengan aku. n ustaz izinkan.. so lepas rindu aku dpt tido dgn anak²'..


nak jdkan cerita, smlm masa otw balik, kereta boleh rosak... 6 jam aku duk tepi jln... tunggu org dtg.. kawan?? time ni la ko akan tahu sape lawan sape kawan.. rSa nak fuck jeeee... sabo...sabo..


 


kereta overhall.. kena toing.. nak nangis aku.. so skrg x de transpot. nak gie keje pun tak tau mcmn.. frust aku.. adik bradik..lg hampas...

sabo...sabo.. dugaan tuk ko syikin... ko lalai... allah bg amaran.. ko makin lalai sujud!!!

Saturday, March 18, 2017

SAKIT

iamNEETA – SAKIT Lagu Music Video

Sakit yang ku rasakan,
mengaburi jiwa ini,
dendam yang kau berikan,
cukup di sini.

Mengapa mudahnya,
kau sakiti,
mengapa mudahnya,
kau lukai,
mengapa kejamnya,
kau menghancurkan hati perasaan ini.

Putih bersih cintaku,
kau racuni hingga mati,
cinta yang kau berikan,
cukup di sini.

Mengapa mudahnya,
kau sakiti,
mengapa mudahnya,
kau lukai,
mengapa kejamnya,
kau menghancurkan hati perasaan ini.

Siksanya hati ini,
kau slalu sakiti,
kau membukakan pintu ini,
namun engkau menusuk ke dalam,
hingga dasar hati,
kau mencabut nadi cinta ini.

Mengapa mudahnya,
kau sakiti,
mengapa mudahnya,
kau lukai,
mengapa kejamnya,
kau menghancurkan hati perasaan ini,
sakit yang ku rasakan.

Thursday, March 16, 2017

RINDU

SAYA RINDU SANGAT AWK HARI NIE!!!!!

tue je nak ckp..
rindu...

Sunday, March 12, 2017

Sayang Anak Ibu...

sayang anak² ibu....
sukar tuk ibu nyatakan perasaan ibu sekarang..
sedih.. sudah tentu syg..
kita tak pernah berpisah..
sejak kamu wujud dalam rahim ibu..
sehingga sekarang..
kamu semua nyawa ibu..
kekuatan ibu...
ibu terpaksa lepaskan kamu pergi..
demi kebaikan ibu lepaskan dengan hati tenang syg..

mungkin ini terbaik untuk kita..
iman, amar, atul jgn pernah lupakan ibu..
doakan ibu syg.. doakan kita..
ibu percaya anak² ibu tak pernah lupakan ibu..ibu janji syg, ibu akan dtg kat awk.. ibu akan jaga awk balik bila ibu betul² kukuh.. ibu sayang anak² ibu...

syg ibu...
ingat tak? kereta kita tersadai tepi jalan??
awk semua bersama ibu saat ibu tak de apa² syg.. ibu tak sanggup lihat anak² ibu susah begitu...
iman syg.. ibu minta maaf syg.. ibu minta maaf.. iman amat memahami ibu.. ibu selalu marah iman.. maaf kan ibu syg...masa kereta kita tersadai tue, ibu tau.. anak² ibu lapar sgt... dlm beg duit ibu hanya ada rm3.. kita korek² syiling.. dan akhirnya genap duit kita rm4. iman beli nasi goreng... hahahhaha... kesian anak ibu... n alhamdullilah mak cik tue tolong kita syg.. mybe dia tau kita susah..
dia bg nasi goreng siap ngan air sekali...
ibu suap anak²  ibu makan.. dan masa itu iman ckp kat ibu..
"ibu.. makan la sekali bu... "
ya allah sedihnya ibu syg... ibu menggeleng, tp iman paksa ibu makan juga... terima kasih syg untuk kenangan itu...
kita susah... kita makan apa yg ada.. n anak² ibu tak pernah merungut..
sekali pun x pernah merungut.  baik iman, amar mahupun atul... tak pernah minta apa² dengan ibu.. tak pernah minta mkn yg mewah..
telur goreng makan ngan kicap pun awk ckp sedap n makan dengan selera..
mkn mee goreng sepanjang harinpun selera...
ya allah.. terima kasih ya allah, kurniakan anak² ini kepadaku..
aku tahu ia pinjaman daripada mu..
kuat kan aku..
kuatkan anak² aku..

sayang anak ibu....
tunggu ibu ya..
ibu akan dtg kat awk..
kita akan hidup bersama..insyallah..
iman bakal iman ibu..
mungkin ibu selalu doakan begitu, tuhan gerakkan hati kita semua syg.
awk kesana...

ibu janji syg.. ibu janji..
kita akan bersama nnt.. tak kira bila masa itu.. jangan pernah lupakan ibu syg..jgn pernah lupaka  ibu...

ibu tak ada siapa lagi syg..
hanya kamu semua..kamu semua yg ibu ada.

sayang ibu tak pernah pudar syg..
kasih ibu pada kamu semua tak pernah putus... kita kuat.. ibu yakin, anak² ibu kuat!!!

ibu sayang muhammad iman..
ibu sayang amar danish
dan
ibu sayang nur qurattul'ain...

HAPPY BIRTHDAY AMAR DANISH

     12 FERBRUARI 2017
--------------------------------------------
selamat hari lahir sayang..
ibu minta maaf, di hari lahir awk, ibu buat awak sedih...
ibu malukan awk.. maaf syg.. ibu x sengaja...
ibu sgt xcited untuk jumpa awk ngan abg kat sek. ibu dah beli kek n sedikit makanan untuk kita lepak sesama kat dpn sek awk...
bila ibu sampai je, ibu dpt tau abah awk dah lama ambik awk dr sek. ibu jd sgt marah sbb abah awk x bgtau ibu yg dia dah ambil awk semua. walhal dia tau ibu cuti, n ibu bawa adik awk, atul tido ngan ibu. knp susah sgt abah awk tue bgtau ibu??

n ibu sebenarnya mmg x nak gaduh dgn abah awk dpn public. itu sbb ibu tunggu awk semua dlm kereta. alih² abah keluar n buat ibu marah... dia boleh ckp..
"kau sape???"
ibu terus naik hangin syg.. ibu x pernah nak pisahkan awk ngan abah awk.. n ibu x pernah halang dia nak jumpa awk semua. tp kenapa time ibu nak jumpa awk dia buat mcm tu?? n boleh plak dia persoalkan siapa ibu???

maaf kan ibu iman.. maafkan ibu amar,dan maafkan ibu atul..
serius ibu klu x de awk, ibu dah lama tinggalkan dunia nie syg... ibu x yakin ibu dpt tempuh dugaan nie syg...
ibu kuat sbb kamu semua..
ibu kuat sbb kasih syg kamu semua...

ibu tahu kamu semua tak puas dgn ibukan?? mcm tue gak ibu..
alangkah adik awk atul sehari tido ngan ibu pun nangis nak duduk dgn ibu lagi.. nie kan awk.. tak sampai 30 minit jumpa ibu...

ibu sgt marah abah awk tak bgtau ibu awk dah leh balik awal. klu ibu tau awk leh balik awal dah lama ibu ambik awk, dan kita habiskan masa bersama syg.. knp dia terlalu kejam??

susah ke dia nak bgtau ibu, awk semua dah boleh balik??
awk tau x syg... ibu nak sgt dtg kat awk mlm nie.. mcmn yg awk minta. suruh ibu dtg mlm kat sek. tp ibu x boleh la syg.. ibu x cukup duit nak tuang minyak syg.. awk tau ibu tgh susahkan syg..

sabar eh syg.. ibu akan cari duit syg... ibu akan kumpul duit.. ibu akan ambil awk semua duduk dgn ibu... kita berempat sahaja.. sabar eh syg.. doakan ibu syg.. supaya ibu kuat.. supaya ibu x buat benda bodoh syg...

iman...
maafkan ibu.. ibu syg awk... terlalu syg...

amar..
maafkan ibu syg... ibu syg awk juga.. tersgt syggg... maafkan ibu rosakkan birthday awk.. tak pernah awk nangis.. itu pertama kali ibu tgk awk nangis bila ibi wish birthday awk. ibu bg awk kek.. bila ibu peluk awk.. awk nangis semahunya dlm pelukkan ibu.. ya allah anak aku...
ibu dpt rasa syg apa yg awk rasa....

atul...
maafkan ibu syg.. ibu pun syg awk sgt syg...ibu tahu awk demam sbb rindukan ibu.. n awk x puas pun tido dgn ibukan.. awk mkn byk bila ibu suapkan awk.. n awk ckp.. "atul x kisah mkn apa janji ibu masak atul rasa semua sedap!!"
terima kasih syg.... jgn nangis eh.. ibu janji syg.. ibu akan ambil awk semua blk...

------------------------------------------------------------------

apa aku rasa??
pernah rasa dah fedup dgn kehidupan??
pernah rasa nak gila?
pernah rasa nak bunuh diri??
itu yg aku rasa... nak bunuh org pun aku rasa ada...
geram, marah, sedih, kecewa,
yg aku mampu buat??
tak.. aku x mampu buat apa..
sabarkan hati... cuba pujuk diri...

sabar sikin... akan sampai saat itu..
berdiri.. berjalan la walaupun dgn payah sekali pun.. demi anak² kau... demi kebahagiaan anak kau bersama kau..

aku jd tak hirau dgn keadaan sekeliling..
aku jd tak ambil tahu hal org walaupun hal keluarga aku sendiri.. sbb bg aku benda itu semua pahit!!!!
aku masih x boleh lupa keadaan anak²...
aku masih belum lupa hinaan mereka... tuduhan mereka...
dan aku yakin mereka akan terus menerus menyalahkan aku..

perit.. pahit..
pahitnya kehidupan aku skrg...
sgt pahit!!!

Friday, March 10, 2017

hati hempedu...

pejalanan hidup aku kini pahit..
ibarat....

aku dlm keadaan lapar... berhari tidak makan. aku berjalan, dan berjalan.. untuk mencari kabahagiaan.. bdn terlalu letih, tiada tenaga.. sehingga la aku terjumpa satu makanan.. dan makanan itu ada lah...
HATI YG DISALUTI HEMPEDU...
aku punyai 2 pilihan...

pilihan pertama :-
aku ambil hati td, lalu aku basuh n buang henpedu tadi. bila makan. tetap rasa kepahitan hempedu tadi.. pahit!!! sangat pahit!! tp aku memaksa diri untuk makan agar aku dpt tenaga untuk teruskan perjalanan aku yg entah berapa lama untuk temui kebahagian...

pilihan kedua :-
aku berlalu pergi dan berharap di hadapn perjalanan aku, aku akan temui makanan lain.. berjalan terus berjalan tanpa tahu bila aku akan temui makanan lain...entah sampai atau tidak...

pilihan aku sekarang adalah, pilihan pertama... pahit.. sgt pahit.. tp aku teruskan...aku telan.. walaupun aku tak pasti adakah sepanjang perjalanan aku, aku akan hanya temui hempedu itu berapa kali...

namun aku yakin.. aku akan temui kebahagiaan yg aku kejar selama ini.. selama mana pun ia, aku tetap lalui dgn penuh kepahitan... moga.. aku temui kemanisan yg selama ini aku cari.....

*tunggu ibu ya sayang...

kepahitan kehidupan 01

zaman kejatuhan???
pernah rasa?
bila kau dihina keluarga kau sendiri...
bila kau dihina saat kau x de apa.
dan kau terpaksa lepaskan org² yg selama ini amat kau syg...
nyawa kau???

yup.. aku x tau mcmn aku nak bgtau apa aku rasa.. rasa nak bunuh diri pun ada..
bila apa yg kau ada sekelip mata hilang...

ya... mmg ini pilihan aku..
kuat ke aku??
kuat ke aku???
mampukah aku??

sakit... terlalu sakit hinaan itu..
amat perit.. amat sakit...

-----------------------*************----------------------

02 FEBRUARI 2017, JAM 2 PTG

aku buat keputusan untuk keluar dr rumah.. sbb apa?? terlalu berat untuk aku nyatakan sbb... dan yg pasti sbb utama, abg aku sendiri. dan yg kedua org tua aku...

mungkin aku bukan lagi anak yg boleh jaga mak ayah aku.. mungkin bukan lagi anak yg boleh buat mak ayah bahagia.. dan aku bukan anak yg boleh buat mak ayah aku senyum ketawa..

waktu nie.. iman ngan amar balik sekolah.. aku bgtau anak² aku.. ambik brg yg penting... ambik buku sekolah semua dan masuk kereta. jgn tanya apa²... anak² aku patuh, walaupun pada masa tue iman takut²...

duit pada aku masa tue tak sampai rm10. puas aku pikir... mana aku nak pergi.. mana aku nak bawa anak² aku??
tak kan aku nak bawa anak² aku merempat????

aku berhenti tepi laut.. qistal bay.. yup kat sana.. terlahir ayat dr mulut iman..
"ibu... kita jaga diri kita sendiri la.."
" maksud iman??"
"ye la..kita jaga diri kita. ibu kerja, iman amar atul jaga diri kita sendiri.."

aku senyap. air mata dah nak mengalir dah nie. aku tahankan lagi...

"mana kita nak tido nak? ibu lom keje, rumah x de? duit ibu pun x de?"
"ala.. kita tido dlm kereta je bu.." amar bersuara..

air mata aku dah nak tumpah dah nie...
"awk semua gie la main dpn sana. kasi ibu pikir. nnt ibu panggil awk semua.. jgn main jejauh..."

dlm jam 4 aku panggil anak2. semua masuk kereta n aku bawa gie mandi asahan.. huhuhu.. gila kan? mmg dah mcm merempat. aku bajet nak mandi petronas. tp mcm x brp nak best..hahhaha.. dan masa otw kesana, aku beli makanan sikit. sbb aku tahu iman amar sgt lapar.. beli goreng pisang rm2, beli kopok lekor rm2, dan air.

jam 6 aku keluar dr asahan..
bawa kereta tanpa hala tuju.. mn aku nak gie nie?? mana aku nak bawa anak aku?? ngan sape aku nak minta tolong.
aku pergi balik qistal bay.. lepak sana lagi..

otak aku ligat pikir...
memula aku perlu ada duit. mn nak cari duit dlm tempoh sesingkat nie? sape aku nak tebalkan muka untuk tolong aku??
aku text duda aku. aku minta nafkah anak tuk bln nie. n aku cerita yg aku dah keluar dr rumah sana. masa nie, aku dah bgtau dia.. aku x mampu lagi. aku x sanggup tgk anak² aku merempat. dr dulu aku bgtah dia.. tp mungkin dia fikir aku duduk dgn org tua, jd aku senang. x de masalah...
alhamdullilah.. dia bankinkan nafkah anak. masa nie dah jam 6.30... aku panggil anak² aku... n masa nie, aku tahu iman dan yg lain dah lapar. iman mengadu sakit perut. aku ckp sabar syg.. kita gie kedai mkn ya..

dan sekali lagi di duga..
kereta mati tgh jln...
ya allah.. ya allah.. ya allah...
anak² lapar, n kereta mati tgh jln???
aku teringat kawan aku.. yg br aku kenal dlm sbln dua.. ninie. bawah aku umo dia.
aku x ramai kawan. yup. dlm hidup aku, aku x ramai kawan... aku bgtau 3 org masa nie keadaan aku...

pertama, aku bgtau kau.. aku merayu kat kau.. merayu dan terus merayu. aku rasa masa tue kau layan aku mcm sampah!!! n aku akui mmg aku ada buat silap kat kau.. mmg salah aku.

kedua, aku bgtau ninie... ninie kata tunggu, aku dtg... aku lega sedikit...

ketiga, aku bgtau wan.. superduper aku masa blajar ikm dulu. lepas ikm aku x pernah jumpa dia. kami berhubung sgt jarang. kdg 2 bln, kdg 6 bln sekali br text.. dan ada sampai setahun lost contact. dan dia kata... "sabar. aku setelkan keje aku dulu. ada bantuan lain x dtg??"
"member aku kata nak dtg. harap dia dtg.."

n kau tau masa nie apa aku rasa???
aku sgt² buntu..aku sgt² terhina.. aku sgt² sedih.. anak lapar, kereta sangkut tepi jln.. dan anak aku x ckp lapar, cuma mengadu sakit perut. dan diaorg pun mcm aku.. tertanya² sape akan dtg tolong kitaorg..

hampir 1 jam lebih aku tunggu. kereta leh strat tetiba.. aku pecut.. tp mati blk dlm beberapa meter je..
aku down blk!!! dan korung tau kereta aku mati kat mana?? tepi jln n sbelah kedai mkn..  sekali lg iman ckp perut sakit. begitu juga ngan lain. masa nie.. aku korek² duit. brp yg ada.. anak² semua cari duit² syiling dlm kereta.
hasilnya dpt rm4. aku bg iman..
" iman pergi kedai tue. dan iman tanya makcik tue.. nasi goreng cina brp ringgit."

iman patuh. kebetulan kedai tue mmg x ramai org. masa aku suruh iman gie, time tue kitaorg mmg dah 30 minit kot kat situ.. iman dtg kat kereta dgn bungkusan makanan. aku tgk ada makanan ngan minuman..
"air tue mak cik tue bagi. dia tau kereta kita rosak. dia tanya ada org tolong tak? iman ckp kawan ibu nnt dtg.."

air mata aku mmg x tertahan dan masa nie... ya allah.. terima kasih. ada lagi org yg baik dlm dunia nie kan... aku suap anak² aku mkn...
"ibu mkn sekali. ibu belum makan."
"x apa syg, syg mkn la.. ibu x lapa..."
"ibu mkn dulu baru iman makan..."

menitik dah air mata aku.. aku makan sesuap.. dah aku teruskan suap anak²..
ya allah terima kasih kurniakan anugerah ni ya allah... terima kasih..
dan masa nie, sehingga sekrg, aku x akan lupakan.. tak akan lupakan.. tak akan!!!

jam 11, wan ngan ninie dtg. ninie sampai dulu, br wan. ninie dtg ngan akk dia. dgn anak kecik.. dgn x de lesen.. kena maki mmg dah kena maki dah aku masa tue. huhuhuhu...  ninie dtg bawa jumper.. lmbt dtg kat aku sbb cari jumper kereta..

wan jumperkan kereta. x boleh strat.. aku termenung lagi.. kereta buat hal time aku sgt perlukan duit!!!!!! kereta x leh strat. aku mati akal.. mana aku nak gie nie??? mana aku nak bawa anak aku????

aku teringat sahabat aku. dia dah kahwin so mmg dia pilihan last aku untuk aku minta tolong.. aku nak tumpang umah dia. n masa nie aku wasap, respon dia lmbt... ye la.. aku wasap dia pun dah jam brp kan..
last² akk ninie ckp, blk umah mak diaorg. x de jln. skrg pikir anak² kau.. esok nak sekolah. nie dah jam brp!!!
aku akur...anak² naik dgn ninie, dan aku dgn wan. sbb masa nie mmg aku nak bercerita.. terlampau sedih.. teramat sedih. n aku rasa dia leh bg aku pendapat, sbb dia mmg lg tua dr aku.

ninie ngan akk dia mmg bawah aku. so aku minta pendapat dia.. mmg aku cerita semua dgn dia...
air mata jgn ckp la.. sbb dr tadi aku tahan nangis...

dah sampai umah ninie, sahabat aku baru balas wasap aku. n dia mmg suruh aku dtg umah dia.. mmg aku akan ke runah dia. tp aku kena setelkan masalah utama aku, iaitu kereta.

satu malam, masalah aku selesai. esok, aku kena fikir lagi mcmn nak selesaikan masalah lain....

sehingga hari ini aku masih belum lupakan situasi yg aku alami masa nie. aku masih lom dpt lupakan riaj wajah anak² aku.. keadaan aku... dan sehingga hari nie aku masih belum bersedia untuk balik ke family aku, mak ayah aku...

yup.. aku akan cerita.. apa jd keesokkan hari.. selama brp hari aku bersusah payah dgn anak² aku.. sama² faham keadaan aku, keadaaan pada masa tue..

aku akan cerita saat aku lepaskan anak² aku dlm jagaan zalie...
begitu sukar aku lepaskan mereka.. amat sukar.. terlalu sukar...