Saturday, September 28, 2013

Jep berlakon kes Bini Mat yo!!!


macam nak pecah perut aku tengok.. rugi aku tak tengok!!! adoiii lawak giler ar!!!

Wednesday, September 25, 2013

minta bantuan!!!

saya tahu anda semua mmg baik hati.. minta tolong jasa baik tuk klik link yang diberinie, dan like pic anak buah saya yang lagaknya macam bos tue...

minta tolong ya...




ANDA SEMUA MMG CUTE!!! TERIMA KASIH!!!


Tuesday, September 24, 2013

SEEKOR MANUSIA, SEORANG ANJING??????

jalan2 di alam maya, alih jumpa satu kisah nie.. aku shared dengan korung...

SEEKOR MANUSIA, SEORANG ANJING???????

“Abang, ini anak abang, bertanggungjawablah abang!!” desak Ayu teresak-esak. Hatinya pilu. Kesetiaannya selama ini tidak dihargai. Apalagi yang dia tak korbankan. Segala-galanya termasuklah dirinya. Dan, inikah balasannya?
“Ah, kalau dengan aku kau boleh serahkan diri, apatah lagi dengan orang lain! Sudahlah, perempuan jalang macam kau nie bukan boleh percaya sangat! Susah apa?? Gugurkan ajalah!” tegas Remy. Baginya semua perempuan adalah sama. Mudah setia, bodoh.
“Sampai hati abang! Abang dah gila ke!? Abang, please....! I need you! Ayu perlukan abang saat ini. Ini anak abang, percayalah!” air mata Ayu bagaikan air hujan yang mencurah-curah ke bumi yang dah lama kemarau.
“Percaya? Kalau kau nak aku percaya, gugurkan budak ni, senang cerita!” Remy bersungguh-sungguh. “Abang dah gila ke! Abang kejam! Abang jahat!” laung Ayu sambil menumbuk-numbuk dada Remy. Kudrat wanita, apalah sangat.
Pang!!! Satu tamparan dari Remy menjengah ke pipi Ayu membuatkan perempuan itu terjelapuk jatuh. Ayu meraba pipinya. Ayu tidak percaya. Adakah ini Remy yang dia kenali dulu.
“Engkau yang bodoh! Yang kau bodoh sangat serahkan diri kau kat aku sapa suruh! Aku tak paksa! Engkau yang rela! Pergi jalanlah, aku boleh cari ramai lagi perempuan yang lebih cantik dari kau, jalang!!” Ego Remy tercabar. Dia tersenyum melihat kemerahan pipi Ayu. Hatinya menjerit puas.

****************************************************

“Amir, ibu tinggalkan Amir bukan bermakna ibu bencikan Amir, ibu sayangkan Amir, kaulah satu-satunya anak ibu. Tapi ibu tak mampu. Ibu malu! Ibu malu bila masyarakat pandang serong pada ibu. Bila Amir dah besar nanti, jangan jadi macam ibu, jangan jadi macam ayah Amir,” rintih Ayu, tangisannya seperti titisan hujan bagaikan tiada henti. Berulangkali dia mencium Amir. Berulangkali jugalah dia mendodoikan Amir. Tidur dan tidurlah yang Ayu harapkan. Mampukan Amir berhenti menangis? Mampukah Amir menahan kedinginan malam? Mampukah Amir menahan kelaparan nanti? Mampukah? Amir masih kecil.
Suara Amir semakin perlahan. Lena dalam dakapan Ayu. Haba panas Ayu melenakan Amir. Nyenyak tidurnya. Comel sungguh anak ini. Ayu mencium Amir buat kali terakhir. “Lenalah Amir. Engkau akan disitu sehingga ada yang sudi mengambil kau samada kau masih hidup atau.... Amir, mampukah kau bertahan?” bisik Ayu dalam hati penuh kerisauan diiringi perasaan yang sangat pilu.
Amir yang sedang enak lena dibuai mimpi, Ayu letakkan di celahan batu di sudut tong sampah. Amir, tempat itu ditakdirkan untukmu, sabarlah. Ayu berginjak sedikit demi sedikit. Sesekali lena Amir tergangu. Pantas Ayu mendodoikannya kembali. Air matanya berjurai jatuh. Perit bertarung maut melahirkan Amir masih belum kebah, Amir terpaksa ditinggalkan, di sini, di tempat yang hina ini. Ayu meraup mukanya dan berlari tanpa menoleh ke belakang. “Amir, maafkan ibu! Ibu sayangkan kamu!” bisik Ayu di kejauhan. Tinggallah Amir keseorangan dalam dingin hembusan malam.

***********************************************

Seekor anjing betina tua terhencut-hencut melalui lorong gelap itu. Langkahnya perlahan kelihatan begitu terseksa sekali. Nuno namanya. Nuno berjalan mencari rezeki. Perutnya kerap mengalunkan irama supaya diisikan sesuatu. Sesekali mukanya berkerut menahan perit. Itu semua sudah menjadi kebiasaan kepada Nuno. Nuno memujuk perutnya supaya bersabar. Mulutnya menguap menahan mengantuk. Langkahnya semakin lemah. “Adakah ada makanan di kawasan ini? Laparnya perut!” rintih Nuno dalam hati.
Kuarap belakang telinga Nuno seakan menggeleteknya lantas menerbitkan rasa gatal. Nuno menggaru kurap dibelakang telinganya sambil matanya tertutup. Nikmat barangkali. Mata Nuno liar mencari rezeki. Hatinya masih mengharapkan sesuatu. Sisa-sisa harapan seolah-olah akan lenyap. Mata Nuno berpaling dan tertumpu ke arah sesuatu. Tong sampah akhirnya dia ketemu. Hati Nuno berbunga riang. Langkahnya diatur laju seolah-olah seksa kelaparan tadi tidak pernah wujud.
Nuno menguis tong sampah tersebut. Semuanya terburai. Mungkin bukan rezeki Nuno barangkali. Setiap kuisan ternyata menghampakan. Perut Nuno berbunyi kembali tetapi kian rancak. Puas Nuno memujuk. Tapi, apakan daya.
“Uwaa...uwaa...uwaa!” tangisan bayi bagai merentap jantung Nuno kerana terkejut. Nuno mengangkat telinganya untuk memastikan bunyi yang didengarinya tadi. Suasana kembali senyap.
“Uwaa...uwaa..uwaa!” tangisan itu memekik sekali lagi. Hati Nuno direntap rasa pilu. Hairan dan keliru. “Ibu mana tertinggal anak di sini? Ish,mustahil. Malam dah ni” bisik Nuno sendirian.
Mata Nuno memerhati sekali lagi. Segaris simpati terbit tatkala melihat bayi berbalut kain putih meronta-ronta sendirian. Banyak pertanyaan yang tiada jawapan menerjah ke kotak fikirannya. Mustahil bayi ini tertinggal. Nuno berlari laju menuju ke arah bayi itu. Bayi ini pasti akan mati. Angin malam terlalu sejuk. Mengenangkan kematian, langkah Nuno semakin laju.
“Ong...ong...ong! ong....ong...ong!!” Nuno meninggikan lagi suaranya. Kepala Nuno mengoncang pagar besi agar kedengaran bising. Kepala Nuno yang luka,pedih bercampur sekali, usah ditanya kesakitannya. Bunyi besi berlaga membingitkan lagi keadaan.
“Bangunlah semua! Bangunlah! Bayi bertarung maut ada disana! Bangunlah! Kasihanilah dia!” Nuno merintih sendiri. Tiba-tiba semua lampu terbuka serentak. Riuh rendah makin kuat terdengar. Nuno menarik nafas lega.
“Anjing gila mana pulak yang buat bising nie? Menganggu betul!!” satu suara menghina Nuno. Nuno tersentak. Nuno memujuk hatinya supaya bersabar. Mereka tidak tahu hal sebenar.
Tiba-tiba, Nuno terasa ada sesuatu menimpa kepalanya. Sakitnya tidak terkira. Entah berapa banyak yang telah terkena di kepalanya. Darah memancut tanpa henti. Nuno berlari laju supaya dapat mengelak serangan tersebut. “Sakit!!!” hanya itu yang mampu digambar oleh Nuno dihatinya.
Hati Nuno sayu, namun lariannya tidak dihentikan. Bayi itu harus diselamatkan segera. Nuno berpaling ke belakang dan melihat masih ramai yang mengejarnya. Perempuan, lelaki semuanya berbaju tidur. Masing-masing bermuka masam. Mulut mereka tidak henti menyumpah. Seorang dua masih membaling batu dan kayu ke arahnya. Ada yang tepat mengena dan ada yang tersasar. Yang Nuno pasti, badannya basah berlumuran darah. Nuno mempercepatkan lariannya. Tong sampah itu semakin hampir. Orang di belakang makin galak mengejar. Nuno merasakan kulitnya bakal disiat-siat atau akan ditembak mati.
“Eh bang, ada budaklah! Tu dekat tong sampah!” jerit seorang perempuan dalam kalangan kumpulan tadi. “Ya Allah, siapa punya kerjalah ni. Buat pandai, jaga tak mau.”
Nuno berasa lega. Perit, lapar dan sakit bersatu kembali.
“Pap”, tiba-tiba kaki Nuno diterajang. “Pergi, anjing sial!! Budak ini tak boleh disentuh!! Kau binatang haram!!” jerkah salah seorang di situ. Nuno tidak faham dan tidak mengerti. Mangapa? Terus Nuno ditendang, diterajang, dipukul sekuat hati oleh kumpulan manusia tadi tanpa belas kasihan. Nuno tidak mampu untuk mempertahankan dirinya. Nuno tidak pasti bila dia terperosok di dalam longkang. Rusuk,kaki dan beberapa anggota badannya sakit seakan cedera dan patah. “Inikah balasannya? Tiada hatikah manusia ini?” rintih Nuno sendirian.
Air mata Nuno bertaburan jatuh. Hamis bau air longkang dan busuknya bak bangkai terpaksa Nonu tahan. Nuno mengaduh merintih sendirian.
“Bang, nama budak ini Amir. Amir bin Abdullah. Ni surat beranaknya. Comelkan bang?” serentak itu, bayi bernama Amir diangkat,dibelai,didodoi dan dicium. “Kesian”.
Nuno tersenyum sendirian. “Jadilah budak baik bila besar nanti”, bisik hati Nuno. Senyuman Nuno semakin pudar. Pandangannya semakin kabur. Matanya perlahan-lahan tertutup. Akhirnya, tidurlah Nuno buat selama-lamanya, bersama-sama kelaparan,kesakitan,keseksaan,keperitan demi menyelamatkan seorang bayi. Bayi yang bernama Amir.
“Eh bang, mana anjing tadi??”

*************************************************

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.......


***karya asal: NUKILAN PENA, HUDA
3A8
2003
MMP

Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad...

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.


Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Sunday, September 22, 2013

Aktiviti hujung minggu

rancangan tak di duga. mula kami adik beradik rancang nak gie kolan air panas je... alih2 along tukar plan kata nak gie sagil.. betul gak kata dia, gerak dah kul 11 tghr, mandi air panas..hihihi..
jadi terus kitaorang pecut gie sagil, tangkak!! mandi air terjun.. best oo..
paling best anak2 la kan.. mak budak tompang sekaki jer...
susah kitaorng adik beradik nak kumpul. masing dah ada family kan... dengan kerja lagi.. nie pun dua orang adik aku tak dapat join. yang adik perempuan aku mabuk!! mengandung baru lagi.. dan yang bongsu kerja... en.suami hari minggu mmg tak dapat join ler.. dia sibuk kerja (meniaga) jadi biar anak ngan pn.isteri berseronok seketika ye sayang..hihihi.. 
ok jom layan gambar!!!


budak yang dah kesejukkan. isi perut dulu... pastu sambung balik mandi

bonda tercinta.. mula2 tak nak ikut, tpai dengar semua ada, terus jadi ikot....

tue dalam perut ada lagi tue...hhiihihi...

macam big boss ko ye!!!

amar yang terlampau suka!!!

adik afiq paling terrer ler.. hampir 4 jam berendam tue!! dia orang last keluar dari sini!!!

hapie family!!!!

family along.. anak2 dia takut mandi k.. jadi duk tepi je ler!!!

mak ngan ngan adik afiq!!!


budak tagas tapi penakut!!!



Tuesday, September 17, 2013

Petua anak menangis malam

 
 
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.

Gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

*****************************************
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :
1. surah al-Fatihah,
2. ayat al-Kursi,
3. surah an-Nas
4. dan surah al-Falaq,
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
 
Sumber : FB
 
ok, tips aku plak, kalau anak terutama baby menangis tak henti2, dah buat semu atue tapi tak jalan gak, buka semua baju dia. mungkin semut gigit.. tukar semua baju. lap2kan badan dia.
kadang2 kita bawa baby keluar malam, pergi pasar malam ker, balik terus tido, jadi badan bayi tak selesa. jadi, lapkan badan dia, dan tukar baju..
kalau anak2 besar macam aku tue, anak2 asyik menangis malam, angkat dia, pergi basuhkan kaki dia. dan tukar baju. insya allah, lena dia tido nanti...

 
 dan lagi satu, kalau bayi tidak sihat, mesti meragam waktu malam kan. nak2 kalau demam. jadi sentiasa jaram (basahkan towel dan letak pada bayi). jangan pakai barut. dan peluk baby. tido pun peluk dia. biar dia tido dalam dakapan kita.. biar kita basah, janji anak kita cepat elok kan.. jadi en.suami kena berkorban la sikit. time2 anak demam nnie kena puasa la yaaa..


Monday, September 16, 2013

ibu sayang Amar Danish


Putera ibu lagi sorang nie kuat juga.. tapi kuat melalak la.. dari kecik, sampai sekarang nie.. di uji dengan sifat kuat melalak dia. dan amar dansih nie kuat menjerit.. klu menjerit nyaring. mau pecah gendang telinga ko!!

tapi antara iman ngan danish, danish nie hensem. iman pun hensem gak, tapi tak leh lawan adik dia nie.. muka dia lain. mestila hensem..ikut ibu dia gak kan..huhuhuh

adik amar nie, suka sebut "mana ada".. sebutan dia tue yang sedap. kalau tak percaya, korung tengok video nie.. waktu atok ajar mengaji..





"bila dah mengaji dengan atok, jangan kuat menangis, jangan-" belum sempat habis acakap dia dah jawab 
"MANA ADA!!" 
tergelak atok dia..hihihi..


sejak dah sekolah taska nie, dai dah tak menangis cam dulu lagi. kalau ikutkan perangai dulu, tak leh kena tinggal. berkepit jer 24  jam dengan aku. pastu melalak.. adik dia usik sikit pun melalak. muhammad iman mmg suka menyakat dia..
tapi sejak sekolah nie, dah pandai dah anak ibu nie.. dah pandai bawa diri. pastu dah pandai membalas bila abang ngan adik usik..hihihihi.


slagi satu, adik amar nie kedekut ya rabbi.. nak sesuatu dengan dia kena minta bebaik. klu mood dia ok, dai bagi dengan rela hati.. kalau tak..melalak air mata darah pun dia tak bagi... selalu gaduh rebut barang dengan adik dia la.. dulu dia kalah, sekarang adik dia plak yang kalah..hihihi

lagi satu Amar Dansih nie suka sangat dengan spiker. lagi besar spiker tue, lagi suka dia..hihihi...klu gie umah kawin ko duduk dekat dengan spiker pun takper. cerita dia, dulu masa aku mengandungkan dia, aku suka pergi karaoke dengan adik aku. karaoke jamban je pun...  jadi tue yang keluar, dia jadi cam tue..
jadi ingat ye bakal2 ibu diluar sana, jangan ikut perangai saya.



dan lagi satu, masa aku mengandungkan dia, aku suka pergi rumah kawin. dah sarat2 pun aku gagahkan diri iku mak ayah gie umah kawin, jadi bila dah besar, suka sgt pergi rumah kahwin, dan suka dengan kompang. adik amar nie, main sorang pun tak per. dia akan ambik mangkuk aiskrim tue, ok, palu kompang.. siap menyanyi ko..

ibu sayang amar juga... adik amar budak baik.. :)

Ibu sayang Muhammad Iman...




 anak bujang aku nie, bila bercakap, kadang buat diri kita tergamam. lasak jangan cakap. Muhammad Iman, seorang anak sering buat diri aku di uji kesabaran.. namun petah dia, kadang kala buat aku tergamam.
antaranya perbualan masa makan malam..

iman : Allah tu putih tau bu...
abah/ en.suami : erm..mana Allah..
berdebar menati jawapan dia. dalam otak aku fikir dekat langit.. tapi jawapan iman..
iman : kat hati kita..

adik amar rongak!! hihih

OMG... terkejut aku. terus malu pada diri sendiri. peluk iman dan cium dia.. pandai anak ibu..
sejak dua menjak nie dia ada sedikit penakut tau. tak mau tengok cerita hantu, nnt dia kata malam di mimpi hantu.. tapi bila bercakap.. ok antara perbualan dia dengan aku. onway gie rumah member aku. antara aku dan anak2 jer. en.suami tak der..
iman : ibu.. kita kena takut Allah tau..
aku : ye??
iman : betul.. cikgu kat akita kena takut Allah. hantu semua kita tak yah takut. 
aku : jadi klu nampak hantu cam ner??
iman:  kita pukul dia..

dengan adik kesayangan dia...
hihiih..imna..iman.. jadi modal aku tak nak takutkan dia, iman kita kena takut saper?? jadi terus dia buang rasa takut dia...

iman kalau bergambar, pandai. tapi pic dia susah la nak tgk yang betul.. ada jer aksi-aksi dia buat.. kadang geram gak tengok...
di saat aku menaip nie, terasa rindu plak kat anak aku. rasa nak cium2 jer dia.. iman selalu cakap dia sayang aku. dulu susah nak suh dia cium aku. tapi sekarang, bila aku bawa kereta tiba2 dia cium aku. pastu cakap, iman sayang ibu...
ya, aku akui iman lebih romantikdari ayah dia..hihihiih..
ayah dia romantik bab lain..

iamn selalu cakap dengan nenek dia,
" nanti iman dah besar, iman bagi nenek duit. iman beli macam2 tuk nenek"
mana tak makin sayang nenek kat dia... cucu kesayangan tue.. 
dan lagi satu, iman sangat pandai jaga adik2 dia. seorang abang yang sangat perihatin. malah jaga baby pun pandai. anak2 buah aku yang lain kalau main dengan iman mmg gelak punya..


iman : ibu, semua orang ada baby.. iman jer tak der...
ibu : eh, tue kan ada. adik atul..
iman : atul dah besar. iman nak baby cam erin.. jom ibu kita gie spital ambik baby..

aku tergelak... nak, awak ingat boleh main ambik2 jer ker??? 
ibu sayang iman juga tau.. iman janji iman akan jaga ibu ye sayang.. :)




Nur Qurratul'ain

NUR QURRATUL'AIN = SEDAP MATA MEMANDANG







satu2nya puteri ibu.. bunga dalam jagaan dua kumbang...hihiih..
pantang kata cantik...suka.. dah tue tak mau cabut selendang tue..walhal duk umah jer pun..
kuat melaram... ikut saper?? ibu dia juga..hihiih..
ok, aku tau ada yang puji comel...hiihih..mesti la comel sbb anak ibu ni secomel ibu dia...
wahahhah..sila muntah hijau!!!


Saturday, September 14, 2013

Selamat Hari Lahir Mak...

Selamat Hari Lahir mak... yang ke berapa, aku tak tahu.. dasyatkan aku... 12.09.2013, ari lahir ibu ku yang tercinta...
ibu yang amat ku sanjungi dan merupakan salah satu idola ku..
ibuku tempat diri ku mengadu, walaupun telah mempunyai suami..
ibu ku tempatku bermanja walaupun aku telah mempunyai cahaya mata..
ibu ku segalanya bagi ku....
aku terlalu menyayangi dirinya..

Balik kerja, ambik anak2 terus beli kek. semua xcited hari jadi nenek.. hihihi.. iman la paling xcited.
sampai umah mak, terus berlari2 cari nenek. pastu ramai2 sebut "Selamat hari jadi nenek!!!"




Wednesday, September 11, 2013

Segmen Pertama Che Yam

 

 ok, jom join segmen yang sangat senang. untuk menambahkan kekawan alam mayakan..
 Syarat amat senang..
Syarat-syarat :
* Wajib ada blog 
* Follow Blog Che yam yang tak seberapa ini
* Copy Banner di atas yang tak seberapa cun tuu ( First tym buat ) hehe

 Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen
Tempat lain tidak dilayan. OK?



Tuesday, September 10, 2013

Amalan untuk memperolehi zuriat

 Amalan pertama

Selepas fajar ataupun solat subuh 
baca Bismillah 1 kali
kemudian selawat keatas Nabi Muhammad sebanyak 3 kali. 
setelah itu sujud dan baca kalimah Syahadah sebanyak 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang dihajatkan (umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang engkau berkati dunia akhirat)
kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

*Amalkan cara ini baik suami atau isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. sebab Allah tidak suka pada orang yang mudah berputus asa. dan Allah suka pada orang yang merayu2 padanya.

Amalan Kedua
 Suami hendaklah membaca : Ya Nutakabbir" (Allah yang maha memiliki keagunan) sebanyak 111 kali sebelum mengadakkan jimak
isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari
isteri hendaklah membaca setiap hari :Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudia tiup di dalam air danair tersebut diminum.
suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/Surah Maryam setiap hari

*Amalkan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah Swt akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

ayah aku ada berkata, ubat paling mujarat adalah memohon pertolongan dari Allah. percaya pada hati, Dia akan membantu kita. Dia akan memberi kita petunjuk. ingat. hati mau ikhlas dan sentiasa sabar. dan lagi satu, ingat kita mohon pertolongan terus dari Allah secra tidak langsung mendekatkan diri kita dengan NYa..

Monday, September 9, 2013

Bayi di tikam 90 kali semasa menyusu

gara-gara menyusukan anak, dan si anak tersebut mengigit, seorang ibu sanggup bertindak menikam bayinya sebanyak 90 tikaman mengunakan gunting... Ya Allah.. kesiannya baby nie. klu tengok baby nie, sikit ler punya semangat. comel.. kesian sangat..mental betul la mak dia nie.. nasib baik bukan kat malaysia.

mesti troma baby nie nak menyusu lagi.. kesian... kot ye pun marah, jangan la samapi tikam budak ni, tampo peha sudah la.. nie tak di tikamnya bertalu2!!!




Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan bayi yang diberi nama Xiao Bao itu menerima 100 jahitan.

Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Walau bagaimanapun, penduduk setempat telah meminta pihak berkuasa supaya mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental. Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional. 

Saturday, September 7, 2013

Panggilan yang tak di duga!!


Di suatu petang, sewatu menikmati waktu rehat sambil layan fb. tiba-tiba dapat satu panggilan.

aku : hello
dia : hello. awak ada jual jsb(jamu seri bonda) kan?
aku : ooo..ya. knp tue?

masa nie dah ada sedikit keraguaan. lelaki atau perempuan yang call. nak kata lelaki, tak kan lelaki lak call tanya pasal jamu kan. tapi suara macam perempuan, macam lelaki gak. aku keliru!!!

dia : ooo..saya nak tahu apa fungsi dia dan kebaikan.

ok, try uji dia. panggil dia kakak..

aku : ooo..jamu nie bagus kak. untuk dalaman wanita. lebih2 lagi yang dah berumahtangga.
dia : ooo.. ye ker. apa yang bagus?


dalam hati confident ckp dia wanita la, sbb aku panggil kakak tue kuat. so aku bercerita la dengan dia kebaikan-kebaikkan jamu nie. dan aku cerita tanpa selindung2. dalam2 semua cerita. ketat mengetat. banyak lagi la...

dia : eh..tak mau la ketat sangat, nanti cepat sangat pancut

time nie aku dah naik malu..eh betul ker tak dia nie..

aku : eh tak kak, kena pandai la. suami isteri kena main peranan...
dia : oo.. ye ke. takut juga kan, klu ketat sgt nnt cepat pancut..
aku : takk..

dia : ada tak ubat tuk lambat pancut?
aku : ooo.. tak der kak. saya jual tuk wanita jer. klu nak akak try cuba Jamu Susuk Dara. dia ada tuk suami..
dia : saya cari tuk lambat pancut nye..



ok. aku dah terdiam. siotttt..aku dah terkena...
aku : eh, ni pn isteri ke en suami?
dia : saya en suami..

aku dah diam. muka dah tebal. macam2 aku dah cerita, luar dalam...cis!!!!

aku : ooo..bagus la, beli jamu nie tuk isteri awak.
dia : tue la. nnt balik saya bincang dengan dia. dengar cerita awak nie pun batang saya dah stimm. rasa nak balik jer jumpa bini

ok macam siot ayat ko bang!!!

aku : oo...ok. baik balik jumpa bini abg.
dia : ok. nnt saya bagitau awak ye...

masa nie aku dah diam. tak nak cakap apa2 lagi. cakap pun nak tak nak.  dan nie dah tiga hari, tak der maklum balas dari dia. bermakna, mmg sengaja ko nak call aku yer...
buat pengetahuan semua, saya jual jamu tuk wanita, bukan tuk lelaki. tapi tuk isteri yang dipakai oleh si suami. jadi, tolong hormati saya. jangan buat panggilan untuk menyetimkan diri anda. saya bukan orang dan tempat tuk menyetimkan anda ye... TERIMA KASIH!!


Wednesday, September 4, 2013

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.


Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.


Tuesday, September 3, 2013

Sombong tak bertempat!!!


Pernah tak korung alami benda nie. tegur member yang sememangnya korung kenal, pastu dia buat derk... Begang kan klu di abuat tak layan. dan buat tak kenal kita. aku tak faham la manusia sebegini. sombong tak bertempat. kalau awak tue pegawai tertinggi ke, anak dato ker, usahawan berjaya ker, percaya la aku juga ko menyombong.. nie setakat kerja kat kedai speak mata, keje pam minyak, tolong jangan menyombong yer. aku cakap nie bukan merendahkan kerja dia, tapi aku geram.
aku punya la senyum manis, dia pandang buat tak tau, but tak kenal. klu nak kata tak peraasan tak juga. 

kes 1, dengan orng yang sama :
masa tue aku lalu depan kedai dia kerja. dari jauh aku dah senyum dan aku angkat kepala tanda hormt, anda tegur. dia leh buat tak nampak, walhal aku depan mata dia.. dlam hati nie.. oo..mungkin dia tak perasan...

kes 2 dengan orang yang sama
berlaku dekat pasar malam. aku dengan ketiga2 anak aku. beli jagung manis. alih dia datang. aku macam biasa senyum. dan dia buat bodoh, aku pikir tak nampak. alih2 dia berhenti kat kedai yang sama dengan aku. aku tegur, dia buat tak nampak.. hangin aku satu badan. malu siot... lepas tue aku tengok dia plak yang tak tentu arah. 


ok, orang macam nie mmg aku senarai hitam kan la..lepas nie aku jumpa kau, kau jgn ckp aku menyombong plak. jgn cakap aku blagak. kau start dulukan...

ada satu kes plak, aku kenal budak lelaki nie. kawan ofis aku. dan aku mmg baik dengan dia. nak jadikan cerita dia kawin. dia dapat tukar tempat lain dan wife dia dapat keje satu tempat aku dulu. wife dia mmg ada kenal aku mas diaorg belum kawin lagi. so bila mana2 aku jumpa dia, macam biasa aku senyum dan angkat kepala. si bongok nie buat sombong bangang dia. ok. kao strat dulukan. aku pun menyombong balik. tapi dengan dia jer, bukan laki dia. tapi pompan nie plastik. bil adepan suami, Ya allah mesra dengan aku kalah kawan baik aku la.. nampak sangat plastik...


ok. nasihat aku kat korung. jangan la kita nak menyombong. kalau muka awak lawa, cantik langsung tak der seri. cantik macamana pun kalau sombong tak guna. tak rugi la kalau kita berkawan. kalau tak caya, cuna korung tengok muka orangyang cantik2 pastu menyombong...langsung jadi tak cantik kna. tapi cuba ko tengok arang2 macam aku..hihihi.. tak berapa cantik la...tapi sedap mata memandang... senyum jer... kita pandang pun sejuk dan tenang je... jadi moral kat sini..
TOLONG JANGAN SOMBONG. 


Adakah ini suatu kebetulan?