Thursday, August 29, 2013

Bagaimana memuaskan suami bila dalam kedaan haid @ nifas

panjang giler tajuk beb!! berpantang selepas bersalin, ada yang berpantang 44 hari, dan ada yang 100 hari. tapi ingat, suami perlu juga dilayan. macam aku katakan dulu2, paling penting dalam mengikat suami nie, bahagian intim eh. tapi buka kau bagi serah jer cam tue.. HARAM!!! dan jangan lah kau suakan lorong salah, lagi ler salah. nak tahu, jom kita belajar...hihihihih

Bagaimana cara melayan suami atau cara puaskan suami ketika haid. Memuaskan suami atau melayan suami tidak semestinya melakukan hubungan seksual atau jimak.Ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus bagaimana untuk isteri puaskan suami ketika haid. Isteri merupakan ladang kepada seseorang suami, 
oleh yang demikian cara puaskan suami ketika haid boleh dalam pelbagai keadaan dan cara melainkan melakukan jimak dan melakukan
seks melalui lubang dubur.Suami dan isteri bebas melakukan apa jua hubungan untuk keseronokan melainkan cara-cara yang diharamkan Allah.

Ustaz Azhar menjelaskan cara puaskan suami ketika haid dengan tangan dan lain-lain anggota badan isteri adalah diharuskan. 
Terpulanglah kepada pasangan suami dan isteri tersebut untuk memilih mana-mana jalan dan kaedah yang disukai. 
Melayan suami ketika haid dengan mengelakkan dari melakukan dengan cara yang dilarang adalah dibolehkan.

Mereka berhak menentukan bagaimana kaedah melayan dan cara puaskan suami masing-masing.


Islam memahami keadaaan psikologi lelaki dan wanita. Gelora nafsu yang wujud dalam tubuh manusia haruslah disalurkan melalu
cara yang betul iaitu dengan perkahwinan.Kadangkala nafsu ini tidak dapat dikawal walaupun pada masa dan ketika tersebut isteri sedang haid.

Maka masih diboleh untuk isteri melayan suami dengan cara puaskan suami ketika haid dengan kaedah dan cara yang dibenarkan. 

Haid sering diistilahkan dengan “halangan”. Maksudnya adalah orang yang mendapat haid berhalangan untuk melakukan solat dan beberapa ibadah lain. 
Hak-hak seorang suami jika dilaksanakan oleh sang isteri dengan penuh keredhaan maka akan mendapat pahala. Misalnya salah satu hak suami terhadap isteri adalah melayaninya ditempat tidur (jima’).

Namun, dalam satu keadaan isteri diharamkan memenuhi hak suami tersebut iaitu ketika dirinya berhadas besar, samaada haid atau nifas. 
Walaubagaimanapun, cara menambat hati suami ni ada banyak caranya.

Sebagai contoh, menambat hati suami adalah dengan menjaga kemaluan si suami. Pastikan kemaluan suami cukup ‘makan’ dengan ‘makanannya’ yang halal itu. 
Jangan menolak ajakan suami untuk berjimak kerana dalam Islam hukumnya HARAM dan isteri mendapat laknat dari Allah. Ada juga di riwayatkan dalam hadis bahawa isteri perlu melayan suami walaupun si isteri sedang menunggang unta. Boleh lihat sendiri betapa pentingnya menjaga kemahuan suami. 

Dari sinilah isteri boleh menambat hati suami. Mungkin agak keterlaluan bunyinya, tapi macam-macam boleh berlaku. Nak jaga mulut suami mudah, 
kalau tak pandai masak boleh sahaja pergi ke restoran dan beli makanan untuk suami. Tapi kalau makanan kemaluan suami tak cukup atau tak dapat nak bagi, di mana suami nak cari lagi? Dah tentu pergi ke wanita lain. Zaman sekarang ramai suami pergi kerja bagaikan kucing kelaparan. Kalau masalah ni berlaku, semua kerja jadi tak betul dan berserabut, ada sahaja yang tidak kena. Ada suami yang mengadu si isteri hanya melayan suami sekali sahaja dalam tempoh dua hingga tiga bulan walaupun pasangan baru sahaja berkahwin malah tinggal bersama dan sekatil. Amat penting faktor di atas cara menambat hati suami dengan berkesan. Jangan terlepas pandang faktor tersebut dalam menambat hati suami ni.

Berilah makan kepada kemaluan suami dalam masa haid atau pantang ni dengan caranya, bukan bagi ‘makanan’ yang betul tu, hukumnya HARAM nanti. 
Islam telah mengharamkan berjimak semasa haid danawaktu nifas, tetapi Islam tidak melarang isterinya untuk memuaskan kemaluan suaminya. 
Antara caranya ialah membeli satu jenis seluar pendek ketat untuk di pakai dengan pad haid untuk memuaskan nafsu suaminya. 
Caranya lakukan apa-apa sahaja selain daripada memasuki ke dalam faraj atau dubur seperti ini adalah dilarang dan haram 
(waktu haid/liwat memang haram). Berbuat apa-apa selagi dapat keluarkan air mani suami, 
dan itu adalah penting. Apabila dah keluar, suami akan tenang.
baru lerrr darah tak naik kepala.

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNYA melalui mana-mana pintu!



Sebagaimana firman Allah,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah haidh itu adalah kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan 
diri dari wanita diwaktu haidh dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. 
Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.” 
(QS Al-Baqarah: 222)

“Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh‘ maksudnya jima’ (di kemaluannya) khususnya karena hal itu 
haram hukumnya menurut ijma’. Pembatasan dengan kata “menjauh pada tempat haidh’ menunjukkan bahwa bercumbu dengan istri yang haidh, 
menyentuhnya tanpa berjima’ pada kemaluannya adalah boleh. 
(Tafsir As Sa’di jilid 1, hal 358)

Sabda Nabi S.A.W “Lakukanlah segala sesuatu terhadap isterimu kecuali jima.” 
(Shahih Ibnu Majah no:527, Muslim I:246 no 302)



[Q/A]

“Bolehkah kita melakukan hubungan seks bersama isteri ketika isteri sedang haid? 
Bagaimana pula jika saya ingin melakukan ‘seks oral‘ ketika isteri saya haid. Adakah ia dibenarkan? 
Ini kerana kadang-kala memang saya tidak dapat menahan nafsu saya untuk mengadakan seks bersama isteri, 
tapi ketika itu dia sedang didatangi haid. Kecewa saya :-( “
============
Islam amat tegas melarang bagi pasangan suami-isteri untuk melakukan hubungan seks ketika isteri datangnya haid.
Untuk mengatasi masalah ini ialah ‘seks secara oral’. 

Seks oral bermaksud menggunakan mulut dan lidah untuk merangsang anggota tubuh seksual suami sehingga dia mencapai kepuasan. 
Seks oral dilakukan oleh pasangan suami-isteri tanpa melibatkan hubungan persetubuhan penetrasi zakar ke dalam faraj isteri.

Seks oral ini sememangnya dibenarkan. Tanpa ada sebarang larangan untuk dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Asalkan ia mendapat persetujuan dan isteri anda selesa dengan perlakuan ini. 
Ia seharusnya tidak memberi kesakitan kepada kedua-dua belah pihak.

*Tapi ingat! Jangan mendekati bahagian faraj isteri ketika dia sedang haid. 
Bahagian lain tak mengapa.

Untuk melakukan aktiviti seks oral ini agar ianya boleh menjamin tahap kesihatan anda dan isteri anda, pastikan:

-Bersihkan terlebih dahulu anggota-anggota sulit anda dan isteri sehingga benar-benar bersih
-Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran serta kuman. 
Boleh gosok gigi anda terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seks oral ini
-JANGAN sesekali dan pastikan anda tidak menggigit anggota sulit pasangan anda. 
Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin boleh berlaku

sumer : cari gold

Wednesday, August 28, 2013

BENCI!!!

aku benci lelaki yang bergelar suami memukul isteri!! aku benci....

Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW

Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
  • Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.
  • Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.
  • Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”
  • Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.
  • Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri lambat masak mi maggi....
  • Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Baaaaanyak lagi kisah yang boleh dijadikan teladan. Carilah untuk bacaan sendiri.

Pokoknya, sepanjang pengetahuan saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.

Dilarang memukul pada muka (wajah)

Pergaulan Rasulullah SAW dengan isterinya disulami dengan keadilan, makruf dan taqwa, sejajar dengan firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan mereka itu (para wanita) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut.” (Surah al-Baqarah ayat 228) dan “Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut.” (Surah an-Nisaa’ ayat 19). Sesungguhnya ia adalah keadilan dalam hak dan kewajipan. “Kamu memberi makan kepadanya apa yang kamu makan, memberi pakaian kepadanya sama seperti apa yang kamu pakai,jangan kamu memukul mukanya dan jangan menghinanya, jangan kamu berpisah dengannya kecuali dalam rumahnya sahaja.”

Suami diberi laluan untuk ‘memukul’ isterinya kerana suatu salah laku, tetapi memukul untuk mengajar bukan untuk mencederakan atau memudharatkannya, iaitu dengan meninggalkan bekas pada tubuhnya atau mencacatkan tubuh badannya. Selain itu, suami ditegah memukul isterinya pada bahagian mukanya. Ini berdasarkan satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah dia menghindari dari memukul di bahagian muka.” (Sahih Muslim No 4723) <

sumber >> disini

Monday, August 26, 2013

Sepetang bersama permata


dah lama sangat aku tak bawa anak2 aku gie jejalan... dulu biasa nya lepas balik kerja mesti aku bawak budak2 gie taman. sebulan puasa itu hari mmg tak la kan. so semalam baru ada kesempatan nak bawa anak2 gie taman. ambiuk kau..punya suka anak2 ibu, sampai balik pun tak nak....





















Sunday, August 25, 2013

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

ok, jom join segmen nie. sangat senang... hiih..macam biasa aku mmg suka segmen yang senang2 nie..hihihi..



 buat pengetahuan, saya seorang anak jati negeri melaka. hihihi.. slam perkenalan dari saya. 
MERDEKA!!!


Majlis Rumah Terbuka


semalam rumah mak ayah aku ada buat open house. kami adik beradik beradik tumpang sekaki ler...hihih..jimat sikit kos kan. shared sama2... jamu start pukul 8, lepas magrib. dimulakan dengan majlis tahlil sedikit.

mula2 tengok tak ramai orang. hanya orang kasjid jer. dalam 30 orang la. mak aku plak dah cam kecewa, sbb kekawan dia lom ada yang datang. sekali tengok, rupanya semua dah kumpul kat luar rumah. ada duk dalam balai, ada tgh tunggu turn nak masuk balai. sbb orang masjid lom rasmikan, jadi semua tak berani nak sentuh makanan..hihihih.. punya l aterkejut tengok ramai sangat...hihihihi..

kalau ikut rancangan majlis tamat pukul 11 malam, tapi yang menjadikan cemas, pukul 9 makan dah sayup2..hihihi..fisrt time jadi cam nie!!! kelam kabut, pergi pekan, beli bahan nak goreng mee...hihihih... aper pun, mmg seronok bila kiita dapat jamu orang makan di majlis kita. nak2 ramai yang raikan. anak2 murid ayah aku semua datang. tahun nie dia nak jumpa semua anak2 murid dia. termasuk ex-anak murid dia... ooo..ayah aku bukan cikgu, cuma dia guru mengaji... jom layan pic lak..













gambar kurang memuaskan. nak cepat pun yer. aku tak sempat nak snap juadah. menu kami buat, mee/bihun kari, mee/bihun sup, nasi lemak, nasi empit, rendang daging. tauhu goreng berinti, samosa, dan kuih muih, kek coklat, kek butter, dan agar yogurt..
haaa..banyak kan menu. semua habis dalam kul 9..hihihi..nasib baik pekan dekat. last kali menu, mee goreng..hihihihi.... sebab tetamu semua datang serentak. tak terlayan mak aku.hihihi..anak2 masa nie pandai2 ler bawa diri yer nak. tapi atul lepas orang masjid bagun makan, dia cari port, terus tido...hihih..senang keje mak nak...hihihi..

ok, aku tengok ramai sangat cari design tuk buat kad rumah terbuka. jadi aku dengan suka relanya, menyiapkan beberapa design tuk korung. pepandai la korung edit ye..tak pun print dan tulis pakai tangan jer..hihihi

DESIGN KAD JEMPUTAN RUMAH TERBUKA







Monday, August 19, 2013

Rumah Kahwin Orang Sebelah..

ok, bukan kerja kawin en.suami ya..hihih..ingat aku pernah cerita adik perempuan aku kawin. ok 18.08.2013 majlis rumah lelaki plak...malas nak cerita, jom layan gambar. rumah sebelah buat pengantin 6 k,.. semua jauh... orang melaka, Kuala Lumpur dan Kuching..semua pengantin perempuan yang jauh2 tue...hihihi..yang melaka paling jauh la...