Wednesday, July 24, 2013

Bantuan Raya 2013 (bonus raya 2013)



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya  kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.


allhamdullilah...dapt ringan sedikit kan..nak beli baju raya anak2..huhuhuh...rezeki.... dah dapat bantuan khas kewangan nie, boleh ler kita shopping baju raya anak2 yer..hihihi.. makin sesak ler bazar2 ramadhan... rezeki masing2 kan...


Monday, July 22, 2013

Tuhan ini wujud ker???


Pada suatu petang,
seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya
yang agak panjang dan tidak terurus.


Seperti biasa,
si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra
dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.


“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.


“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.


“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.


“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.



Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.


“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.



“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.



Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.


  “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya,…”


“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.


“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Thursday, July 18, 2013

Bonus Raya 2013

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua.... taniah semua
Confirm.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.



hahahah..dah2.. tak payah nak harap sangat bonus...hihihihi.. tapi kalau dapat ALHAMDULLILAH...
 

Tuesday, July 16, 2013

Ulser Di Bulan Puasa



 
dugaaannnnnn.... berpuasa dengan keadaaan mulut terkena ulser..pergghhhhh...memang terbaiikkk... bukan satu tempat, dua plak tue, kena kat bawah lidah belah kiri dan di bibir belah kanan...adoooii, bil amakan tak dapat nak elak...sakit betul... dan paling menyampah kalau kena ulser nie, tidoayak liur mesti meleleh...pastu kena ejek dengan encik suami...huhuhuh..
 
 
dugaaannn...mooodddd aku tengah menahan sakit...huhuhuuh...

Monday, July 8, 2013

datangnya Ramadhan...



tiba2 hati nie sayu...sekejab jer dah nak masuk ramadan kan? malam nie dah strat terawikh. sekejab jer masa berlalu. tinggal kan kita... dah bersiap sedia kita untuk berperang?? huhuhu..
berperang dengan diri sendiri. menahan segala dogaan dan kemarahan dalam diri kita..
minta2 kita dilindungi dan dirahmati Allah ya.. Minta2 kita semua dipermudahkan perjalanan kehidupan..dama2 kita berdoa...



iman tahun nie dah lima tahun. jadi aku nak latih dia berpuasa. minta2 muhammad iman dapat la berpuasa..hihihi.. teringat aku dulu masa berpuasa. masa kecik2 la.. bohong mmg dah tentu. masuk bilik air teguk aip paip pun jadi..macam rasa air paipsiii ler..hahhaha.. dah tue, ada tue dah bawa air satu cawan masuk bilik air, sekali kantoi tunggalkan cawan...hahhaha..mengamuk mak aku..hihihi....lagi satu dulu masa kecik, aku ingat kalau kentut leh batal pose..hahahha...boleh tak cam tue???





setiap orang mesti ada kenangan kan..seronok. sekarang nie aku rindu sangat nak gie sembahyang terawih kat masjid. dah masuk 6 tahun... sejak aku kawen tak berkesempatan nak gie masjid, tahun pertama aku dalam pantang. lahirkan iman. dan tahun berikutnya sampai sekarang, anak kecik lagi. mau tak nya bergegar masjid tue aku bawak anak2 aku nie.... tak per..tunggu dah besar siiikkkiiittt jer lagi....




Malam 1
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA KEADAANNYA BARU DILAHIRKAN

Malam 2
DI AMPUNKAN DOSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERSOLAT TERAWIH SERTA DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPANYA

Malam 3
PARA MALAIKAT DI BAWAH ARASY MENYERU KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT SUPAYA MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM BERIKUTNYA, SEMOGA ALLAH S.W.T AKAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA

Malam 4
MEREKA MEMPEROLEHI PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN

Malam 5
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PAHALA ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DAN MASJID AL-AQSA

Malam 6
DIKURNIAKAN PAHALA SEUMPAMA PARA MALAIKAT –MALAIKAT YANG BERTAWAF DI BAITUL MAKMUR SERTA SETIAP BATU DAN TANAH BERDOA UNTUK KEAMPUNAN ORANG –ORANG YANG BERSOLAT MALAM TERSEBUT

Malam 7
SEOLAH-OLAH DIA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA A.S SERTA MENOLONGNYA MENENTANG MUSUHNYA FIRAUN DAN HAMMAN

Malam 8
DIKURNIAKAN PAHALA SEBAGAIMANA PAHALA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S

Malam 9
DIKURNIAKAN DAN DINAIKKAN MUTU IBADATNYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W

Malam 10
ALAH S.W.T MENGURNIAKAN KEPADANYA KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

Malam 11
DIA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN

Malam 12
DIA AKAN DIBANGKITKAN PADA HARI KIAMAT DENGAN MUKA YANG BERCAHAYA

Malam 13
DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DALAM KEADAAN AMAN DARI SEBARANG KEJAHATAN DAN KEBURUKAN

Malam 14
MALAIKAT-MALAIKAT AKAN DATANG MENYAKSIKAN MEREKA BERSOLAT TERAWIH SERTA ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MENYESATKAN MEREKA

Malam 15
SEMUA MALAIKAT MEMIKUL ARASY DAN KURSI AKAN BERSELAWAT DAN MENDOAKAN SUPAYA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKANNYA

Malam 16
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA DARI KALANGAN MEREKA YANG TERLEPAS DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA

Malam 17
ALLAH S.W.T MENULISKAN BAGINYA PAHALA PADA MALAM INI SEBANYAK PAHALA NABI-NABI

Malam 18
MALAIKAT AKAN MENYERU : WAHAI HAMBA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH REDHA DENGANMU DAN DENGAN KEDUA IBUBAPAMU (YG HIDUP/ TELAH MENINGGAL DUNIA)

Malam 19
ALLAH S.W.T AKAN MENINGGIKAN DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS

Malam 20
DIKURNIAKAN KEPADANYA PAHALA SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SOLEH

Malam 21
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH MAHLIGAI DI DALAM SYURGA YANG DIPERBUAT DARI CAHAYA

Malam 22
IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT DI DALAM KEADAAAN AMAN DARI SEBARANG HURU-HARA PADA HARI TERSEBUT

Malam 23
ALLAH S.W.T AKAN MEMBINA UNTUKNYA SEBUAH BANDAR DI DALAM SYURGA DARIPADA CAHAYA

Malam 24
AKAN DIBUKAKAN PELUANG UNTUK BERIBADAH KEPADA MEREKA YANG SOLAT TERAWIH PADA MALAM INI SELAMA 25 TAHUN

Malam 25
ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT SEKSA KUBUR DARINYA

Malam 26
AKAN DIKURNIAKANN PAHALA 40 TAHUN IBADAH KEPADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM INI

Malam 27
BAGI MEREKA YNG BERSOLAT PADA MALAM INI AKAN DIKURNIAKAN KEPADANYA KEMUDAHAN UNTUK MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT

Malam 28
ALLAH S.W.T AKAN MENAIKKAN KEDUDUKANNYA 1000 DARJAT DI AKHIRAT

Malam 29
ALLAH S.W.T AKAN MENGURNIAKAN KEPADANYA PAHALA 1000 HAJI YANG MABRUR

Malam 30
DIBERI PENGHORMATAN PADA MEREKA YANG BERSOLAT TERAWIH PADA MALAM TERAKHIR INI DENGAN FIRMANNYA YANG BERMAKSUD : WAHAI HAMBAKU! MAKANLAH SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU INGINI UNTUK DIMAKAN DI DALAM SYURGA DAN MANDILAH KAMU DI DALAM SUNGAI SYURGA YANG BERNAMA ‘SALSABIL’ SERTA MINUMLAH AIR DARI TELAGA YANG DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BERNAMA ‘ AL-KAUTHAR’

SELAMT BERPUASA SEMUA. INGAT ANDA SENDIRI YANG MENGAWAL DIRI ANDA. BERJAYA ATAU TIDAK, ITU LAH DIRI ANDA..HIHIHIHI...




Saturday, July 6, 2013

SAMBAL GORENG IKAN BILIS!!!!

Sebelum tue aku nak ucapkan selamt berpuasa ye..kejab jer rasanya kan.. tuptup dah nak puasa dah kita. 
ok, nak bangun sahur, tapi penat nak masak!! pagi2 buta dah kena bangun. kita ok lagi tak makan sahur, en.suami plak kena bangun makan juga kan. ok jom dapatkan Sambal Goreng Ikan bilis nie. senang. tak payah masak. hanya panaskan nasi semalam, dadar telur, siap untuk sahur. senang bukan. memang sedap.












ok, lap sikit air liur tue..
senang bukan. tuk student lagi senang kan...hihihihi..
satu telap 150 gram berharga RM14 siap pos.
cepat dapatkan dari kami yer..

012-6122916
atau emailkan ke
akucinta03@gmail.com


Friday, July 5, 2013

Tragedi berdarah...

tajuk nak gempak..hihihi...tapi mmg betul pun..cuma bukan berdarah banyak, tapi teruk gak la..
cerita pasal anak aku, Amar Danish. dan ia mungkin salah aku. 

adik amar jatuh dan terhantuk kat dalam kereta. dekat seat kereta belakang. punca, aku break emancy..bukan apa, aku follow kereta depan, jln lurus, dia bawak laju, aku pun sedap la. tiba dia leh break emency..aku pun terbreak sekali. sedar amar danish jatuh pastu berdarah. masa tue dia palk mmg bergaduh dgn iman. budak berdua nie mmg tak leh dekat. iman dah tengok adik dia berdarah, kesian plak tue..








nie belum jahit lagi. suh ambik gambar tangan. nak tunjuk tangan pun darah sekali.. dalam mulut ada gula tue..hihihii


darah meleleh lagi...tapi nasib baik tak banyak dan tak lama...

adik amar nie kuat gak. menangis kejab jer. aku pujuk dia. iman pun sekali pujuk...huhuhuh... nasib baik darah tak keluar banyak. petua dia. tekap dengan kain, selawat tiga kali. tekap kuat tau. lagi satu, kalau nak berhentikan darah akibat luka, cucur air, pastu selawat tiga kali. darah akan berhenti.. kuasa ALLAH..

terus gie hospital kecemasan. call en.suami tak dapat. call mak, suh saper datang ambik iman ngan danish kat sana. tak terkawal nnt aku. klu tiga2 ada sana, aku yang masuk spital plak nnt...
adik aku datang ambik dua orang anak aku. adik amar kena jahit. 3 jahitan. melalak-lalak. melalak takut. ye la aku kena keluar. aku masuk jer dia dah berhenti nangis...

dan balik umah, terus main...aku yang maigrin..takut adik dia, si atul ain ketuk jer kepala tue..anak dara aku tue ganas sikit. abg amar dia dah macam adik plak...

BUDAK KUAT!!!!

Tuesday, July 2, 2013

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.



Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.



Ayah baru balik dari sawah.



Ayah tanya Mak, “Along mana?’



Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”



Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”



Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”



Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”



Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”



Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”



Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”



Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.








Dua puluh tahun kemudian



Jam 6.30 petang



Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.



Ayah tanya Along, “Mana Mak?”



Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”



Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”



Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”



Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”





Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.





Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"





Ateh menjawab, “Entah.”





Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.



Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”



Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.



Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"



Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”



Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.





Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .



Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.




Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.



Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.



Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.



Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."



Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”



Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.



Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.





Beberapa tahun kemudian



Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.



Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”



Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.



Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.



Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..



Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.



Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,



"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.



Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Berapa kerapkah kita menelefon ibu kita?