Wednesday, November 28, 2012

Alkisah seorang Tukang Papan

Assalamualaikum.. Untuk Renungan Bersama...

 


Ali bakal bersara dalam masa tiga bulan lagi. Ali seorang tukang papan yang bagus dan sangat disukai oleh bosnya.

Rumah yang dibina Ali sentiasa mendapat pujian pelanggan.“Bos, ana nak bersara, nak pergi jalan-jalan dengan isteri dan keluarga lepas ini. Ana berat nak pergi dan sayang*gaji lumayan ini… tapi sudah sampai masanya ana bersara…” kata Ali kepada bosnya.Bosnya terasa sedih tapi terpaksa melepaskan Ali.“Sebelum Ali pergi, boleh tak dalam masa tiga bulan ini, siapkan satu rumah untuk ana sebagai perkhidmatan terakhir,”

tanya bos kepada Ali.Dengan berat hati, Ali akur dengan permintaan bosnya, tapi hati Ali bergelora dan berkata2…“Saya sudah nak bersara masih nak bagi kerja berat lagi… “ rungut beliau.Ali membina rumah itu dengan sambil lewa. Hatinya jelas tiada lagi pada kerja terakhir ini. Barangan ketukangan Ali sengaja

menggunakan yang kurang berkualiti untuk membalas dendam kepada bosnya yang pada fikirannya tidak bertimbang rasa.Sepanjang Ali membina rumah bosnya, bosnya tidak pernah datang melawat untuk memeriksa keadaan rumah.“Pelik, tapi bagus juga… saya boleh siap cepat sikit,” bisik Ali sambil meneruskan kerja sambil lewa dan tidak berkualiti.“Ini bakal hasil kerja saya yang terburuk sebagai hadiah untuk bos yang tidak bertimbang rasa,” kata Ali sambil tersenyum.Akhirnya Ali menyiapkan rumahnya dan bosnya datang untuk melihat hasil kerjanya.Yang pelik bosnya tidak masuk ke rumah apabila tiba di rumah barunya. Bosnya menyuruh Ali keluar.“Ini kunci. Rumah ini ialah hadiah persaraan untuk anta. Ana pasti anta dah buat yang terbaik untuk ana sebagai hasil kerja terakhir ana,”

kata bosnya.Ali terkejut besar dan terasa malu.Kalaulah dari awal dia tahu rumah ini adalah untuknya, sudah tentu Ali akan membuatnya secara terbaik.

Sekarang dia sendiri yang menghadiahkan ‘hasil kerja terburuknya’ kepada diri sendiri,Kisah Ali ini banyak berlaku pada kita. Kita membina hidup kita dengan memberikan “reaksi” yang tidak sepatutnya,

dan selalu tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan.Kita akan terkejut dengan situasi yang kita ciptakan (hasil terburuk Ali) dan terpaksa hidup dalam situasi rekaan kita (rumah menjadi milik Ali).Jika kita sedar lebih awal (bahawa rumah itu adalah untuk Ali sendiri), sudah tentu kita akan memberikan yang terbaik.Berilah yang terbaik walaupun di mana-mana. Kita tidak tahu apa perancangan Allah, jadi buatlah yang terbaik di mana-mana

sahaja kerana hidup kita hari ini adalah hasil kerja, sikap dan keputusan yang kita laksana selama ini.

Wassalam bissawab….

 

Segmen : Blogwalking Sampai lebam!!!!

 
oleh kerana aku memang suka blgwalking blog2, jadi aku nak join segmen nie. sambil2 tue leh ler tambahkan kenalan. jom korung, kita join sesama..
 
 
 
 
 
 


Blogwalking ni selain daripada boleh kenal-kenal dan merapatkan hubungan sesama blogger, boleh juga meningkatkan trafik blog kita. Jadi jom sertai segmen Blogwalking Sampai Lebam bersama ahsfantasy24! Mana-mana peserta yang bertuah akan ditempatkan di Bloglist ahsfantasy24 secara automatik. Peserta digalakkan singgah, follow dan meninggalkan komen di blog peserta yang lain. Moga bermanfaat kepada semua.
  1. Peserta digalakkan copy dan paste entry ini ke dalam blog masing-masing dengan menggunakan tajuk "Blogwalking Sampai Lebam!" dan letak link ke entry ini.
  2. Tak diwajibkan follow blog penganjur. Kalau suka, follow, kalau tak suka tak perlu follow.
  3. Senarai peserta akan sentiasa dikemaskini di sini dari masa ke masa.
  4. Jadi sekarang jom sama-sama kita blogwalking!

kepulangan yang dinanti

syukur alhamdullilah, ayah dan ibuku telah selamat tiba di tanah akhir pada 27.12.12 dalam jam 8.45 pagi. syukur sesangat ayah dan mak aku sihat seperti mana dia pergi ke tanah suci.
 
pagi tu, hanya adik, angah dan e.suami jer yang pergi. aku, along 7 wife dia, kak ngah aku duk umah, uruskan kenduri selamat kat umah. huhuhu.. niat hati nak pergi, tapi apakan daya..
 
dalam pukul 12 mak ayah tiba depan rumah. hihihi..masing2 mmg berdebar tak sabar nak tunggu mak ayah aku.
huhuh...buka fb jer, dah nampak ayah gan mak. semua kat umah dah xcited.. lain bebenar ayah..yep, dah ada janggut




anak2 aku semua pergi, nampak mak gan ayah, malu2



 
 
sampai je, dah berbau wangi...yes..wangi sangat..hati aku lak yang berdebar2...uuuuiiiittt... seronok beb...
 

peluk ayah kuat2 rindu...

kakak ayah, selaku mak cik aku.
 
along peluk mak, lepaskan rindu

 
dan yang paling seronok, malam mak ayah dah keluarkan barang2 bagi anak2 dan cucu dia ler...huhuhu..meriah...dapat snap gambar2 anak buah aku jer. lelain x der..hihihhi..boleh la daripada tak der....
 
anak along gan anak angah aku, masing2 gayakan jubah...hihihi

muslimah sejati...
 
 
 
 


Tuesday, November 27, 2012

syukur alhamdullilah

syukur alhamdullilah, mak ayah selamat sampai..
 
gembira sangat hari nie pergi kerja dapat cium pipi kedua ibu bapa dan salam tangan diaorg...
 
ok, hari nie aku buzy sikit, so nanti mlm kalau ada masa, aku update pasal diorg k...tatata....
 
mood : HAPIIIEEE
 
 


Monday, November 26, 2012

jom kita gelak!!!!

ok, aku cilok lawak nie dari FB ye. bukan 100% dari aku...juat shared ngan korung dikala boring nie...

no1
Lawak kiriman Nizam Abu Hassan

Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat
panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya
begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor : Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah: Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor : Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!...
 
no2
Seorang murid berlari dengan bergegas-gegas sambil termengah-mengah masuk ke dalam kelas dalam keadaan berpeluh dan basah kuyup

Cikgu yang melihat kejadian itu hairan. Cikgu bertanya kepada murid itu...

Cikgu: Kenapa dengan kamu?

Murid: Saya dikejar anjing cikgu

Cikgu: Kenapa?

Murid: Saya tak sempat tanya anjing tu cikgu, takut dia gigit...
 
 
no3
 Lawak kiriman Azim Seth Iskandar

Pada malam yang sunyi lagi sepi seorang lelaki memandu berdekatan kawasan perkuburan tiba-tiba terlihat lembaga menahan keretanya,dia pun menumpangkan lembaga itu yang berbau harum beberapa minit kemudian dia berbau busuk...

dia menoleh ke arah lembaga itu ...

lembaga itu tersenyum sambil berkata maaf cik saya terkentut...
 
no4
Lawak kiriman Shahril Rozano

Hari Yang Malang.....

SEORANG pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis minuman dalam gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pula muncul lalu meminum racun aku...
 
no5
Lawak kiriman Holaimi Ixi
Mc.D lagi Mc.D lagi...

Kali ini giliran sudin plak yang terkena ngan pelayan Mc.D yg tengah berJiwa Kacau...!

Sudin : " Hello Mekdi ??"
Mc.D : " iyea.."
Sudin : " ayam ada?"?
Mc.D : " kenapa asyik Ayam Ayam dan Ayam,,?? Kenapa kau tak pernah ingin tahu keadaan aku ??"
Sudin : " Aiiikkk, err.......Sory salah no?!! hufh.."(tutup telepon)
---------------
Sudin : " Hallo Mekdi ??"
Mc.D : " iyeer.."
Sudin : " 24jam kan ??"
Mc.D : " aku selalu ada untukmu 24jam tapi kenapa kamu selalu jer tak mahu pedulikan aku??"
Sudin : " Sah! makin parah dah kegilaan dia ni !!"*tuut*tuut*
-----------
Sudin : " hallo Mekdi,, tlg jgn main2, saya dah lapar sangat ni, tlg antar Ayam dan nasi kerumah saya sekarang..!!"
Mc.D : " kamu selalu jer macam tu, kalau ada yang kamu mahu, selalu jer suruh aku datang ke rumah mu tapi kalau aku yg perlu, kamu tak pernah ada waktu.."
Sudin : "Woiii...GILAAAK !!"*Tuut*Tuut*
-------------
Sudin : " Hallo Mekdi.. Kalau kamu masih main2 lagi, saya laporkan kamu ke manager kamu, FAHAM !!
Mc.D : " Maaf maaf.. iyer2, Nak pesan apa ??
Sudin : " hanya satu pesan ku buatmu,, carilah lelaki lain, tinggalkan saja lelaki bangang tu.. Hahahaha
Mc.D : " arrrrrrrghh! :(
 
no6
Seorang lelaki dengan tergesa-gesa dan terburu-buru menyerobos masuk ke ruang bersalin,
dan dalam beberapa saat kemudian lelaki itu tampak keluar didorong memakai kerusi roda oleh seorang jururawat kerana pingsan.
Sudin hairan kenapa dengan lelaki tu, kerana penasaran Sudin
segera menghampiri beberapa doktor yang ada di ruang bersalin.

Sudin bertanya, “Doktor, boleh saya tahu kenapa lelaki yang baru datang tadi tiba tiba pengsan?”

Dengan tenang si doktor menjawab,

“Oh! itu dia tadi terburu-buru datang ke sini kerana isterinya sudah mahu segera melahirkan, tapi dia lupa sesuatu,”

“Lupa apa, doktor?” tanya Sudin lagi.

“Dia lupa membawa istrinya.” kata doktor.

Sudin:“sudaaaaaah!"
 
 
no7
bc0z 0f stress sgt wt asgmt mlm ni...i wnt t0 share a j0ke

Rintihan seorang individu yang ingin berubah:

"Sejak saya bertudung, ayah saya kerap menampar saya... mak saya asyik menangis... saudara mara saya menjauhkan diri dari saya... rakan2 saya asyik persendakan saya... salah ke apa yang saya buat? Salah ke saya nak berubah?
manusia mmg cmtu..suke menghukum ! arghhh..
sedihnya hati ini..."
...
Luahan beliau telah menerima satu tendangan tepat kat mukanya
dan aku berkata:

"Mu jantan la bodo!" hahaha...
 
no8
Lawak kiriman siti khadijah
Makwe : Syg .. Tak sangka kn dh 6 tahun kite couple ?

Pakwe : Yela kn baby .. Dh 6 tahun .. Kejap je rase ..

Makwe : Kn .. Dlm 6 tahun ni semua kite dh try .. Peluk2 dh , cium2 dh , tidur sekatil pn dh .. Ape lg ea yg tinggal syg ?

Pakwe : Tinggal nk masuk NERAKA je baby ..

Makwe : :(

::.amaran jauhi maksiat.::
 
 

Sunday, November 25, 2012

Tahniah Nabil!!!

wa..tahniah kepada Nabil Ahmad, di atas kelahiran anak pertama...tak sangka awal tiga minggu kelahiran..aper pun, tahniah kepada suada isteri k..semoga dengan kehadiran anak ini, menyinari lagi perjalanan hidup korung..
 
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.

Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan Disember depan.

Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.

“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu.

“Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pengacara program MeleTop itu berkata, dia berasa gembira dengan kelahiran itu turut mengakui debaran untuk menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang bapa.

“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal. Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa.

“InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,” luahnya.

Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.

“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat persiapan untuk bulan depan.

“Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam Sabtu).

“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir. Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama,” kongsinya.
 
 
 
 
 



bersantai dengan permata hati

fuhhh...minggu orang mengawan skarang nie. semalam jer tiga buah ghumah aku kena pergi. semua kekawan... tapi oleh kerana aku semalam nie dah macam janda anak 3, jadi aku gie sebijik rumah jer...boleh??? hahahah..tak larat beb. aku sorang nak control anak2 aku yang sememangnya tengah lasak. kecik2 semua nya. tangan nie ada dua jer. yang mana nak dokung, yang mana nak pimpin...perh, naik lemah aku. gagah kan juga pergi sebiji rumah.
 
ok, lepas tue, cepat-cepat makan, isi minyak aku gan anak2, kasi tenaga..huhuhu...terus cabut gie pantai. entah kenapa aku nak sangat bau pantai. nak sangat dengar bunyi ombak..damai rasanya.
 
sampai jer pantai puteri, iman dah menjerit2. nak mandi...pulak dah...baju tak bawah nie. yang ada baju iman sepasang, baju atul banyak ler. nak tak nak, kasi gak la..tapi iman mandi, pakai baju je..huhuu..seluar cabut. danish plak, mandi pakai seluar, baju cabut..
 


 


 


 


 
punyer ler seronok anak2 aku... sampai si atul; puteri aku tue, makan pasir k..YA MAKAN PASIR...
adduuhh dikkk oiiittt... camner ler ko leh makan pasir nie...
hahahaha..ok, anak2, nanti kita gie lagi yer, kita ajak pakngah, paklong, semua ye..
kita buat berbiequeee...
 
 


Thursday, November 22, 2012

menghitung hari

pejam celik, pejam celik sekejab jer masa berlalu kan. dan tak lama lagi, ayah dan ibu ku akan pulang ke Tanah Air. Alhamdullilah, mereka telah selesai dan sempurna megerjakan haji tahun nie. alhamdullilah, syukur Tuhan bagi mereka peluang.

sekejab jer masa berlalu. 27.12.12 nie mereka akan balik. moga2 perjalanan mereka selamat ya. doakan lah semoga Tuhan mempermudahkan perjalanan kepulangan mereka seperti semudahnya perjalanan mereka kesana. insyallah.

hati nie dah terrlalu rindukan mak ayah aku. tak sabar rasanya nak peluk mereka. nak cium mereka. anak-anak aku pun sama...

kami akan tunggu kepulangan mak ayah...
:)


Wednesday, November 21, 2012

Mengapa Israil tidak serang Malaysia??

Hebat renungan yang diberikan saudara Hakim Najili ini. Saya kongsikannya di sini untuk renungan bersama.


MENGAPA ISRAIL TAK SERANG MALAYSIA?

1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?


3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.


4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?


5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di
sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu
nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?


8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang
cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2
cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya?
cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.


12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.


#PrayForGaza#

Ya Allah Selamatkanlah Palestine

Saturday, November 17, 2012

DOAKAN MEREKA

Ya Allah Ya Tuhan ku,
aku tidak mampu berbuat apa2..yang termampu bagiku adalah pohon darimu ya Allah..
aku pohon, merayu ya Allah, lindungi lah saudara-saudara ku jauh disana.
lindungi lah mereka dari kekejaman rejim zionis. lindungilah anak-anak ku dari kesakitan. jauhi lah abang-abang ku dari diseksa oleh bala tentera israel. peliharalah kakak-kakakku dari mereka yang tidak berperikemanusiaan..
lindungi ibu-ibuku, lindungi ayah-ayah ku disana..aku mohon ya allah...
ko tunjukkan lah kuasa mu ya Allah. musnahkanlah hati yang bertopengkan syaitan ini.

kasihanilah saudara-saudara ku disana...berikanlah saudara-saudara ku ini kekuatan. berikah lah saudara-saudaraku ini kedaimaan..aku bermohon..aku merayu Ya Allah...













aku tak sanggup ya allah melihat anak-anak ku ini tersiksa...tak sanggup..
Engkau tempatkan lah mereka ini di sisi mu ya Allah..
sekiranya hidup di dunia ini anak2 ku tersiksa, ko ambil lah mereka..
biarlah mereka tenang di sana...janganlah Kau biarkan anak2 ku ini di sakiti..

Ya Allah Aku berayu..hanya kau yang berkuasa di bumi ini. Hanya Kau tempat ku bermohon dan berlindung...


Thursday, November 15, 2012

tempahan : Muffin kek

tempahan muffin kek coklat nie oleh orang kampung aku.
100 biji





kalau bungkus macam nie kira RM0.60 sebungkus.
dah habis murah dah nie.. hihihi..
ada berkenan? untuk tempahan..

jangan segan2 hubungi saya yer..
akucinta03@gmail.com
012-6122916
 Facebook : cinta03 design





 

Monday, November 12, 2012

Mazhab Kristian "MIRIP" islam

MAZHAB KRISTIAN MIRIP ISLAM...BERWASPADA...

 

 
 
 
Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?

Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).


Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.



Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as.


Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
 
 
Ajaran kristian Koptic yang sujud ketika sembahyang




...Just sharing... No Offended... Tambahkan ilmu pengetahuan...
 
SUMBER : CARI GOLD
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, November 11, 2012

Segmen : Jom Kawan

ye...aku join segmen lagi...
huhuhu..
 
segmen apa?? nie dia JOM KAWAN dari beautyshinju



ada tak sesaper nak kawan gan aku?? :)
nak join? jom reramai kita cari kawan bebanyak ..eratkan hubungan sesama kita...



Thursday, November 8, 2012

jom masak :- pai daging

rajin tak rajin la juga aku kan semalam. sejak dua menjak nie rajin nak buat resepi baru...baru belajar buat nie..alhamdulllilah..MELETOPPP!!!! best..perhhh, puji diri sendiri beb..betul tak tipu punya..
 
resepi nie aku ambik dari salah satu sifu masakan aku, kak Ana Suzana...orang nya kecik jer...kecik cili api tau..masakan di ammg aku kagum beb..ala hotel. geram jer aku tengok...
 
ha..ni la hasil buatan aku...hihihihi
 


 
tengok, dia punya tak sabar, makan atas oven jer...hihihi..menunjukkan sedap....


cover sikit hidung tue dik!!!!
ppeerrrhhh..sampai menutup mata...hahahah.. sebab panas yer...

 hasil dia makan, yang selebih nya tue, dia bagi tunang dia makan, kebetulan datang malam tue...

haaaa....nampak sedap kan...bukan nampak, memang sedap beb.. nak resepi... korung pegi kat blog Kak Ana Suzana nie ye... TQ kak kongsi resepi.....

kalau korung nak tahu, aku bagi en.suami makan..perh dia kat beli frozen ker...heelllooo...pn.isteri awak nie masak tau..cuma tak pandai deco, hias macam hotel jer...kalau tak, boleh masuk mastercheff...hahaha...cakap nak kencang eh...
ok korung..selamat mencuba...