Friday, September 28, 2012

buah hati intan payung

dah lama aku tak bercerita pasl anak2 aku kan...bila pandang mereka nie semua tido, sayu jer hati aku...dah besar dah anak2 aku... :) ..tak sangka.... pada usia nie, aku dah ada 3 orang anak ...(**bajet muda sangat la..)
 
NUR QURRATUL'AIN, diam tak diam dah setahun dua bulan anak aku nie...klu tengok dia, badan dia kecik jer...hihiih...tak sepadan gan umo...kalau tengok pe'el dia...ya allah, orang tak kan percaya dia nie setahun dua bln...perangai cam abang2 dia...jalan terkedek2...tak der slow nye...laju jer jalan..panjat memanjat jgn ckp....abang panjat, dia sibuk nak panjat...abang menyanyi, dia pun sibuk....pendek kata apa abang dia buat, di apun sibuk sekali ler...paling tak tahan, kalau berebut barang gan danish, waaa...dia lak bantai abang dia...abg nie tadi leh nangis lak..cengeng tul anak lelaki aku nie...kememeh!!!!
 
paling aku geram, atul suka bergambar..korung tgk dia senyum..ya allah leh buat muncung itik plak!!! tak tau ler saper ajar..sorie yer, bukan saya tau...hihihi... jom layan pic dia...
 



 



 



 


 


 


Wednesday, September 26, 2012

ragam manusia....

kenapa erk??? presepsi masyrakat kita nie, masih ditakuk yang sama??? hihihi...ayat aku macam meroyan jer kan?? bukannya apa..aku pelik gan masyarakat kita nie...tak semua la...golongan2 terpilih..selalu cakap main lepas jer..tak pikir...
 
contohnya, kes aku pagi tadi....datang keje begitu semangat...senyum (*sebab dah dapat gajikan..hahaah) jejak jer kaki kat opis jumpa kawan lama, terus mood spoil...pada mula nya tak spoil mana pun...ye la, jumpa kawan lama, budak sekolah lagi...satu kampung pun yer gak...dah lama jumpakan, mesti ler meriah sikit...bertanya khbar, biasa la kan...
 
 
aku : eh, ko..lama tak jumpa...ko buat apa kat sini?
dia  : aku ada exam kat tingkat dua..exam KPSL...
aku  : eh, kat ofis aku...bila ko pindah sini, alhamdullilah yer ko dpt dok mlk..
dia  : awal tahun itu ari. ko keje sini ker?
aku  : ah'ah...eh, anak ko mesti dah besarkan?
dia  : setahun lima bulan...
aku  : ooo..sebaya anak aku....eh, aku nak cepat nie...nanti aku jumpa ko kat atas eh...
dia  : eehhh..eh...KO DAH TAK LEH BERANAK LAGI KAN???
aku  : erm...
dia : APA LA KO NIE....
 
 
klu korung ada kat tempat aku..aper perasaan ko??? mula2 aku bengang gak, hello sayang...saya bukan tak boleh beranak, boleh, tapi faktor kesihatan, keselamatan, aku dah tak mampu...bukannya aku sesuka hati nak mandulkan diri aku.... allllaaaa...manusia, manusia...cuba letakkan pada sudut positif sikit....jangan terlalu negetif... bukan bab nie jer.... lom lagi bab orang lain yang lambat dapat anak...macam2 andaian bagi..mandul la, tak nak berusaha la, takut gemuk la...itu kan semua kerja TUHAN..kita dah rancang, kita dah berusaha, tapi dah tertulis oleh NYA, kita nie mmg dapat zuriat lambat, dan macam aku, dah tertulis yang aku nie ada anak tiga jer...bersyukur....
 
 
yer..aku bersyukur, aku di beri peluang merasai menjadi seorang ibu...daripada tak merasai langsung...aku bersyukur sangat...jadi, oleh kerana mereka2 nie berfikiran negetif, so jangan la difikir2 sangat...bak kata sahabat aku...
"biar kualiti bagus tapi kuantiti sikit, jangan kuantiti banyak, tapi kualiti tak bagus!!!!"
hahahahah...bila difikir2 betul gak...anak ramai-ramai tapi tak pandai jaga...pun susah gak....
 
kalau asyik fikir apa orang nak kata mmg tak leh hidup kita nie..jadi, bersyukur dengan apa yang telah DITETAPKAN OLEHNYA.....
 
 
 
 


Monday, September 24, 2012

Kes Ragut di sekitar Sri Putramas

 
assalam buat semua umat islam...huhuhuhu...baikkan aku...ok, walaupun aku bukan org sekitar sri putramas, oleh kerana rasa keperhatinan dan tanggungjawab (cceeeehhh...) aku shared gan korung..mana tau kita dapat beringat antara satu sama lainkan.....
 
 

 
 
Ok. Ni dah kali kedua berlaku depan mata wa sendiri. Ciri² kedua² kejadian ni mmg hampir sama. Refer map kat atas. No 1 utk kejadian pertama, no 2 utk kejadian kedua.

1. Masa kejadian yg pertama adalah time org pegi office. Maybe dalam pukul 8 pagi. Jalan agak sesak masa tu sebab banyak kereta dari Jalan Kuching masuk simpang utk ke Mont Kiara, Solaris Dutamas, Hartamas, etc. Kejadian kedua pulak baru berlaku petang tadi time org balik keje. Maybe dalam 6.30 petang. Dekat situ ada traffic light. So kereta berhenti utk traffic light.

2. Cara ragut adalah menaiki motor dengan pemandu serta pembonceng. Dua² kejadian menggunakan motor Yamaha 125z warna biru. No pendaftaran motor dibuang. Masa banyak kenderaan tengah berhenti untuk traffic light atau u-turn, motor tadi akan mencelah dan berhenti sebelah kenderaan target. Dua² kejadian, peragut berhenti sebelah kiri kenderaan. Dua² kejadian mangsa adalah wanita berseorangan. Mungkin sebab kebanyakan wanita akan letak handbag pada kerusi sebelah kiri. Pembonceng peragut akan pecahkan cermin kereta dan rampas handbag.

3. Pemandu akan terkejut dan gelabah tak tau nak buat apa. Selepas peragut tu rampas handbag, mereka memecut dan mencelah diantara kereta. Mereka akan u-turn di traffic light dan terus cabut melarikan diri. Ingat untuk kedua² kejadian, peragut akan memecut dan u-turn dekat traffic light dihadapan.

Ok. Sekarang pasal langkah keselamatan pulak.

1. TOLONG JANGAN LETAK HANDBAG DEKAT KERUSI SEBELAH KIRI..!!!

2. Pastikan pintu kereta berkunci.

3. Kalau anda lalu di area tersebut atau mana² sekalipun, sentiasa alert dengan motor yg tiada no pendaftaran + naik 2 orang + motor jenis yg laju dan senang nak cilok.

4. Kalau ada perasan motor dengan ciri² diatas, tolong perhatikan gerak geri motor tersebut. In case kalau anda perasan dia meragut kereta belakang anda, tolong himpit supaya motor tu tak boleh mencelah. Kalau boleh langgar sampai patah kaki lagi bagus. Peragut dan pembonceng adalah MELAYU tapi tak pasti whether melayu Malaysia atau Indonesia.

5. Motor tersebut akan buat u-turn pada traffic light dihadapan. Kalau anda sempat, anda boleh keluar kereta, pegi lane sebelah and flying kick peragut tersebut. Aku yakin peragut tak membawa senjata dan peragut tu keding jer.

Tolong share dengan semua orang. Copy paste pun boleh. Takde hal.
 

Wednesday, September 19, 2012

dia...suamiku..

"SEANDAINYA ABANG DITAKDIRKAN OLEH TUHAN, TUHAN TELAH NYATAKAN HUBUNGAN KITA, JODOH KITA SETAKAT ITU, ABANG POHON DARINYA, JANGANLAH DENGAN CARA MELAFAZKAN CERAI. ABANG POHON BIARLAH TUHAN AMBIL NYAWA ABANG. ABANG TAK MAHU AWAK DI PANDANG LAIN OLEH ORANG SEKELILING..."
 
 
 
Ya Allah betapa sayunya bila aku mendengar en.suami aku melafazkan kata2 itu....kata2 yang sangat2 aku tak sangka....
 
Ya Allah terima kasih kerana kau temukan aku dan dia...terima kasih kerana membenarkan kami hidup bersama...jatuh bangun kami bersama, pahit manis kami bersama..aku terlalu leka..leka dengan duniawi...mahukan sesuatu yang cukup sempurna, walhal kau telah kurniakan aku suami yang begitu penyabar akan diri ku..suami yang sentiasa menjaga aibku..suami yang sentiasa melindungi ku... terima kasih ya allah...aku bersyukur...
 
 



Monday, September 17, 2012

anda dan tarikh lahir anda....

anda dan no tarikh lahir anda...sesajer jer shared gan korung...jangan percaya k...hanya sesuka jer tau..jangan serius sangat....
 
ok, mula pilih tarikh lahir anda dan lihat ada di no berapa??? ada 9 no semuanya...pilih2....
 




 
 

 

 


 

 
ok, dah pilih, jom kita tengok apa rahsia disebalik no anda....huhuhuh...(percaya sangat la...)
 
 
no.1
 
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.



no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.



no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.



no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.



no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.




no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.




no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.



no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.





 





Saturday, September 15, 2012

Sophie Paris vol 1

Katalog Baru Setiap 45 Hari!

Diskaun 20% dari harga Katalog Untuk Ahli

Keahlian RM 15 Seumur Hidup
 



 




 

 








 

Wednesday, September 12, 2012

ladybird tuk birthday boy

dah berkurun lama, baru la nie aku nak postkan..huhuhuhuh..tempahan apam ladybird tuk birthday boy....nie kalau tak silap aku, bulan pose itu ari....
80 biji






apam lady bird...

selesai sudah buat tempahan apam ladybird 50 biji untuk jamuan makan2 kat opis..huhuhuh....









Sunday, September 9, 2012

Cerita Majlis Semalam....

ekhem..ekhem...wa...macam tak sangka ari isnin nie aku datang keje, dan aku rajin mengapdet blog yer...huhuhuhu...nak cerita pasal majlis semalam...majlis kenduri selamat, cukur jambul, pertunangan, dan jamuan raya.... 4 in 1...senang sekali buat jer...
 
majlis strat dalam kul 12...buat majlis cukur jambul anak buah aku..anak ketiga along aku....perempuan...nur izza qaisara...si tembab tue...
 


 



 
lepas tue..lepas zhuhur, orang masjid plak..buat tahlil...dalam kul tiga cam tue, rombongan pihak sebelah datang...majlis pertunangan...cerita pasal pertunangan adik aku nie, dia tak buat pelamin, tapi ada tirai kecil la..sebab bakal mak mentua dia dah tak kuat, jadi tak kan nak suh naik atas, panjat tangga umah aku...so kitaorang buat la tirai sikit..ala2 mini pelamin la...dah yang syok nyer..mini pelamin dia nie, dia hias kan dengan barang2 antik en.suami aku...huhuhuh..cantik tau..dah la orang masjid datang dok belek barang antik tue..mengimbau kenangan ler tue.... jom kita layan pic semasa berlangsung...