Friday, June 29, 2012

Mak, Kenapa Mak Sedih????


Pada satu petang...aku lihat mak sedang termenung jauh...tiba-tiba mak berkata...

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat pada kamu?


Anak : Sebab saya anak mak kan?

Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu wahai anak..

Anak : Apa tu mak?

Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..

Anak : Mak! Janganlah...

Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..

Tiba-tiba air mata pun mengalir membasahi pipi emak...


dapat dari fb...yep..sentap aku baca.....tiba aku ingat kat mak gan anak aku...

ermmm.... *_*

ehhhh...naper blog aku nie sepi jer.....huhuhu..dan dah tumbuh kulat dah nie...
tak der mood la nak bercerita..hihiihi..
nanti aku ada mood aku membebel balik eh....
daaa...

Tuesday, June 19, 2012

baiknya abang........

muhammad iman memang pandai sangat jaga adik-adik dia..walupunbaru berusia 4 tahun..hihihi..kadang2 aku tak sangka anak sulung aku nie boleh diharap rupanya...walaupun kadang-kadang hati nie panas jer dengan kenakalan dia...muhammad iman yang sangat bijak berkata-kata..kadang-kadang mati akal gan dia nie...jom kita layan gambar2 nie...biar gambar2 nie bercerita yer... :)



















** sila abaikan bilik aku yang bersepah tu eyer...gambar nie diambil awal pagi...aku tengah bersiap2 nak gie kerja...huhu

wanita....

SUAMI tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya, hanya kerana satu tingkah laku isteri yang tidak menyenangkan. Sebaliknya, dia dituntut mengambil kira perilaku lain isterinya yang menyenangkan, sebelum membuat sebarang keputusan.

Sabda Rasulullah saw, bermaksud:  
“Sesungguhnya, orang perempuan itu dicipta dari tulang rusuk. Dia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal dia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan, sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan atau isteri yang sejak lahir, memang dipengaruhi oleh sifat-sifatnya yang asal. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika dididik dengan kasar, maka akan patah (gagal).
Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh itu, dalam mengendalikan urusan dengan isteri, seorang suami harus sabar dan bijaksana, tahu masalah dan keadaannya. Jangan terlalu berkasar atau berlembut dalam mendidik isteri. InsyaAllah, dia akan diberikan ganjaran kejayaan seorang isteri yang saleha.
Seorang isteri pula, di samping taat kepada Allah, perlu taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Isteri itu akan dipersilakan masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Jika seorang perempuan sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya bagi seorang perempuan (isteri)?” Baginda bersabda: “Suaminya.” Aku bertanya lagi: “Siapakah yang lebih besar haknya bagi orang lelaki?” Baginda bersabda: “Ibunya.” (Riwayat Bazaar dan Hakim).

Isteri mempunyai satu kewajipan besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didulukan.Berbeza dengan suami, dia mempunyai kewajipan amat besar terhadap ibunya. Sejauh mana kemampuannya, dia perlu memenuhi setiap keperluan ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya.
Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. 

“Dan setiap wanita yang bermuka masam di muka suaminya, justeru, dia ada dalam kemurkaan Allah sampai dia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan dia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, justeru, malaikat melaknatnya hingga dia pulang.” (Hadis riwayat Al Bazzar).

Source: Berita Harian Online




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa wanita, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan wanita drpd tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah..

Didiklah wanita dgn panduan dari-Nya..
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita..
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah..
kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya..

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu..
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan..

Akan terhibur dan bahagialah hati seorang wanita,walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'.
isikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain.

Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'..
wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan..
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki..

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki..
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri..
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa..

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus.....

Monday, June 18, 2012

amar danish sepet......

 
Amar danish..huhuhhu..jarang aku cerita tentang anak aku yang sorang niekan...hihiiihi..Amar danish nie lembut orang nya, tapi boleh tahan lasak dia...dalam diam tau..geram gak tengok dia..ada gak tokoh membebel cam abg dia, cuma dia lom pandai susun ayat...masih lagi cakap dalam bahasa dia...
dan si Amar Danish nie mmg suka sangat menyakat adik dia..mana tak nya, di aadik kepada iman dah tentu ler asyik kena kacau gan abang dia..la nie dia dah jadi abg, balas dendam ler...hihiih...

lagi satu, anak aku yang nie, selalu sangat sakit mata...lepas tu bawah mata dia mesti kemerahan pastu klu tak cukup tido, mesti lebam...tak tau kenapa.... la nie mata dia baru jer baik...


kan? mata bawah dia mesti lebam..tak tau kenapa...yang sebelah tue dah sepet da..kena gigit semut...sebelum nie kena tembel...aku pun tak tau cam ner dia leh kena tembel....intai aku mandi ker???? ar????

aksi laki bini.....

hahahah..tajuk ko tak tahan..aksi apa yang korung nak tengok sangat tue..wahahahah...aksi terlampau?? tak der makner nyer k....semua aksi2 terlampau kat dalam fon jer eh...percaya ler sangat!!!!

k masuk pada cerita....ari nie datang lambat lagi..hahaha ada hal..tapi sebelum aku satelkan keje aku pagi tue, sempat pulak aku bergambar gan en.suami aku nie..dah datang perangai giler kami..anak-anak tak der..dah post kat umah mak aku....hihihi...buat pengetahuan korung en.suami aku nie mmg susah sangat nak bergambar...klu ambik gambar macam batu..aaddooiii..geram aku tengok....

en suami complain, kata tak cantik..bawah mata dia hitam...lorat...

dah memang bawah mata awak tue hitam, nak wat cam ner..tak mengaku plak...tak hensem katanya..aduh...alih tempat...dok bawah cahaya..kasi terang sikit...kasi snap lagi...
ha..baru ok...huhuhuh..laki bini sama2 perasan....hahahhaha..walaupun anak mata aku tue tak berapa nak betul..bajet hot ler plak....

yang nie aku lak complain, ckp dia tak pandai posing..cam patung..muka alaaaaa....




ingat dah tak nak bergambar lagi..rupa2 nya en.suami naik syer ler plak.....sibok nak bergambar gan barang-barang antik dia...korung tak caya..ha...tengok aksi dia...adduuhh....mmg aku bantai gelak jer gan dia nie..dah macam budak2...
korung tengok..aduhhh tak pandai betul post....
tak stim langsung..hahahhahah...jahat mulut ko!!!!

aarr..manja sikit...siap pn isteri tunjukkan cara2 posing....

ok..dah pandai posing


adooohh...tolong jangan muntah hijau kat sini yer...sila tahan muntah anda...dinasihatkan supaya anda semua makan asam kasi kurang sikit loyar tekak korung setelah tengok aksi gedik gambar nie...hahahhaha...seronok plak aku tengok gambar nie..yep..mmg susah nak tengok en suami aku bergambar bagai cam nie...kihkihkih..cam budak-budak...dan akhir sekali aku postkan gambar paling cun tuk tatapan korung...

hahahahha...akhirnya terkeluar muntah hijau ko yer....
bye.... :)
lalallala..hati berbunga ceria....

Sunday, June 17, 2012

katakan Tidak Kepada Keputihan!!!

salam ceria pagi isnin..wa..hari nie aku datang opis ceria ko!!!! selalunya hari isnin ler paling aku malas sekali.....**tak der maknanya rajin....rajin adap blog yer la..wahahhaha...
hari nie aku nak bagi tips kat kaum-kaum wanita, lebih-lebih lagi tuk yang dah berkahwin...tuk lelaki pun ok gak..sekurang2nya dapat gak ilmu kan...huhuhu...leh ajar cik puan korung...
ok masuk kepada cerita...korung tahu kan keputihan...malas nak cerita asal usul keputihan nie..tapi keputihan nie kalau ada, mmg buat kita tak selesa..betul tak??? lepas tue nak wat projek pun tak syok...terganggu jer...lebih2 lagi kalau yang jenis berbau...
dulu masa bujang, aku mmg ada keputihan, tapi tak ler teruk sangat..tapi bila baru kahwin, aduh makin teruk plak..pastu kena jenis yang gatal..tak tahan ko!!! selalunya orang yang baru kahwin mesti kena keputihan nie...

aku dapat petua nie dari orang tua2 tau..dari mak lang belah en.suami...huhu...dulu, lepas kahwin, kan kena ziarah sedara mara...kenal-kenalan..mak lang aku nie leh buka cerita...mmg kena plak time tue aku nyer keputihan melampau...dia kata petua nie petua orang jawa...dia kata makan jamu pun tak berapa berkesan..guna petua nie lagi ok...dia cerita masa tue depan laki aku gan depan laki dia..tersipu2 i...yang paling malu, dia kata..
"mak lang tak tipu, depan pak lang ko mak lang cerita nie...dia selalu puji cakap bawah nie wangi tau.... "
mak oittt...malu nyer aku!!!! besok tue terus suh en.suami beli..dan buat..dan mmg berkesan!!!!
baru-baru nie aku kena lagi..hihih..sebab tak amalkan petua nie ler...teruk gak aku kena, nak-nak bila dah luka...bila dah keluar lendir hijau tue, mmg dah teruk la kan..dah kena kuman, aku cepat-cepat gie spital dulu, mintak ubat...ala ubat spital biasa la....yang insert dalam tue...kena pakai tiga hari, dan benda tue masih gak ada..luka dah elok, tapi still ada lagi. jadi aku wat petua nie, alhamdullilah hilang...bersih miss v i...dah tak malu lagi bersama en.suami...huhuhu...kalau tak aku suh dia pose seminggu dua...ok, tanpa berlengah masa aku shared gan korung petua nie yer...
bahan-bahan dia, korung hanya perlu guna sebiji manjakani jer..tau tak biji manjakani cam ner?


ambil sebiji manjakani nie, pastu guna anak batu lesong....mak lang aku suh guna batu marmar, mana nak cari..dia kata guna anak batu lesong nie pun leh, jadi aku guna ler....ok, dah dapat, bawak masuk bilik air...
hihiiihi.....lupa nak bagi tau, korung buat nie sebelum nak mandi tau...
basahkan kedua2 bahan nie, pastu biji kani tu korung gesekkan kat anak batu lesong tue, sampai dia jadi cam dalam gambar nie...klu tak jadi, korung basahkan sikit biji kani tue....
ok...gesek kan dia yer murid2..huhuhuhu....


biji kani setelah digesek kat anak batu lesong.....
rupa biji kani setelah digesekkan kat anak batu lesong....
korung tak payah ler gesek sampai biji kani tue jadi kecik...maksud aku tak yah banyak2..agak2 jer...dah tue, hasil gesekkan tadi tue, korung kaut pakai jari ko...
haaa..nampak..agak dah banyak kat jari, dah leh kaut, dah ok...
lepas tue, dalam keadaan mencangkung, korung masukkan jari nie kat dalam miss v ko..lagi dalam lagi bagus...jangan takut...tak sakit, sbb dia dah macam pelincir dah pun..k...korung sapu sekeliling dalam miss v kita...sorry yer, gambar takkan ditunjukan...giler ko!!! tak kan nak tunjukkan, maunya en.suami aku pancung aku!!! huhuhuh..dan jangan lupa sapu kat sekeliling luar miss v kita gak...ulang benda yang sama, jangan sekali sapu jer..buat la dua tiga kali sapuan..dah tue, korung pakai pad, lepak dalam setengah jam...gie kermas rumah jab, masak ker...

masa nie, kalau yang jenis teruk tue, korang akan rasa benda tue keluar...biarkan yer....ok, dah lepas setengah jam, korung dah leh basuh, cuci yer....amalkan dalam seminggu dua kali buat..korung mesti puas hati punya...dan klu korung nak tahu, manjakani nie pun boleh ketatkan tau..hhhuhuh..pasti suami anda dan anda akan tersenyum puas..wahahahahah..dan korung akan pergi kerja ceria walaupun pada hariisnin...kihkihkih..selamat mencuba yer....

SEGMEN : Blogwalking & Follow :)

ekhem..ekhem..salam hari isnin...
jom kekawan kita masuk segmen Blogwalking dan Follow...
memang sesuai sangat tuk aku yang baru jer start berblog nie....


otai segmen ini adalah  cik Azimah Zulkifli

jom kita sertai reramai k... i follow....
i foolllooowww uuuu,,,,
u fffooolllooowww iii yer...

Wednesday, June 13, 2012

Tip kekalkan Hubungan Cinta...

TIPS KEKAL HUBUNGAN CINTA

cinta yang datang secara semulajadi adalah yang terbaik......












Tuesday, June 12, 2012

korung pernah tak???

pagi tadi pergi kerja aku lalu UTEM Melaka...shortcurt ler...hihihi..setiap kali lalu kat situ, mesti aku teringat kenangan2 lama...dan hari nie tiba2 aku teringat kisah lama lagi...dulu masa aku muda belia lagi..huhuhuhu..sekarang nie pun muda gak...masa belasan tahun dulu..masa tue handset nie tengah populer...lepas tue, time student sikit punya cermat nak guna fon...

member2 aku sorang nie, dok JB gan Ganu...hihihi..yang minah Ganu nie mmg banyak pak we..so, tak hairan ler, hp dia tue sentiasa jer kat tangan dia..dan yang kelakar nyer, cara dia jimat kredit...cakap tak lebih tiga saat, letak tepon..pastu pakwe dia pun sama...aduuuhh..tak syok betul la....tak feel...
aku ada tanya kenapa ko buat cam tue, dia cakap, kreadit tak kan kena tolak jadi jimat ler...addddoooiii..sekarang nie bila aku terkenang aku leh tergelak lak...lebih2 lagi jadi kat aku...

aku nie pakai hp pun abang aku nyer..dia beli hp baru, so yang lama tu aku pakai ler..org baru pakai hp..so jakun ler..dah ler jakun...tak tau lak tue...leh lak pak we aku nie... (**sekarang nie dah jadi en suami aku dah...) kena kan aku...call2 dia diam..aku panggil tak dengar...
bila aku letak, dia bg msj...
"abg tak leh ckp, hp abg rosak...leh dengar suara awak jer..."
oooo..aku pun yer kan jer la..so dia bagi msj, dia suh aku jawab...maksud nya, dia akan call, aku akan jawab...
aku ingat lagi ayat dia...
sms dia : 'sayang abang tak...'
punya lembut aku jawab...sayang.....dia letak...
ada lagi ler ayat jiwang karat dia...aku nie lurus jawab ler...last dia bantai gelak...peerrrhhh...malu siot...sikit punya lembut aku jawab, dia tipu ler plak...
ngekek-ngeke ko gelak yer....hhuhuhuh..malu aku...
ye la..malu ler, sikit punya kontrol suara aku, nak buat dia cair, last-last dia kena kan aku..huhu
huuhuh..tue ler salah satu kenangan aku bercinta gan en.suami..rinddduuuu nya....


aku pada zaman muda belia dulu...cantik kan..hahahha..aku tau aku cantik!!!! sila lah muntah hijau yer...
*tak tau nak update apa..huhuuh...membebel ler kejab...