Wednesday, May 30, 2012

Pic baby Boy tomok

 


wa...mesti seronok en.tomok kita tue dapat baby yer...anak pertama mau tak nyer...apepun tahniah...semoga menjadi bapa yang soleha..dan dapat mendidik anak dengan baik....
tengok baby boy tue...uuuiittt...tembab...nie yang wat aku geram sangat kat baby...pipi yang tembab...aaarrrggghhh...geram nyer....

" Tomok dan isterinya, Ayu yang baru sahaja selamat menerima kehadiran cahaya mata lelaki pada petang semalam.

Ayu selamat melahirkan bayi lelakinya sekitar jam 6.03 petang dengan berat bayinya 3.33 kilogram.

Tomok yang kini juga menyertai pertandingan memasak dalam rancangan Masterchef Selebriti yang ditayangkan di saluran Astro melahirkan rasa syukur kerana pemberian rezeki yang tidak ternilai dari Allah S.W.T.

Penyanyi itu turut berkongsi kegembiraannya kepada para peminat dengan menghebahkan berita gembira itu di laman sosial Twitternya dan juga profil Instagramnya.

“baby boy…berat 3.33kg..lahir pada 29/5/2012…terima kasih ya Allah! :’) :’)” tulis Tomok."

Tuesday, May 29, 2012

Kenapa Bayi Menangis Waktu Malam....

fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka diusik oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah dicetak dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.

Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis?

Banyak alasan mengapa mereka menangis. Pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibubapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa. - babykan tak leh bercakap, so salah satu nak berkomunikasi dengan cara menangis ler..tue yang buat para ibu2 nie pening tak tau apa yang baby nie nak..huhuhuuh-

Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

Ramai ibubapa yang tidak menyangka bahawa bayi mereka mempunyai perasaan. Bayi bukannya seperi pokok bunga yang hidup tanpa perasaan. Mereka adalah makhluk yang hidup dan berperasaan. Pembentukan emosi mereka di peringkat baru dan sedang dibentuk.
Mereka sebenarnya mahu dimanjai. Ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu. Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka.

Mereka akan rasa lebih disayangi dan selamat. Jadi sebelum bayi kita menjerit di tengah malam, pastikan kita memberikan sedikit masa untuk mendakap mereka dan mendodoikan mereka. Apabila bayi sudah menjerit, tidak banyak yang boleh dilakukan lagi untuk meredakan tangisannya. - yep..setuju sangat..memang selalu buat kat anak2..tapi kadang2 kita dah penat sangat nak dodoikan tue yang tak larat....

Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang
. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih bertenaga. Mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.

Untuk membaiki keadaan ini, beritahu pengasuh bayi kita supaya tidak membiarkan mereka terus tidur sepanjang waktu siang. Kalau ada kesempatan, bermain dan bercakap-cakap dengan bayi akan membuatkan mereka letih di sebelah petang.- hahahah..tue sebab aku rajin bawa anak2 aku gie taman...biar mlm diaorg tido lena sikit...tapi kalau dah suka sangat, pun lain jadi nyer......

Gelapkan atau suramkan lampu di bilik mereka. Ini akan membuatkan otak mereka tidak berfikir secara aktif. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi mereka tidur dalam cahaya yang suram.

Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang boleh menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi selalunya akan menangis jika mereka bermasalah dan perlukan perhatian. Lampu yang terang menyebabkan mereka aktif bermain sendirian.

Ramai yang tidak percaya jika saya memberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus. Ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung babydoll yang tidak boleh berasa penat.

Bayangkan kalau sepanjang hari ibubapa bermusafir dari Alor Star ke Johor Bahru dengan berkereta. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh. Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Bilik tidur yang gelap sememang membantu untuk otak bayi turn off. Walaupun kepenatan, bayi tidak mampu untuk lena jika keadaan bilik mereka terang benderang. Otak mereka akan sentiasa standby, dan akan turn on bila-bila masa jika ada ransangan seperti bunyi angin atau bunyi air yang menitik. Perkara yang sama berlaku pada orang dewasa yang tidak dapat lena.

Saya percaya ramai ibubapa yang keliru dengan jeritan bayi. Apabila mereka dikejutkan dari tidur oleh suara teriakan bayi, mereka terus ke dapur dan membuatkan susu untuk bayi mereka. Tanpa menyedari apa yang berlaku, mereka menyumbatkan mulut anak mereka dengan puting botol susu.

Seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi. Suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.

Perhatikan juga lampin bayi yang mungkin basah dan kotor. Jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa. Mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor.

Ahli psikologi kanak-kanak juga mengandaikan bayi juga mempunyai mood perasaan. Adakalanya bayi menjadi cerewet dan mudah meradang. Malah mereka mungkin berasa ceria dan mempunyai mood yang baik. Ini semua boleh dirangsangkan apabila ibubapa berkomunikasi dengan bayi dengan baik.

Bercakap, bercerita, berlawak dengan bayi akan meningkatkan mood mereka. Jika mereka dibiarkan tanpa komunikasi dan interaksi, mood bayi tidak diceriakan dan bayi akan mudah marah dan menangis.

Walau bagaimana pun,
mood ibubapa juga mempengaruhi mood bayi mereka. Ahli psychology kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan. - ooooo..baru aku tau...mood kita ada kena mengena gan baby gak...ermmm.....

Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.

Namun punca-punca bayi menangis tadi haruslah dibezakan dengan dua punca yang lain, iaitu colic dan demam. Punca-punca ini lebih serius dan memerlukan perhatian, dan harus dibawa berjumpa doktor.

Colic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang menangis di tahap melampau. Ia selalunya bermula dari umur dua minggu hingga 4 bulan. Namun ada bayi yang masih lagi menangis walaupun berumur lebih empat bulan.Mereka menangis sepanjang petang dan kadang kala berlarutan ke malam.
Colic disebabkan oleh pengecutan otot usus menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas menyusu bayi. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ianya disebabkan susu yang tidak dapat dihadamkan. - dalam istilah lain kembooonnngggg

Susu yang tidak dihadamkan menghasilkan lebih banyak gas. Setengah bayi mempunyai alahan pada susu lembu dan kambing. Perut mereka menjadi kembung.

Gas yang berada dalam usus tidak dapat menyerap dalam badan, ia harus dikeluarkan. Otot usus mengecut semaksima mungkin agar gas ini dapat dikeluarkan samada sebagai muntah atau kentut/ceret beret.

Banyak ubat yang boleh didapati di farmasi yang membantu mengurangkan colic pada bayi. Antaranya ialah gripe water dan colimix. Namun haruslah bertanyakan kepada farmasi yang bertauliah atau doktor tentang masalah bayi anda sebelum memberikan apa-apa ubat kepadanya.

Mengurut dan mengusap bayi dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi
. Caranya ialah dengan melakukan pergerakan yang berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal.
Kaki mereka berada di udara dan mengayuh dalam keadaan telentang. Pergerakan pasif yang dilakukan oleh ibubapa mereka sangat membantu bayi merasakan kelegaan.

Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutama kaki dan bahunya. Urutan yang lembut sebegini tidak menggunakan minyak panas, hanya sekadar minyak baby oil
yang melicinkan pergerakan tangan ketika mengurut.- setahu aku, mengurut baby tuk lega kan kembong perut pun ye gak..baby akan rasa lega bila angin badan dia kelua..ala....macam kita gak...huhuuh...

Saya amat mencadangkan ibubapa membeli termometer yang ringkas agar dapat mengukur suhu badan bayi. Ianya akan membantu ibubapa mengetahui samada bayi mereka sedang demam atau tidak.
Bayi yang demam adalah antara masalah yang serius dan harus dibawa berjumpa doctor. Demam yang tinggi dan berlarutan boleh memberikan kesan buruk pada bayi.

Jadi perhatikan keadaan bayi sebelum kita membawanya ke pusat kesihatan. Adakalanya bayi akan diam dengan sendirinya tanpa perlu memakan apa-apa ubat. 

baguskan info2 nie...so aku rasa bagus, aku shared gan korung2 semua...lebih2 lagi tuk ibu2 muda di luar sana...eerrrk....aku nie ketegori ibu muda gak kan???? muda lagi ker aku??/ wahahahahha...

tapi kan kadang2 bila semua benda2 nie kita dah buat, baby kita tetap nangis gak, tue yang dah pikir lain...nak2 macam aku nie mmg dah ada kes tak diingini jadi..dan kesemua anak2 aku dah terkena...tue yang buat aku berhati2....

sumber : cari gold 

Thursday, May 24, 2012

bila iman bercerita...

anak aku yang sorang nie klu dah strat bercerita, haa...ambik ko..tak berhentinyer..gan pelat2 dia...tapi seronok gak dengo dia cerita...nak2 kalau aku melayan..lagi panjang ler cerita dia..pastu, aku suka sangat tengok mimik muka dia..beria2..hihihi...benda2 nie semualah yang buat aku rindu kat anak2 aku...
ok jom kita layan bebelan iman nie...



satu petang di Taman Permainan...

dua tiga menjak nie aku rajin bawa anak2 aku pergi taman mainan...mmg dekat dengan rumah aku, so aku plak boring...petang bawak la bebudak pergi taman mainan..lagi satu aku senang ckit..huhuh..maksud aku..aku kasi bebudak nie main kaw2 nyer...biar letih, malam dah tido awal..hahahha...dan time tue ler aku berprojek!!!!
anak2 aku plak klu dah pergi taman mainan nie, suka komain...hihihi...suka bila tengok anak2 hapie kan...tersenyum riang...

















Tuesday, May 15, 2012

Buah-buahan dan Kahidupan Manusia....



hhaaaa...jangan korung tak tahu buah-buahan nie sebenarnya mempengaruhi kehidupan manusia...dan jangan korung tak tahu, kita sebenarnya mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. seperti manusia, buah-buahan juga mepunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. nie semua bukan aku yang cakap...huhuhuh...DR.BARNETT.....dr.barnett nie telah buat kajian lebih kurang dua dekad mengenai personaliti manusia dengan buahan nie...fuhhh...sikit punya lama dia gan ahli2 saintis dia eh mengkaji benda nie...ok..jom kita tengok apa hasil kajian mereka....
menururt beliau, terdapat 7 jenis buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia
 ok sebelum tue korung pilih, korung suka yang mana antara 7 jenis buahan nie...pastu bandingkan betul ker tak seperti apa yang dikajikan tue...

1. JENIS LIMAU, contohnya oren, lemon, limau nipis, dan limau barli.
2. JENIS BUAHAN TROPIKAL, contohnya pisang, betik, jambu, kiwi, dan nenas.
3.JENIS BUAHAN LADANG, contohnya epal dan pear
4. JENIS TEMBIKAI, contohnya tembikai dan tembikai susu
5. JENIS BUAHAN BERI, contohnya blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.
6. JENIS KEKACANG, contohnya walnut, hazel, gajus dan lain-lain.
7. JENIS BUAHAN LABU, contohnya kundur.
 
 ok dah pilih mana satu yang korung suka...pasti...betul nie..dah tak tukar2 lagi...ok jom kita tengok.....







KATEGORI PERTAMA :-

JENIS LIMAU : contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli....

Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.

Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.
KATEGORI KEDUA:-
BUAH-BUAHAN TROPIKA : contohnya seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenas
Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok.

Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.
KATEGORI KETIGA :-
JENIS BUAH LADANG: contohnya pear dan epal
Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu.

Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.

KATEGORI KEEMPAT :-
JENIS TEMBIKAI
 Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.




KATEGORI KELIMA :-
JENIS BUAH-BUAHAN BERI :contohnya blackberi, blueberi, 
 strawberi, respberi, cranberi, anggur, tomato

Kamu gemarkan ‘party’ dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.

Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.

KATEGORI KEENAM:-
JENIS KEKACANG : contohnya walnut, hazel, gajus dan lain-lain
Kamu ni ‘moody’ lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

KATEGORI KETUJUH:-
BUAH-BUAHAN JENIS LABU : contohnya kundur...

Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

sumber diperolehi dari : cari gold forums

Monday, May 14, 2012

pengorbanan seorang ibu.......

sejak aku dah berkahwin dan dah pun menjadi seorang ibu kepada 3 orang anak yang aktif ni...baru aku tahu macamana pengorbanan mak aku kepada anak2 dia...baru aku tahu macamana dia rasa, dia lalui untuk membesarkan aku dan adik beradik aku....
ye...bila seorang anak sakit, pastinya ibu tak akan senang duduk....tak kan lena tido...tak kan sempat makan...dan tak sempat buat apa2...nak2 kalau dapat anak seperti aku..berpenyakit...asma..yep..tahap asma aku kira kritikal gak la...memang mak gan ayah tak kan senang duduk bila penyakit aku nie menyerang...
kini bila aku dah menjadi seorang ibu, aku mengalami apa yang diaorg hadapi dulu...bila anak2 aku demam, sakit aku tak boleh tido malam...bila anak aku batuk tak henti2...sampai naik merah muka, gigil2 tangan akibat batuk, aku tak sanggup tengok....klu boleh biarlah semua penyakit tue aku yang tanggung...dan 
bila anak aku, amar danish asma, aku yang rasa sesak nafas...time tue gak aku bawak gie kecemasan...ambik gas tue...bila saat anak2 aku batuk2 tak henti, pastu selang seli dengan muntah2...aku jadi tak tentu arah....
selagi mereka2 nie tak sihat, selagi tue la hati nie rasa tak sedap...tak kan lena tido....
begitu juga lah bila si suami sakit, si isteri tak akan lena tido...lebih2 lagi lelaki nie kalau sakit mengalah anak kecil...



saper tak sedih bila orang2 yang amat mereka sayangi nie sakit....dalam hati tak putus doa, cepat ler sembuh...bagi makan ubat on time...nak cepat sembuh punya pasal...tapi....

bila si ibu plak sakit...saper plak yang akan jaga....sanggupkah mereka2 nie berjaga malam untuk ibu...sanggupkah mereka menyuapkan ibu makan...sanggupkah mereka? dan buat sang suami, bolehkan kamu jaga isteri kamu bila mereka ini sakit? bolehkah kamu pikul tanggungjawab isteri kamu sementara si isteri sembuh....jangan risau..
si isteri dan ibu ini tidak akan menunjukkan dia sakit...sesakit pun dia, dia akan kuat..tidak akan tunjukkan betapa lemahnya dia...kecuali penyakit tue mmg tak tahan dintanggung..selagi si ibu dan isteri ni masih boleh melindungi sakitnya, selagi itu lah, mereka masih bertanggungjawab akan tugas2nya...
ya...baru aku tahu pengorbanan seorang ibu...dan aku amat menyayangi wanita ini...
kerana dia, aku berada di muka bumi ini..kerana dia, aku telah menjadi seorang isteri dan ibu...dan..aku terlalu menyayangi dia...akan aku penuhi apa yang diingini..walaupun tidak pernah sekali pun dia meminta...aku akan berada disisi dia sewaktu dia sakit..akan aku jaga dia seperti mana dia menjaga aku dulu...ye...aku sanggup buat apa sahaja untuk dia...dan 
buat en.suami...terima kasih kerana tidak memisahkan aku dengan ibu ku...
"CKIN SAYANG MAK!!!!!"


Tuesday, May 8, 2012

histeria????

aku lambat lagi gie kerja...minggu nie aku asyik lambat jer...iiissshhkkkkk!!!! apa nak jadi gan aku nie!!!!!
ok...cerita histeria nie, pagi tadi, tengah siap-siapkan iman dan siap2 nak gie keje, mak aku call bagitau adik ipar aku, yang baru kawen itu hari  kena tak ingat....macam histeria, tapi dia tak menjerit2 atau marah2...dia hanya menangis2 mendayu2....
masa tue dia kat tempat keje dia...dia keje kilang, sebelum nie adik ipar aku nie demam, la nie baru baik demam ler, naik keje malam...plak naik jer member2 sibok dok cerita seram menyeram nie....adik ipar aku nie jenis lemah semangat nyer budak..tah apa dia terserempak, tue yang jadi cam nie.....

pagi tue, adik aku terus bawa dia balik, dalam kul 1,2 kot....nasib baik keje satu kilang, satu shif...dan bertambah nasib baik, adik ipar aku tue tak agresif, hanya menangis jer sepanjang perjalanan balik rumah, sampai jer rumah, diaorang bacakan yasin, dan akhir sekali ayah aku azan. habis jer azan, terus dia diam...pengsan kot...pastu mak aku suruh bawak gie spital, ye la risau tengok dia tak bangun...sampai sana kena lagi, meracau2....aku pun tak tau apa jadi kat sana...aku pun tak da kat tempat kejadiankan...semua nie mak aku dok cerita gan aku pagi tadi...

yang buat aku lambat gie keje, aku nak tengok keadaan adik ipar aku nie...buat kali dia meracau lagi, tak ker haru mak aku..dengan cucu2 dia selaku anak2 aku tu ler....tapi bila tengok dia tadi, rasa cam ok kot...tapi mmg lemah la...kena pulihkan semangat dia....harap2 dia dah ok...malam nie nak bawak dia jumpa tok mat aku, kasi pulih balik semangat tu...kesian aku tengok..lembik....

Ya Allah, jauhkan lah kami dari bisikan syaitan....lindungilah kami sekeluarga...
aku bermohon dari Mu, Ya Allah...
Kaulah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang....

Saturday, May 5, 2012

Jamu Susuk Dara......

sebenarnya aku nie pikir banyak kali nak cerita pasal jamu nie...huhuhu...takut  para lelaki2 yang baca...dan lelaki tersebut bujang!!!!..almaklum la...nie cerita orang perempuan dan ebih khusus yang telah berkahwin....ok...kepada lelaki bujang diluar sana, sekiranya, kamu terbaca ini entry...buat2 tak baca jer la...huuhuh....




ok...masuk pada topik....sepertimana yang korung tahu, aku memang suka shared maklumat2 yang aku kirakan bagus....yep...JAMU SUSUK DARA nie mmg best!!! yang dah kawen mcm aku, lebih2 lagi yang dah beranak pinak, memang aku syor sesangat benda nie...jamu nie aku mengenali melalui FB...ala tau jer ler, rakan tag rakan, keluar iklan....aku ternampak...terus aku minat...dan kebetulan aku rasa mmg aku perlukan jamu.....psssttt,....untuk sn.suami gak...huuhu...kenapa aku tertarik gan jamu nie....

 aku tahu korung mesti tertanya2 apa benda kan nie...yup aku pun sama masa benda nie keluar kat wall aku...so perasaan ingin tahu aku klik ler...ooo...rupa nya ini adalah benda yang selama ini ada dalam miss v kita...nie adalah salah satu testemoni pengguna jamu nie....terkejut aku....aku pasti korung pun sama kan...benda nie terhasil oleh kekotoran dalam miss v kita maksud aku, dari keputihan, lendir, senggugut, ala...masalah yang biasa kita hadapi ler...banyak rupa tau...lain orang lain bentuk kekotoran dia..antaranya....




gelikan...tapi percaya la...semua tue ada dalam miss v kita...nak2 bagi wanita yang telah berkahwin...ok..aku cerita open la....wanita yang dah berkahwin nie, bila melakukan hubungan suami isteri, offcoousseee ler, suami akan pancut dalam kan...so...benda nie ler antara punca kekotoran miss v...ye la...bila kerap kita melakukan, dan kita mencuci tak bersih...so, benda2 nie la melekat kat pintu rahim kita...tambahan plak kita ada keputihan...pakej lengkap ler....


nie lah produk yang aku dok cerita berjela2 nie....huuhuhuhu...aku pun tak berapa percaya pada mula nya...tapi naluri aku nie kuat suh mencuba kan....takut pun ada....dalam kepala otak, apa ler yang akan keluar dari miss v aku palk nnt....so..tah macamn aku leh ym salah satu pengedar dia..tanya dari hati ke hati...jadi...aku memilih jamu SUSUK KEKAL DARA dan MASKER DARA....
hihihih...untuk kasi gam ler bila kita bersama nnt....yo lah, walaupun aku nie dah beranak tapi operate, aku tetap rasa tak puas hati dengan layanan aku pada en.suami...so try ler benda nie....dan keputusan dia....
AMAT TERUJA...YESSS.....MEMANG BAGUS!!!!!...DAN DIAKUI OLEH EN SUAMI SENDIRI....
tue ler pasal aku dok cerita gan korung yang benda nie bagus.....malu ler aku nak letak testemoni aku kat sini...tapi aku mmg dah bagi testemoni pun kat diaorang...hihihihi...tapi diaorg rahsiakan ler..tak bagi link fb aku...

haaaa....nie ler yang aku pakai, membuatkan en.suami mengangumi aku....wahahhaha...suka ler wei....
aku rasa..aku dah banyak sangat celoteh gan korung nie....ok la...aku bagi korung link fb untuk dapatkan benda nie...dan untuk korung tahu lebih lanjut mengenai produk nie....

apa yang aku nak cakap...jamu nie mmg bagus....dan bulan nie, aku nak cuba yang lain lak...untuk bersihkan miss v kita...yup...semua nie untuk kebahagiaan suami isteri....
tertarik pada kata mereka.....tak guna kalau kita cantik, pandai bergaya, pakai mekup baju mahal, tapi kita tak pandai jaga miss v kita..hanya cantik luaran...bukan dalaman...
bila difikir2 betul gak...ye la...kan dah banyak kes2 cerai berai, kes laki cari lain..banyak lagi la...mungkin salah satu faktor pasal nie...so....fikirkan lah....

aku copy sikit maklumat kat salah satu agen jamu susuk dara

kalau kita semua makan jamu " Aku Dara"

kalau tak ada keputihan pernah keluar. nanti dia kan keluar sampai seluar dalam u berkerak. 

pastu lama2 dalam tu bersih kita back to normal
.
fungsi jamu tu utk mencairkan lendir2 yg berkepul dan terkumpul. benda kotor lama2 kat dalam

 tu put put kita boleh berbau mcm belacan busuk ( bau kohong).

in the same time punggung n breast kita tegang.

jamu mak dara gold ~ ada 4 ramuan : manjakani, serapat, kacip fatimah dan rempah ratus.

* semua item tu semua utk rapat, naik nafsu dan rempah ratus senang berak.

jamu ratu dara ~ ada 2 ramuan : manjakani n rempah ratus.

*rapat n senang berak.

walupon depa tulis nama ubat dalam sains punya nama tapi kan kita boleh google kamus.

jamu AKU DARA "SUSUK DARA BRAND" ~ ADA 8 RAMUAN: manjakani, serapat, kacip 

fatimah, buah kelentit, supit garam, nenas batu, bunga pakma, dan rempah ratus.

* rapat, rapat, rapat, membaik luka dari dalam, syahwat , memanaskan suhu yg berlemak boleh

 cair, yg berkepul boleh cair, mengecut, mengecut dan senang berak.

itulah perbezaan antara jamu AKU DARA dengan jamu2 yg sedia ada. of course la kita 

upgrade dari item yg terbaik menjadi yg lebih terbaik dari terbaik.

rege: RM48 sebotol.

kuantiti: 40 biji

cara makan: 2 biji pagi, 2 biji malam

apa berlaku pada diri kita:

bangun pagi lepas serapan makan 2 biji ~ badan jadi ringan bertenaga. aktif. mudah berpeluh.

makan 2 biji malam ~ boleh rasa stim..

hari2 makan

~ ari2 kat tempat ceaser boleh rasa mengecut rasa ringan je kat tempat simpan baby time

 mengandung tu. kencing pun lawas.

~ boleh perasan n rasa lubang dubur pon mengecut. apatah lagi lubang tut tut senyum je...rapat.

 tak menyengih ternganga mcm angelina jolie.

~ boleh rasa time by time lendir keluar bersirat2. dari berwarna jadi kale putih pastu jadi kale

 cair lama2 jadi air yg pastinya bukan kencing. bila semua tu dah clear
...
~ husband cakap...apasal awak nampak montok je ni sayang?? asal awak punya rapat dan hot

 hot babe.. asal muka awak merah kalau awak senyum atau ketawa...blusher original la 

sayang...

moral nye: dalaman bersih dan sehat ~ muka pon berseri2. tok sah nak tepek bedak banyak2 

ye kawan2.

* aku nak beli yg nie plak...
 pengasas/yang buat jamu nie...... : kak hani
antara agen jamu nie, yg aku beli la pada....  : yaya e-shop
blog tuk rujukan korung.... : http://ailebyuh.blogspot.com/

Friday, May 4, 2012

Bukan Nak Tunjuk Pandai ler!!!

aku pelik la...hai..betul la kata orang...manusia nie berbagai ragam...berbagai pe'el...aku bukannya nak tunjuk pandai atau belagak...tapi hanya nak kongsi ilmu.....
bagi aku, bila sesuatu ilmu, atau petua yang dapat aku shared kat orang, aku akan kongsi bersama...lebih-lebih lagi untuk kaum wanita nie....dan untuk isteri2...(hubungan suami isteri...)

tapi aku cukup main pelik gan seorang hamba Allah nie...kalau tak silap aku, dia kahwin dulu sebelum aku...sampai sekarang dia masih belum lagi dapat rezeki...cahaya mata...tapi kita tak leh nak kata apa la kan...semua tu kuasa TUHAN...kita saper nak tentukan...tapi kita kena lah berusaha...aku pun kesian kat dia..ye la, aku kahwen selepas dia dah 3 anak, tapi dia belum ada rezeki lagi.....
dan yang buat aku pelik, aku ada tau satu tempat nie, kawasan aku, sorang pak cik nie ramai yang berubat dengan...maksud aku, orang2 yang lambat dapat anak nie la...yup...BUKAN BOMOH KKK!!!!!aku tak percaya bomoh2 nie...
pak cik nie just bagi korung minum akar kayu jer..100% akar2 ....tak der urut mengurut...janji ko datang laki bini, cerita masalah ko....mana aku tahu tempat nie???aku
 tahu pun sbb along aku...yup..dia kosong 6 bln klu tak slh aku...atau lebih, aku pun lupa...dia ler pegi kat sini..dan amalkan minum akar2 kayu nie...alhamdullilah, dengan keizinan NYA, kak long aku tue melekat....dan ramai dah berubat gan dia dah pun.....hampir semua keputusan nya positif....dan along aku nie pun ada rekemen kat kawan2 dia gak...
yang buat aku rasa pelik, (angin gak ler...) boleh plak budak yang aku rekemen kan nie ckp,
"aku takut aku tak consistet la...."
aik.....cam tue plak....hellooooo...klu nak sesuatu mestilah berusaha...ko punya respon...alamakkkk...sedih aku la...adduuuhhhh....pelik aku....langsung tak nak berusaha....aku cakap kat dia...
aku hanya nak shared gan dia apa yang aku tahu...nak buat tak buat terpulang pada diri ko...dan aku juga cakap kat dia...klu ko guna ubat yang beribu pun...klu ko tak berusaha, tak consistant...tak guna....
sedih aku orang2 cam nie....tapi tak per la....dah tue yang dia cakap, aku nak buat cam ner..janji aku dah bagi tau apa yang aku tahu....betul tak??? tak salahkan aku shared ilmu gan orang...
aku nie kalau boleh nak bagi petua lagi bab2 dalaman perempuan nie...tapi memandangkan blog nie umum, aku segan la kan....beragak la kan...tapi klu orang nak tanya aku apa2 mmg aku akan bagitau apa yang aku tahu...untuk dia, aku harap ko terbuka hati ler nak berusaha tuk dapat apa yang ko nak...mana ada benda yang jatuh dari langit, kalau ko tak berusaha tuk mendapatkan nya....
fikir-fikirkan lah!!!!