klikklik

Friday, May 27, 2016

Minah Rempit!

hahahahah...
aku rasa dah lama gila aku x merempit..
last aku bawa moto zaman bujang dulu..
ulang alik gie keje...
dgn kena saman..
langgo side mirror kate org..
kena kejau anto..
hahahahaaha...

ada dekat 10tahun kot..
td jumpa bff aku.. teman dia antar brg kat anak dia.. konon malas bawa kate.. sekali husband dia ckp..
ke nak naik moto..
hahahahah.. apa lagi aku pun on la..

bawa pompan nie.. hahahah.. sikit punya jakun!!! sempat berselfie.. hawau la ko nok!!! bdn ko kemain keras kat blkng.. takut sgt aku bawa moto eh!!!

*teringat kat org tue... "bila nak bawa sy date naik moto???" ������ tinggal kenangan je....

Tuesday, May 24, 2016

Kembar Dalam Perut??

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan janin kembarnya yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perut sehinggalah terpaksa dibuang selepas berusia 15 tahun.

Kes yang menggemparkan negara ini, berkemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia, tetapi bukanlah yang pertama di dunia, malah pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.

Kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.

Rabu lalu, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Shahril, 15, dikatakan berjaya menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital di sini, dan terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’ yang dikeluarkan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.

Sumber terdekat dengan Shahril menceritakan, janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.

Sumber itu berkata, sejak dari kecil, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan berikutan keadaan saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan memandangkan dia tidak pernah rasa sakit.

“Sejak umurnya setahun lagi, dimaklumkan sudah nampak seperti ada kelainan dengan keadaan saiz perutnya yang membesar.

"Namun keadaan itu tidak membimbangkan kerana tidak mengalami apa-apa kesakitan.

“Termasuklah sehingga umur 10 tahun, dia dikatakan aktif bermain bola dan sukan lain tetapi aktiviti itu dilihat tidak memberi sebarang kesan sampingan,” kata sumber berkenaan.

Selain itu, amalan pemakanan Shahril juga dikatakan tidak seperti remaja lain kerana boleh menikmati makanan dalam kuantiti yang banyak.

“Pernah sekali dia memberitahu, dia perlu makan banyak-banyak oleh kerana perlu menampung makanan untuk disalurkan kepada ‘kandungan’ dalam perut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakannya agak terbatas apabila sudah memasuki persekolahan peringkat menengah berikutan agak malu dengan bentuk fizikal tubuh badannya kerana tidak mampu lagi menyembunyikan perut yang semakin membesar.

“Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya, begitu juga apabila hendak tidur dan makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.

“Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali.

“Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,” katanya.

Info

Fetus in fetu:

1. Kembar parasit atau fetus in fetu adalah satu perkembangan abnormal yang dikenali sebagai janin dalam janin.

2. Terdapat dua teori bagaimana keadaan tidak normal ini berlaku: Ia disebabkan oleh embrio kembar tidak terpisah sepenuhnya dan membesar di dalam tubuh pasangan kembarnya.

Ia disebabkan oleh perkembangan teratoma iaitu ketumbuhan terdiri daripada tisu pelbagai jenis yang bentuknya berbeza daripada bentuk asal tisu organ berkenaan.

3. Keganjilan ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran.

BBQ - Pantai Morib-

-------------------------------

*TT BBQ LEPAKING* *SUAIKENAL*
*RAMAS MESRA*

Lokasi :- *pantai morib*
Tarikh  :- *21/5/2016*
                  *Sabtu*
                  *wesak day*
Masa   :- *10am-4pm*
Bayaran:- *Rm15*
*Menu* :-
1)ayam baka
2)ikan baka
3)hot dog
4)mee/mee hoon/nasi
5)air

*Senarai yg hadir*:-
1)mia
2)ekin
3)k.rini
4)ira
5)Kak sue
6)meka
7)celan
8)jila
9)jula
10)bun
11)shah ckom
12)hubi
13)daus ckom
14)ijat ckom
15) *azfar*
16)oren
17)intan
18)aimrien
19)
20)

*hope semua dpt hadir*
*kerjasama anda sgt dihargai*

*BAYARAN SEBELUM 18/5*
*bankin,transfer,byhand*

---------------------------------

minggu lepas aku turun banting..
bbq dgn kekawan aku...

bawa anak² sekali.. mandi laaut.. tapi amar danish x ikut.. hahaa.. nak ikutbatok gie masjid katanya.. sekrg rajin anak ibu ke masjid.. muhammad iman pun x nak gie sebenarnya.. nak ikut atok.. tp ibu pujuk dia. hubuhuu.. nak suh kawal adik awak la syg. atul kepoh..

seronok bila berkumpul.. ada je ceritakan..
letih gak aku.. ye la aki control semua anak.. huhuhuu.. nak² si husna dah kenal org.. n melalak dia sepanjng hr kat situ.. stress ibu nak!!! member ibu x ambik awk punnn...

iman, atul, n deq na happy la.. dpt mandi laut!! amar pesan awal² dah.. suh bg gambo kat dia. wasap. hahahaaha...

mesti korang tertanya sape husna kan?? tak kan anak aku plak kan? kata dah cerai... hahahahahaaah.. nnt aku cerita pasal husna.. kesayangan kami anak beranak...

ok. jom layan gambar...

*aku yg makin gemokk.. kejab rasa kurus sikit.. kejab rasa gemok.. hawauuu!!!

Sunday, May 22, 2016

abg Iman vs Adik husna

kesayangan abg iman...
huhuhuhu...

abg iman layan ganas mcmn pun tergelak² awk ya.. adoii.. geram ibu tgk ko nie nak!!!

bila marah ibu.. merajuk dgn ibu.. senyum ngan ibu pun awk tak mau eh!!

Janda Jangan dihina!

Jangan pandang rendah pada JANDA...JANGAN hina isteri2 yg lain..... nasib kita blom taw lg caner..

Meh sini hakak nk JAWAB post tu. Nak taw knapa??

-semasa brgelar isteri, kewngan x ckup..tu pon sengkang mata tlg suami cari nafkah
-Masa gelar isteri, x ckup masa utk melawa..sebok urus rumah tangga trmasok melayan karenah suami..
-Masa gelar isteri, suami sndiri pon x pernah belikan myk wangi, makeup lawa2, baju mahal2..manjang kate nyer duit x ckup.
- Mase gelar isteri, suami manjang jeles..wahal baru calit lipstik merah jer pon..
-Masa gelar isteri, x sempat nk pasang badan, dah pregnant lg. Anak brderet2. Isteri yg kne urus sume..
-Mase gelar isteri, masa byk habiskan dlm umah jer..tu pon nasib baik 3 bln skali laki bawk g jenjalan. Paling2 pon umah mak mertua..

Bila dh gelar JANDA.. kita dah ada duit sndiri dan BEBAS wat apa utk diri sndiri. Kita ada MASA utk manjakn diri..

Sekian. :)

#hargaiisterianda
#isteribukanhamba
#isteribukanoranggaji
#jandajangandihina
#apasalahjadijanda
#fahamihatiwanita

kredit = E-na Sayang (fb)

-------------------------------------

apa kau ingat org suka sgt dpt title janda.. plzz la.. ko x rasa kau jgn byk ckp..
jgn ingt semua janda nie jahat...

asal sebut janda je.. kau pikir lain dah.. baik lelaki mahupun pompan.. asal janda nak kawin ngan laki org kau ckp janda tue jahat... asal janda melawa kau ckp janda tue nak jual body... asal janda kawan ngan lelaki kau ckp laki tue tanggung janda tue...

klu x kenal jangan kau nak menilai membabi buta.. n yg laki bini tue... jgn nak hiprokrit sgt bahagia.. walhal ko laki bini duk serumah tapi memasing hadap hp!!

aku marah?? huhuhuhu.. tak pun.. tapi nenyampah dgn org² yg pandang serong dgn status 'janda' nie...

Monday, May 16, 2016

KFC time!!!

dah lama ibu x bawa anak² ibu jejalan kan.. termasuk nenek..
ok smlm teman ibu antar barang lepas tue singgah KFC..
ikutkan mlm tue nak makan sup².. nak singgah makan bakso kat bukit beruang.. tempat air buah pames gak kat mlk nie.. sekali tgk ramai gila org.. kasian plak kat mak.. kaki mak bukan elok sgt.. x leh diri lama.. so gie KFC.. mengemokkan diri!!

jom layan gambar!!

KAU!!

macamn aku nak lupakan kau...
kita berpisah bukan sbb benci..

mcmn aku nak lupakan kau..
kau bersama aku dlm tempoh aku gila..

mcmn aku nak lupakan kau..
kau sentiasa mengikuti aku 

mcmn aku nak lupakan kau..
kau sentiasa dlm ingatan aku...

mcmn aku nak lupakan kau..
kenangan kau, kau tinggalkan disini..

mcmn aku nak lupakan kau..
semua brg kau bg aku masih pakai..

mcmn aku nak lupakan kau...
anak² selalu mengejek aku dgn kau.. kuang asam nya anak...

tapi....

aku kena lupakan kau...
sbb kau milik org lain..

aku kena lupakan kau..
sbb kau ada keluarga kau...

aku kena lupakan kau...
sbb kau x akan ambil aku secara sah...

aku kena lupakan kau..
sbb aku sering sihina menjadi org ketiga...

aku kena lupakan kau...
sbb kita mmg tiada jodoh...

aku kena lupakan kau...
agar kau dapaat lupakan aku.....

"Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu"

semoga kita diberikan kekuatan...
jaga keluarga.. jgn sakiti mereka..