Friday, March 10, 2017

kepahitan kehidupan 01

zaman kejatuhan???
pernah rasa?
bila kau dihina keluarga kau sendiri...
bila kau dihina saat kau x de apa.
dan kau terpaksa lepaskan org² yg selama ini amat kau syg...
nyawa kau???

yup.. aku x tau mcmn aku nak bgtau apa aku rasa.. rasa nak bunuh diri pun ada..
bila apa yg kau ada sekelip mata hilang...

ya... mmg ini pilihan aku..
kuat ke aku??
kuat ke aku???
mampukah aku??

sakit... terlalu sakit hinaan itu..
amat perit.. amat sakit...

-----------------------*************----------------------

02 FEBRUARI 2017, JAM 2 PTG

aku buat keputusan untuk keluar dr rumah.. sbb apa?? terlalu berat untuk aku nyatakan sbb... dan yg pasti sbb utama, abg aku sendiri. dan yg kedua org tua aku...

mungkin aku bukan lagi anak yg boleh jaga mak ayah aku.. mungkin bukan lagi anak yg boleh buat mak ayah bahagia.. dan aku bukan anak yg boleh buat mak ayah aku senyum ketawa..

waktu nie.. iman ngan amar balik sekolah.. aku bgtau anak² aku.. ambik brg yg penting... ambik buku sekolah semua dan masuk kereta. jgn tanya apa²... anak² aku patuh, walaupun pada masa tue iman takut²...

duit pada aku masa tue tak sampai rm10. puas aku pikir... mana aku nak pergi.. mana aku nak bawa anak² aku??
tak kan aku nak bawa anak² aku merempat????

aku berhenti tepi laut.. qistal bay.. yup kat sana.. terlahir ayat dr mulut iman..
"ibu... kita jaga diri kita sendiri la.."
" maksud iman??"
"ye la..kita jaga diri kita. ibu kerja, iman amar atul jaga diri kita sendiri.."

aku senyap. air mata dah nak mengalir dah nie. aku tahankan lagi...

"mana kita nak tido nak? ibu lom keje, rumah x de? duit ibu pun x de?"
"ala.. kita tido dlm kereta je bu.." amar bersuara..

air mata aku dah nak tumpah dah nie...
"awk semua gie la main dpn sana. kasi ibu pikir. nnt ibu panggil awk semua.. jgn main jejauh..."

dlm jam 4 aku panggil anak2. semua masuk kereta n aku bawa gie mandi asahan.. huhuhu.. gila kan? mmg dah mcm merempat. aku bajet nak mandi petronas. tp mcm x brp nak best..hahhaha.. dan masa otw kesana, aku beli makanan sikit. sbb aku tahu iman amar sgt lapar.. beli goreng pisang rm2, beli kopok lekor rm2, dan air.

jam 6 aku keluar dr asahan..
bawa kereta tanpa hala tuju.. mn aku nak gie nie?? mana aku nak bawa anak aku?? ngan sape aku nak minta tolong.
aku pergi balik qistal bay.. lepak sana lagi..

otak aku ligat pikir...
memula aku perlu ada duit. mn nak cari duit dlm tempoh sesingkat nie? sape aku nak tebalkan muka untuk tolong aku??
aku text duda aku. aku minta nafkah anak tuk bln nie. n aku cerita yg aku dah keluar dr rumah sana. masa nie, aku dah bgtau dia.. aku x mampu lagi. aku x sanggup tgk anak² aku merempat. dr dulu aku bgtah dia.. tp mungkin dia fikir aku duduk dgn org tua, jd aku senang. x de masalah...
alhamdullilah.. dia bankinkan nafkah anak. masa nie dah jam 6.30... aku panggil anak² aku... n masa nie, aku tahu iman dan yg lain dah lapar. iman mengadu sakit perut. aku ckp sabar syg.. kita gie kedai mkn ya..

dan sekali lagi di duga..
kereta mati tgh jln...
ya allah.. ya allah.. ya allah...
anak² lapar, n kereta mati tgh jln???
aku teringat kawan aku.. yg br aku kenal dlm sbln dua.. ninie. bawah aku umo dia.
aku x ramai kawan. yup. dlm hidup aku, aku x ramai kawan... aku bgtau 3 org masa nie keadaan aku...

pertama, aku bgtau kau.. aku merayu kat kau.. merayu dan terus merayu. aku rasa masa tue kau layan aku mcm sampah!!! n aku akui mmg aku ada buat silap kat kau.. mmg salah aku.

kedua, aku bgtau ninie... ninie kata tunggu, aku dtg... aku lega sedikit...

ketiga, aku bgtau wan.. superduper aku masa blajar ikm dulu. lepas ikm aku x pernah jumpa dia. kami berhubung sgt jarang. kdg 2 bln, kdg 6 bln sekali br text.. dan ada sampai setahun lost contact. dan dia kata... "sabar. aku setelkan keje aku dulu. ada bantuan lain x dtg??"
"member aku kata nak dtg. harap dia dtg.."

n kau tau masa nie apa aku rasa???
aku sgt² buntu..aku sgt² terhina.. aku sgt² sedih.. anak lapar, kereta sangkut tepi jln.. dan anak aku x ckp lapar, cuma mengadu sakit perut. dan diaorg pun mcm aku.. tertanya² sape akan dtg tolong kitaorg..

hampir 1 jam lebih aku tunggu. kereta leh strat tetiba.. aku pecut.. tp mati blk dlm beberapa meter je..
aku down blk!!! dan korung tau kereta aku mati kat mana?? tepi jln n sbelah kedai mkn..  sekali lg iman ckp perut sakit. begitu juga ngan lain. masa nie.. aku korek² duit. brp yg ada.. anak² semua cari duit² syiling dlm kereta.
hasilnya dpt rm4. aku bg iman..
" iman pergi kedai tue. dan iman tanya makcik tue.. nasi goreng cina brp ringgit."

iman patuh. kebetulan kedai tue mmg x ramai org. masa aku suruh iman gie, time tue kitaorg mmg dah 30 minit kot kat situ.. iman dtg kat kereta dgn bungkusan makanan. aku tgk ada makanan ngan minuman..
"air tue mak cik tue bagi. dia tau kereta kita rosak. dia tanya ada org tolong tak? iman ckp kawan ibu nnt dtg.."

air mata aku mmg x tertahan dan masa nie... ya allah.. terima kasih. ada lagi org yg baik dlm dunia nie kan... aku suap anak² aku mkn...
"ibu mkn sekali. ibu belum makan."
"x apa syg, syg mkn la.. ibu x lapa..."
"ibu mkn dulu baru iman makan..."

menitik dah air mata aku.. aku makan sesuap.. dah aku teruskan suap anak²..
ya allah terima kasih kurniakan anugerah ni ya allah... terima kasih..
dan masa nie, sehingga sekrg, aku x akan lupakan.. tak akan lupakan.. tak akan!!!

jam 11, wan ngan ninie dtg. ninie sampai dulu, br wan. ninie dtg ngan akk dia. dgn anak kecik.. dgn x de lesen.. kena maki mmg dah kena maki dah aku masa tue. huhuhuhu...  ninie dtg bawa jumper.. lmbt dtg kat aku sbb cari jumper kereta..

wan jumperkan kereta. x boleh strat.. aku termenung lagi.. kereta buat hal time aku sgt perlukan duit!!!!!! kereta x leh strat. aku mati akal.. mana aku nak gie nie??? mana aku nak bawa anak aku????

aku teringat sahabat aku. dia dah kahwin so mmg dia pilihan last aku untuk aku minta tolong.. aku nak tumpang umah dia. n masa nie aku wasap, respon dia lmbt... ye la.. aku wasap dia pun dah jam brp kan..
last² akk ninie ckp, blk umah mak diaorg. x de jln. skrg pikir anak² kau.. esok nak sekolah. nie dah jam brp!!!
aku akur...anak² naik dgn ninie, dan aku dgn wan. sbb masa nie mmg aku nak bercerita.. terlampau sedih.. teramat sedih. n aku rasa dia leh bg aku pendapat, sbb dia mmg lg tua dr aku.

ninie ngan akk dia mmg bawah aku. so aku minta pendapat dia.. mmg aku cerita semua dgn dia...
air mata jgn ckp la.. sbb dr tadi aku tahan nangis...

dah sampai umah ninie, sahabat aku baru balas wasap aku. n dia mmg suruh aku dtg umah dia.. mmg aku akan ke runah dia. tp aku kena setelkan masalah utama aku, iaitu kereta.

satu malam, masalah aku selesai. esok, aku kena fikir lagi mcmn nak selesaikan masalah lain....

sehingga hari ini aku masih belum lupakan situasi yg aku alami masa nie. aku masih lom dpt lupakan riaj wajah anak² aku.. keadaan aku... dan sehingga hari nie aku masih belum bersedia untuk balik ke family aku, mak ayah aku...

yup.. aku akan cerita.. apa jd keesokkan hari.. selama brp hari aku bersusah payah dgn anak² aku.. sama² faham keadaan aku, keadaaan pada masa tue..

aku akan cerita saat aku lepaskan anak² aku dlm jagaan zalie...
begitu sukar aku lepaskan mereka.. amat sukar.. terlalu sukar...

No comments: