Wednesday, February 12, 2014

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya lah juga kami kembali.."
ahad, 09 februari 2014, jam 11.30 pagi, genap 60 tahun ibu mentua ku melafaskan nafas terakhirnya.

dalam masa yang sama aku bersyukur. bersyukur kerna tuhan makbulkan doa kami anak beranak. mak pergi dengan senang. tiada lagi kesakitan yang dia alami. hati aku lega.

03 februari mak dimasukkan ke hospital. kami mmg tahu arwah mak menghidapi penyakit kanser usus, dan kami tahu pun dah terlambat. dah masuk tahap 4. jadi perasaan bersiap sedia tue mmg dah ada. mak bertarung denganpenyakitnya tak lama, lebih kurang 2 - 3 bulan. tpai tue pun aku rasa dah cukup terseksa mak.

mak seorang yang sangat taat akan suaminya. tidak pernah membantah, sentiasa menuruti apa kemahuan dan kehendak abah. respek. aku sendiri tak boelh buat macam dia buat.

aku jaga mak di hospital pada hari rabu. jadi tiga malam aku bermalam dengan dia. kami bercerita dan terus bercerita. hari khamis dia mula sesak nafas. dan aku boleh katakan dia bertarung dengan penyakitnya. air mata aku tak terhenti putus. dirinya hampir nazak.

strat dari hari tue, dia tak boleh bercakap. diri mak semakin tenat. hari sabtu, anak perempuan nya. satu2 anak perempuannya menjga dia. :) . akak duduk jauh. ada anak kecil. aku faham keadaan dia. anaknya menyusu badan. alhamdullilah, akk dapat hadap mak di saat terakhir nafasnya.

Ya Allah, Kau tempatkanlah ibu ku, Maimunah Bt Mahad di tempat orang2 yang beriman. ampunkanlah dosa2nya Ya Allah...


No comments: