Thursday, October 30, 2014

aku marah!!

perasaan sayang aku bertukar kasihan kerna diri kau tak pernah hargai aku..
kau pentingkan diri kau sendiri...
dan kini perasaan kasihan itu bertukar menjadi benci....benci yang teramat sangat kerna tindakkan bodoh kau!!!
tak cukup ke selama ini apa yang kau dapat.. aku tak minta apa pun dari kau...
aku tak minta sesen pun dari kau...tapi kenapa kau tamak sangat???

kau ganggu aku...kau gunakan ayah dan abang aku!!! untuk apa??
aku benci kau... sebab kau aku jadi begini...aku benci kau!!!!

aku tahu kau baca blog nie?? kenapa baru sekarang kau nak ambik peduli??
hati aku sudah tawar...malah pahit untuk kau..

boleh tak kau beri aku kebahagiaab sedikit?? dengan tidak menganggu hidup aku..tidak peduli apa yang aku buat!!!

BUKAN KER SELAMA INI KAU TAK PEDULI SEMUA TUE????

pergi kau..pergi...
sebab kerna kau hubungan aku dan ayah aku sendiri renggang... sebab kau hubungan aku dan abang kandung aku dingin...

SEKALI LAGI AKU CKP...
BERAMBUS KAU!!!!




Saturday, October 25, 2014

hanya bebelan aku

terasa nak membebel kat sini..huhuhu..
mmg dah lama sangatnaku tak update blogbkan..
update pun pasal jual barang..tuo tap aku post pasal penceraian aku..
ramai juga yang tanya aku punca dia??
tak boleh cerita dgn lebih detail..nnt jatuh aib..betul tak??
cukup aku ckp puncanya pasal tanggungjawab dan kasih sayang..

soalan kedua org tanya, ko x nak dia lagi? x nak rujuk? anak2 kecik lagi?
bagi aku tidak...hati aku dah kosong... tiada ruang kasih dan cinta untuk dia. walhal kami bersama bukan dlm tempoh singkat. hampir tujuh tahun...bercinta tahun 2003, kahwin tahun 2007 dan berpisah pasa tahun 2014..
kesian kat anak2? tidak...aku lagi kesian kat anak sepanjang kami bersama? kenapa? sbb aku sering melepaskan kemarahan aku pada anak2..
kesian anak2 aku..anugerah tak ternilai bagi aku..anak2 pun dah biasa tanpa dia..sbb dia sendiri yg menjarakkan hubungan itu...
tidak...aku tidak akan tamak dlm kasih syg itu..aku benarkan dia ambil anak2 bila2 dia nak... tapi untuk aku balik pada dia...tidak..tidak..tidak...
hati ini dah beku.. hanya ada perasaan kesian...bukan sayang...

kenapa bila dah berpisah baru nak buat semua itu?? baru tersedar?? aku dah lama bgtau..jangn biarkan aku...nnt syg itu hilang...bercinta dgn aku setiap hari...tapi syg...dibiarkan aku... dan akhirnya memakan diri sendiri...sayang itu terus hilang... aku telah cuba.. pujuk hati agar jgn terlalu gopoh...jgn terlalu mendesak..tpi aku x boleh..Tak boleh...

semua terjadi dengan izinNYA.... semua ketentuan DIA....DIA izinkan semuanya terjadi... insyallah aku akan menjadi lebih kuat selepas ini. mungkin dan biasa hidup sendiri...hihihihi..jadi x terasa kehilangan ini...pelik anak2 pun sama..
nasihat aku pada dia... jgn biarkan anak2.. jgn biarkan anak2,hilang kasih syg seorg ayahnya.. mereka adalah amanah...biar kita berpisah..tapi jgn pisahkan anak2..jgn hilangkan kasih dan sayang anak2.. cari anak2... jgn nnt dah tua baru nak cari anak2..saat itu plak anak2 dah faham segalanya...

Tuesday, October 21, 2014

berakhirnya sebuah perhubungan

berakhirnya sebuah kisah cinta...
cinta yang dibina dahulu hilang begitu sahaja..
punca... biar aku sahaja yang tahu..
aku telah cuba pertahankan..namun tewas juga..
namun aku bersyukur aku mempunyai keluarga yang amat memahami aku walaupun pada mulanya ayah menghukum aku..
aku tidak akan pernah tamak dengan kasih sayang anak..
ya..aku benarkan dia melihat dan mengambil anak2..
aku tak mahu pisahkan anak2 aku dengan abah mereka. cukup hanya hubungan aku..
semuanya terjadi denga izin ALLAH...
dia tiada wanita lain. aku mengetahuinya..namun aku tewas juga..aku tidak dapat melawan takdir.. puas aku cuba..dan akhirnya hilang sayang itu begitu sahaja.
aku boleh menjadi kawan baginya..tapi tidak isteri baginya...
zuriat aku adalah pewaris kuat dia...
aku tak mau tamak... aku tidak akan pernah mengajar anak2 aku membenci dia...
pelik...tiada air mata yang mengalir waktu cerai dilafazkan. mungkin hati aku dah kosong...
aku mohon kepadaNYA agar aku dan dia diberikan kekuatan...
dan aku doakan dia mendapat jodoh yang lebih baik dari aku... jadikan semua ini pengajaran..
dan aku....
hihihihi..ada sesaper nak isi borang kosong..haaahahaha
hidup perlu diteruskan syikin.. kau ada anak untuk dibesarkan..kau ada ibu dan ayah untuk dijaga.. dan kau mempunyai tanggungjawab... 
semua menjadikan aku kuat...doakan aku wahai sahabatku...





Thursday, September 18, 2014

JSB Meletoppp

ha...pepagi dapat wasap dari customer...
huhuhu...lom habis sebotol dah terasa kesan dua..
anda bila lagi???
meletopp u...

Wednesday, February 12, 2014

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya lah juga kami kembali.."
ahad, 09 februari 2014, jam 11.30 pagi, genap 60 tahun ibu mentua ku melafaskan nafas terakhirnya.

dalam masa yang sama aku bersyukur. bersyukur kerna tuhan makbulkan doa kami anak beranak. mak pergi dengan senang. tiada lagi kesakitan yang dia alami. hati aku lega.

03 februari mak dimasukkan ke hospital. kami mmg tahu arwah mak menghidapi penyakit kanser usus, dan kami tahu pun dah terlambat. dah masuk tahap 4. jadi perasaan bersiap sedia tue mmg dah ada. mak bertarung denganpenyakitnya tak lama, lebih kurang 2 - 3 bulan. tpai tue pun aku rasa dah cukup terseksa mak.

mak seorang yang sangat taat akan suaminya. tidak pernah membantah, sentiasa menuruti apa kemahuan dan kehendak abah. respek. aku sendiri tak boelh buat macam dia buat.

aku jaga mak di hospital pada hari rabu. jadi tiga malam aku bermalam dengan dia. kami bercerita dan terus bercerita. hari khamis dia mula sesak nafas. dan aku boleh katakan dia bertarung dengan penyakitnya. air mata aku tak terhenti putus. dirinya hampir nazak.

strat dari hari tue, dia tak boleh bercakap. diri mak semakin tenat. hari sabtu, anak perempuan nya. satu2 anak perempuannya menjga dia. :) . akak duduk jauh. ada anak kecil. aku faham keadaan dia. anaknya menyusu badan. alhamdullilah, akk dapat hadap mak di saat terakhir nafasnya.

Ya Allah, Kau tempatkanlah ibu ku, Maimunah Bt Mahad di tempat orang2 yang beriman. ampunkanlah dosa2nya Ya Allah...


Wednesday, January 8, 2014

Allhamdullilah...

macamana keadaan aku sekarang? perasaan aku. alhamdullilah, emosi semakin stabil, dan aku bersyukur yang amat, kerana, tok guru aku terlalu banyak menasihati aku.
bagaimana aku menenagkan jiwa....

katanya. ingat, kita nak bahagia, kita nak senang, pengang tiga perkara ini.
1) KEIKHLASAN
2) RENDAH DIRI
3) EHSAN

korang pegang tiga perkara ini. tig aperkara ini adalah rukun agama. ingat.
kata tok guru aku..

ingat, kita mesti ikhlas dalam buat apa jua perkara..menjaga anak, menjadi isteri, dalam segala hal.
bila diri kita tidak ihklas, syaitan akan terus menghasutkan kita supaya menabik dada, ego, dan bongkak.
syaitan sentiasa menghasut kita. ingat, sentias ingat TUHAN. bila rasa nak  marah, nak datang perasaan tak ikhlas tue, selawat banyak2...
aku akui pada mulanya aku tak ikhlas kembali kepada dia, En.suami. hati aku kata aku dah penat lalui segalanya. aku dah penat berbuat segalanya. segala kisah lama aku ungkit difikiran aku. tapi bila tok guru aku berkata kita perlu ihklas. buat kerana TUHAN. aku lega. selega2 nya..

2) rendah diri.
bila aku rasa tak ikhlas, aku mula tiada sifat rendah diri. aku fikirkan hanya aku sahaja yang betul...
dan aku selalu naik hangin dengan en.suami.
bila aku ihklas, aku tanamkan aku buat semua kerana ALLAH, alhamdullilah, rasa rendah diri muncul. jatuh perasaan hormat pada en.suami. :)

3) ehsan
apabila kedua2 sifat tadi tiada dalam diri aku, mula la aku tidak ada perasaan ehsan. aku hanya mementingkan diri aku. aku hanya mementingkan kehendak aku..
dan apabila aku kembali ke rukun agama kedua2 itu tadi, terus jatuh ehsan. menolong en.suami di kala di amemerlukan pertolongan. tidak membebankan dia...

dan kini, apabila aku mengamalkan ketiga ciri rukun agama itu, alhamdullilah, jiwa aku makin tenang, dan hubungan kami semakin pulih.
dan ketiga2 ciri ini juga diamalkan oleh en.suami. 
ini kerana tok guru kami adalah sama.
orang yang kami sanjung, kami sayangi..
AYAHDA ku,...guru mengaji kami..
:)

ingat kekawan. pegang tiga perkara itu dalam segala hal. 
bila kita pegang tiga perkara itu, alhamdullilah, makin tenang jiwa kamu.
sentiasa berdoa, dan mohon kepada TUHAN..
bila rasa marah timbul, cepat istigfar, selawat keatas nabi, baca alfatihah untuk ketenangan jiwa..
dan terus ingat tig aperkara ini, pasti kamu akan dapat jalan penyelesaian..

 

Monday, January 6, 2014

antik!!!



KAMERA ANTIK
made in Shanghai China
Jenama : Seagull
keadaan barang : berfungsi dengan baik
harga : RM350


 



Jam Antik.
made in
Jenama : Pagol
Jenis : Automatik
keadaan barang : berfungsi dengan baik
HARGA : RM280


 Tin Antik
made in Holland
Jenama : Royal Lassie Mills LTD
keadaan barang : Baik
HARGA : RM60

BELI KETIGA ITEM DIATAS DENGAN SATU HARGA IAITU 
RM520 (Free Postage)







KOTAK MINUMAN
ada 4 jenis : Sarsi, Cola-cola, Oren Krush dan Fanta
Keadaan barang : NOS (baru, masih belum digunakan)
Harga : RM60
free postage


MANGKUK TINGKAT ANTIK
keadaan barang : masih cantik
harga : RM300
free postage




  KIPAS ANTIK
keadaan barang: baik dan boleh digunakan.
Harga : RM630
free postage