Thursday, November 7, 2013

Cerita Pasal Taska

cerita pasal taska. sekarang nie tengah hot pasal budak kena bantai kat taska. yup mmg tak wajar tindakkan pengasuh tue. tapi sekarnag nie aku bukan nak cerita pasal keburukan taska. 
tak semua penjaga atau pengasuh berperangai macam video tue. aku amat bersyukur, Taska Manja Fairasafwa amat bertanggungjawab. tipu la klu aku cakap aku serah bualat2 anak aku kat diaorang kan. 
masa mula aku nak hantar anak2 ke taska, time tue la banyak kes dera kat taska. semua tue buat aku putus asa untuk hantar anak ke taska. orang lain jaga. dan aku terpaksa susahkan mak aku..
jadi satu hari aku tekad. dan hati aku serta otak ni mengerakkan ke Taska nie. taska nie dah lama. masa zaman aku baru2 kawin dulu aku dah perasan dan aku tertarik ngan taska nie.

owner yang tudung kaler purple, pakai speak mata

jadi aku pun hantar. owner sangat peramah. tersangat. non stop klu ckap. 
aku pada mula nya tak letak kepercayaan sepenuhnya. yup masih takut. jadi dalam masa aku hantar tue lebih kurang 3 minggu, aku datang awal (tengahari) ambik budak secara mengejut. nak tengok keadaan taska dan keadaan anak aku. aku datang tak bagitau. jadi diaorang pun terkejut. tapi alhamdullilah, anak2 semua ok, taska ok, dan anak masa tue tgh tido. 

dan aku tak takut, sbb aku ada perisik kat sana. saper lagi klu bukan dak iman. iman kaki  mengadu..hihihi..
ada sekali dia cakap ngan aku " ibu atul kena marah tadi"
aku tak melenting. sebab aku teringat pesan kakak tmpt keje aku...
" nak hantar orang jaga anak kita nie, kita kena saling bertolak ansur. jgn cerewet. hati penjaga senang, hati kita pun senang"
aku tanya iman balik kenapa atul kena marah dan pukul.
" memang la bu. atul main kat tangga. teacher marah dia degil.."
tengok, mmg kesalahan anak aku. klu jatuh macamana? diaorg juga susahkan.

kes kedua plak, iman mengadu
"ibu, amar tadikan kena tido kat dapur " 
hati nie dah pelik, naper plak anak aku kena tido asing kat dapur??
"kenapa?"
"amar kencing dalam seluar. jadi dia kena denda. amar tido dgn kawan.."
 terus aku gelak. dah kerana asuhan mereka, anak aku si amar danish pada mulanya pakai pampers selalu kencing dalam seluar, dah  pandai. tak pakai pampers, dah tahu pergi kencing sendiri!!!

bukan tue je, anak aku Atul'ain kuat isap punting dulu. asal nangis jer punting.. susu tak mau. klu tak der punting mengamok!! entah macam man aaku baru perasan dia tak isap. masa tu nak hantar gie taska.
"eh, lupa la bawa puting atul..."
"atul dah tak isap puting la.. tak per. kitaorang mmg ajar budak2 taska tak isap puting.."

waaa...bagus kan...
jadi, ibu bapa kat luar sana. jgn terus meletakkan hukuman pada semua pihak taska. siasat latar belakang taska. danjgn pula sambl lewa. nnt dipijak plak oleh pihak taska kan...

pekerja/penjaga/pendidik anak2 taska

lagi satu, aku suka penjaga taska nie. (pekerja) sebab, dia marah anak2 aku depan mata aku. tak selindung punya. contoh situasi.
aku nak ambik budak, balik. berborak sekejab dgn dia, sekali anak2 panjang sana, panjat sini..
"IMAN JGN PANJAT!!!! KO TURUN SEKARANG!!!" 
haa... macam tarzan kau. sebijik macam aku marah... ok aku faham. hihi..jadi dia tak berlakon. tue yang aku suka. jgn dapat penjaga anak, depan baik semua boleh, belakang..dia bantai anak kita!!!

dan aku suka owner nie, sbd dia boleh bertolak ansur dengan kita. bab bayaran mahupun apa2. jadi kit apun patut bertolak ansur ngan diorang kan. jgn terus letak kesalahan pada diaorang. siasat dulu.

pada warga melaka. aku rekemenkan korung antar anak korung kat taska nie. :)
dan sekarang anak angah aku dah jadi warga Taska Manja Fairsafwa!!!
banyak aktiviti untuk anak2.. :)



















korung berminat? ni link fb taska (klik sini). kat situ banyak pic2 aktiviti kanak2 taska.
kat sini pun ada perkidmatan transit tau!!
macam iman dah masuk transit. sekolah tadika jaim pun kat taman nie juga. jadi senang keje aku. tak payah terkejar nak ambik anak kan.. :)


*pssttt, bisness kad aku buat.. hihihi.. nak tempah kat aku k...hihihi

No comments: