Monday, October 7, 2013

Kasih Mak Ayah ku













entah kenapa hari nie aku sehari suntuk cerita pasal mak ayah aku.. mereka super hero aku. idola aku. jasa mereka pada aku tak dapat aku balas. semewah mana pun aku berikan tak terbalas juga apa yang mereka buat pada aku...
korung tahu? aku dulu masa kecik dah berpenyakit. asma aku mmg kronik. masa tu umo aku 5 tahun. aku tak pernah pergi tadika. aku masih ingat, aku hanya sempat sekolah tadika selama 10 hari sahaja. selebihnya aku ulang alik hospital
aku ingat lagi masa tue boleh dikatakan aku seperti nazak.aku ingat lagi, waktu tu dalam bilik. aku atas katil. tak boleh tido. nafas tercungap2.. ulang alik spital dah banyak kali. aku tak leh nafas. mak dah menangis pandang aku.. berulang kali cakap ngan ayah..
"bang..anak kita bang..anak kita...mengucap nak"
ayah tak berkata apa. aku masih ingat lagi pandangan dia... tak dapat aku nak luahkan macam mana pandangan itu..tapi aku  masih ingat sampai sekarang..
aku pandang ayah. dengan pandangan itu tiba2 aku seperti dapat bernafas. nafas aku tertatur kembali. KUASA TUHANKAN... sampai sekarang aku tak tahu macam mana aku boleh bernafas lagi..
itulah super hero aku. ayah dan mak aku. aku tak boleh tengok mak dan ayah aku sedih. hati aku akan sakit. tersakit sangat.. aku tak sanggup tinggalkan mereka. tak sanggup..
kami 6 beradik semuanya. abang yang sulung sehingga adik aku yang no 4 merasa susahnya hidup kami dahulu. walaupun ayah kerja seorang diri, dia tetap gagahkan diri beri kami anak beranak makan. dulu, beli baju raya pun dua tahun sekali. kalau orang lain sedekahkan baju kat mak, aku la orang yang paling suka.. terus pakai..
 korung tahu tak, mak ayah aku pergi tanah suci Allah tak pernah dirancang. duit langsung tak ada di tangan... tapi macam tak percaya ayah dan mak boleh jejak kaki bersama2 disana... bukan sekali. ayah nagn mak dapat tunaikan umrah dahulu, baru tunaikan haji. dan semua itu secara percuma?? pelikkan? TUHAN MENJEMPUT AYAH MAK KESANA... hebatnya kuasa ALLAH..
jadi ingat ayah selalu berpesan, klu kita selalu ingatkan Allah, dia pasti akan ingat kita dan membalas baik tuk kita. tapi kita selalu LUPAKAN DIA KAN??? * malu pada diri sendiri...

ayah mak... banyak benda ckin belajar dari mak dan ayah. terlalu banyak. terima kasih..terima kasih kerana kasih dan sayang mak ayah tidak pernah kurang pada diri ini, walaupun diri ini dah pun bersuami. terima kasih mak..terima kasih ayah...


* tak boelh nak cerita lagi..dada sebak. air mata dah mengalir2 dah nie... sebak terkenang kisah lalu.. :)

No comments: