Monday, October 21, 2013

Amalan menambah air mani lelaki

ok, aku asyik cerita pasal petua untuk si isteri jer kan. kali ni aku shared maklumat tuk para en.suami plak.. bukan cara nak ekhem2 ya.. tue korung dah terlebih pandai. yang penting jangan gopoh!!! hhahahaha...kasi panas dulu ok!!

ok, jom baca petua2 dan amalan untuk menambahkan air mani lelaki:.
Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.
Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:


1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.


3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.


4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.


5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.


6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.


8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.


9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.


Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.


10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.


satu lagi tips, dulu, mas abar2 kahwin, en.suami selalu buat benda nie, bawang + madu + telur. yup dia selalu amalkan. untuk para suami isteri yang nak mendapat zuriat, elok amalkan nie. bawang akan memekatkan air mani. dan madu mmg 100% elok la kan. semua tue untuk tenaga lelaki.. kasi ummphhh!!!

yang si isteri, boleh amalkan Jamu Seri Bonda ya... Jamu nie secara tidak langsung menyuburkan anda, dan memberikan para isteri tenaga. selain itu, JSB nie juga membetulkan dan menstabilkan hormon2 badan.. nak beli macam biasa, hubungi saya ya.. :)

9 comments:

heldy said...

Assalam bawang madu dgn telur tu mkan mentah2 ke

misrum sarmin said...

Mantapppp

fitri said...

Nk pkai bawang apa tu? Bawang merah? Putih? Atau besar? Yg terbaik bawang apa?

fitri said...

Nk pkai bawang apa tu? Bawang merah? Putih? Atau besar? Yg terbaik bawang apa?

fitri said...

Nk pkai bawang apa tu? Bawang merah? Putih? Atau besar? Yg terbaik bawang apa?

Lady Vanilla said...

Bawang merah

Lady Vanilla said...

Bawang merah

Nafisa@88 said...

Makan separuh masak, bang.

Nafisa@88 said...

Yang terbaik, kerepek bawang 👌