Tuesday, September 17, 2013

Petua anak menangis malam

 
 
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.

Gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

*****************************************
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :
1. surah al-Fatihah,
2. ayat al-Kursi,
3. surah an-Nas
4. dan surah al-Falaq,
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
 
Sumber : FB
 
ok, tips aku plak, kalau anak terutama baby menangis tak henti2, dah buat semu atue tapi tak jalan gak, buka semua baju dia. mungkin semut gigit.. tukar semua baju. lap2kan badan dia.
kadang2 kita bawa baby keluar malam, pergi pasar malam ker, balik terus tido, jadi badan bayi tak selesa. jadi, lapkan badan dia, dan tukar baju..
kalau anak2 besar macam aku tue, anak2 asyik menangis malam, angkat dia, pergi basuhkan kaki dia. dan tukar baju. insya allah, lena dia tido nanti...

 
 dan lagi satu, kalau bayi tidak sihat, mesti meragam waktu malam kan. nak2 kalau demam. jadi sentiasa jaram (basahkan towel dan letak pada bayi). jangan pakai barut. dan peluk baby. tido pun peluk dia. biar dia tido dalam dakapan kita.. biar kita basah, janji anak kita cepat elok kan.. jadi en.suami kena berkorban la sikit. time2 anak demam nnie kena puasa la yaaa..


1 comment:

tenku butang said...

tips yang bagus nii.. bole lea diperaktikkan kalau teman ada baby nanti.. insyaAllah..