Monday, September 9, 2013

Bayi di tikam 90 kali semasa menyusu

gara-gara menyusukan anak, dan si anak tersebut mengigit, seorang ibu sanggup bertindak menikam bayinya sebanyak 90 tikaman mengunakan gunting... Ya Allah.. kesiannya baby nie. klu tengok baby nie, sikit ler punya semangat. comel.. kesian sangat..mental betul la mak dia nie.. nasib baik bukan kat malaysia.

mesti troma baby nie nak menyusu lagi.. kesian... kot ye pun marah, jangan la samapi tikam budak ni, tampo peha sudah la.. nie tak di tikamnya bertalu2!!!




Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan bayi yang diberi nama Xiao Bao itu menerima 100 jahitan.

Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Walau bagaimanapun, penduduk setempat telah meminta pihak berkuasa supaya mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental. Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional. 

4 comments:

Che Siti Maryam said...

kesian yer....

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kt malaysia pun ramai juga yg sakit mental... stress..

so byk2 la baca al-quran.... doa ..selawat... moga ALLAH tenangkan perasaan kita....

Anim Daim said...

huhuhu
sampai mcm 2 sekali..
kenapalah mak dia nie kejam sangat

Zira Aziz said...

..sampai hati mak dia..