Sunday, August 25, 2013

Majlis Rumah Terbuka


semalam rumah mak ayah aku ada buat open house. kami adik beradik beradik tumpang sekaki ler...hihih..jimat sikit kos kan. shared sama2... jamu start pukul 8, lepas magrib. dimulakan dengan majlis tahlil sedikit.

mula2 tengok tak ramai orang. hanya orang kasjid jer. dalam 30 orang la. mak aku plak dah cam kecewa, sbb kekawan dia lom ada yang datang. sekali tengok, rupanya semua dah kumpul kat luar rumah. ada duk dalam balai, ada tgh tunggu turn nak masuk balai. sbb orang masjid lom rasmikan, jadi semua tak berani nak sentuh makanan..hihihih.. punya l aterkejut tengok ramai sangat...hihihihi..

kalau ikut rancangan majlis tamat pukul 11 malam, tapi yang menjadikan cemas, pukul 9 makan dah sayup2..hihihi..fisrt time jadi cam nie!!! kelam kabut, pergi pekan, beli bahan nak goreng mee...hihihih... aper pun, mmg seronok bila kiita dapat jamu orang makan di majlis kita. nak2 ramai yang raikan. anak2 murid ayah aku semua datang. tahun nie dia nak jumpa semua anak2 murid dia. termasuk ex-anak murid dia... ooo..ayah aku bukan cikgu, cuma dia guru mengaji... jom layan pic lak..













gambar kurang memuaskan. nak cepat pun yer. aku tak sempat nak snap juadah. menu kami buat, mee/bihun kari, mee/bihun sup, nasi lemak, nasi empit, rendang daging. tauhu goreng berinti, samosa, dan kuih muih, kek coklat, kek butter, dan agar yogurt..
haaa..banyak kan menu. semua habis dalam kul 9..hihihi..nasib baik pekan dekat. last kali menu, mee goreng..hihihihi.... sebab tetamu semua datang serentak. tak terlayan mak aku.hihihi..anak2 masa nie pandai2 ler bawa diri yer nak. tapi atul lepas orang masjid bagun makan, dia cari port, terus tido...hihih..senang keje mak nak...hihihi..

ok, aku tengok ramai sangat cari design tuk buat kad rumah terbuka. jadi aku dengan suka relanya, menyiapkan beberapa design tuk korung. pepandai la korung edit ye..tak pun print dan tulis pakai tangan jer..hihihi

DESIGN KAD JEMPUTAN RUMAH TERBUKA







1 comment:

nora kamarul said...

Assalam.. sya mohon share ya kad jemputan tu..