Wednesday, August 28, 2013

BENCI!!!

aku benci lelaki yang bergelar suami memukul isteri!! aku benci....

Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW

Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
  • Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.
  • Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.
  • Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”
  • Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.
  • Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri lambat masak mi maggi....
  • Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Baaaaanyak lagi kisah yang boleh dijadikan teladan. Carilah untuk bacaan sendiri.

Pokoknya, sepanjang pengetahuan saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.

Dilarang memukul pada muka (wajah)

Pergaulan Rasulullah SAW dengan isterinya disulami dengan keadilan, makruf dan taqwa, sejajar dengan firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan mereka itu (para wanita) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut.” (Surah al-Baqarah ayat 228) dan “Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut.” (Surah an-Nisaa’ ayat 19). Sesungguhnya ia adalah keadilan dalam hak dan kewajipan. “Kamu memberi makan kepadanya apa yang kamu makan, memberi pakaian kepadanya sama seperti apa yang kamu pakai,jangan kamu memukul mukanya dan jangan menghinanya, jangan kamu berpisah dengannya kecuali dalam rumahnya sahaja.”

Suami diberi laluan untuk ‘memukul’ isterinya kerana suatu salah laku, tetapi memukul untuk mengajar bukan untuk mencederakan atau memudharatkannya, iaitu dengan meninggalkan bekas pada tubuhnya atau mencacatkan tubuh badannya. Selain itu, suami ditegah memukul isterinya pada bahagian mukanya. Ini berdasarkan satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah dia menghindari dari memukul di bahagian muka.” (Sahih Muslim No 4723) <

sumber >> disini

No comments: