Sunday, June 30, 2013

Dugaan Demi Dugaan


Ya Allah, satu persatu dugaan datang menemani aku... lepas satu, satu dugaan datang. Namun aku pasrah dan Redha. walaupun rasa tak tertanggung dugaan itu, aku tetap kena harungi juga. kena kuat dengan keizinan Allah s.w.t

baru-baru nie, ibunya tercinta (mentua ku) telah disahkan menghidap cancer usus dan paling menyedihkan, kini dia di tahap 4. Bgai batu menghempap diri aku. aku yang menantu terasa begitu, apatahlagi en.suami aku  anak bongsu ibuku.ep, dari segi luaran, mak mmg sihat. boleh bercakap dan bergerak, tapi rupanya, dah makan dalam. usus besar dah menanah dan terkena hati. 

kak ipar aku salah seorang staff di HUKM, lagi mengetahui keadaan ibu dia. mana taknya, diakan nurse, jadi tak mustahil dia pernah hadapi pesakit seperti mak diakan. yep. yang penting sekarang. mak harus kuat, dam kami anak beranak, adik beradik mesti bersatu. gembirakan hati dia. 

hari Khamis, mak jalani operation. debaran tak terkata. aku tahu, walaupun tiada orang yang beritahu samada mak akan sihat, atau pun mak akan pergi selamanya. ALLHAMDULLILAH, MAHA SUCI ALLAH, Dia beri lagi peluang kepada anak2 bersama ibu mereka. yep mak berjaya jalani pembedahan. namun keadaan mak masih belum stabil. mak asyik demam. demam pun 'on off' . mak keluar dari bilik operation dengan wayar sana sini. tiub sambung sana sini. kesian.. ngilu rasa nya..

aku selalu bisikkan dekat mak, yang mak kena kuat. kuat berlawan dengan penyakit dia. kepada korung, doakanlah ibunda aku ye...

Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Kaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
kurangkan lah kesakitan ibuku.
berilah dia kekuatan Ya Allah.
Berilah peluang kepada anak2 nya untuk lebih bersama dengan Nya.
peluang untuk menunaikan hasrat dia..
peluang untuk mengembirakan hatinya di saat2 akhir..
berilah dia kekuatan ya Allah.
Aku bermohon dari Mu Ya Allah.
Aku rehda dan pasrah dengan dugaan Mu...

No comments: