Sunday, May 26, 2013

Misteri Alam Ghaib

dengar tajuk mesti dah seram kan..huhuhuhu.. pengalaman mengajar aku sekeluarga. dalam tempoh seminggu yang lepas, kami sekeluarga di datangi dengan satu dugaan yang hebat. Maha Suci Allah.

Dugaan yang ada kihmah nya. Dugaan yang manyatukan dan mengeratkan lagi kami sekeluarga.
adik ipar aku yang tinggal bersama aku dan adik kandung nya yang juga tinggal bersama mak aku kena 'tak ingat'.

Allah itu Maha Besar. DIA maha mengatahui segalanya. begitu cantik penyusunan plot cerita yang disediakan. cukuplah aku hanya katanya yang adik ipar dan adiknya sakit begitu. kenapa dan mengapa. hanya kami sekeluarga yang tahu.

pengalaman aku, selain manusia, 'mahluk halus' dalam ertikata jin atau sewaktu dengannya telah hidup lama dari kita. apabila seseorang atau salah satu dari keluarga kita terkena sebegini, jangan sakiti mereka. tak perlu dalam erti kata lain 'sembelih' mahupun sakiti mereka dengan memicit dengan lada hitam mahupun kacang hijau.

perCayalah, apabila kamu berlembut dengan mereka, mereka pasti lebih lembut berbisara dengan kamu..TAPI.... jangan kelembutan mereka menyesatkan kamu.. ingat tue..

ya, Maha Suci Allah, aku dapat berbicara dengan mahluk halus ini. kau tak tahu mana datangnya kekuatan itu. mungkin sbb aku terlalu sayang akan kedua adik ku ini. bukan aku sahja dapat berbicara dengan mahluk ini, adik aku serta ayah jug ada pat berbicara dengan mereka. ALLAh Maha Mengetahui....

berbicaralah dengan meraka secara lemut..
"kenapa kau mengangu adik ku, kenapa kau datang. apa yang kau mahukan.."
cakap berulang kali, pujuk mereka berbicara. dalam kes adik aku mahluk ini tidak mahu bercakap, jadi hanya menulis. pelik bukan...
kdang2 bila fikir, tak logik semua ini. tak diterima dek akal. tapi itulah yang berlaku di depan mata.
Syukur alhhamdullilah, adik2 ku telah pulih sediakala, cuma adik aku, (adik ipar aku nyer adik) lupa siapa keluarga dia, dan hanya yang diingati ayah dia yang telah meninggal dunia, adik dia pun yang telah meninggal dunia, akak kandung dia (adik ipar aku), diri aku, adik aku sendiri, anak2 aku dan mak aku. hanya itu.

dan aku mohon pada kamu semua, doakan adik aku ini, AZURA BINTI RAUB agar, ingatan dia kembali pulih. mana tahu dengan keihlasan hati kamu mendoakan dia, dia akan sembuh.

ALLAH ITU MAHA BESAR LAGI MAHA MENGATAHUI. MINTA LAH PERTOLONGAN DARI NYA. SEGALA YANG DI PLOTKAN CERITA ADA KHIDMAH NYA. JANGAN BERHENTI MEMOHON PERTOLONGAN DARI NYA. SUJUD KEPADA NYA. DIA LAH MENCIPTA KITA, DAN DIA LAH JUGA BERHAK MENGAMBIL KITA.
ALLAHUKAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!


*aku mempunyai gambar dan video akan hal ini, tapi biarlah kami sahaja yang mengetahuinya.

1 comment:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

amalkan bismillah syifa'.... selawat jgn lekang dari mulut... baca ayat Qursi.... 2 akhir ayat surah al-Baqarah.... 3 qul..... insya ALLAH.....

moga kamu sekeluarga dilindungi dari gangguan makhluk halus...