Monday, March 11, 2013

Selamat Hari Lahir Amar Danish

 

 selamat hari lahir sayang..dah besar dah anak ibu yang sorang nie...hati nie genap awak 3 tahun...
kesian..dihari lahir awak nie., awak kena chiken pox plak...tak jadi nak sambut birthday kat nursery..tak per..dah sihat nnt kita buat ye sayang...
 
sayang tahu tak, masa ibu lahirkan awk, teramat2 sakit syg..ibu mmg cuba untuk melahirkan secara normal. ulang alik cheak up dengan doktor pakar.
09.03.2010, tanda lahir, darah keluar berserta lendir. ibu terus pergi hospital melaka.
masa umor setahun. baru dpat kaki.
ok, tak sakit lagi masa nie. kena tahan wad, seluk jangan cakap..mmg banyak kali...tak per, untuk anak ibu, ibu sanggup sayang..
 
12.03.2010, ibu di tolok ke dewan bersalin. ibu masih lagi tak sakit. sengal jer gitu.
kawan baik. iman tiga tahun, amar setahun
kemudian, nurse datang, bawa satu ubat. ibu dipakaikan satu alat. induse secara air katanya. satu drip dimasukkan ketangan ibu, sambil masukkan ubat tahan sakit, nurse kata kat ibu
"ok sekejab lagi awak akan sakit"
baru dapat kaki..rindu kat awak sayang...
ibu boleh gelak plak..dan betul...dalam setengah jam lepas tue, perut ibu memulas2... ya allah, macam nie agaknya bersalin normal.
sakit tak tahan ibu...macam nak tercabut pinggang nie.. rasa nak berak, tapi tak leh berak. bila di kenang2kan..malu jer. ibu merayu kat nurse kat doktor..tak kuat betul ibu.
 
ibu sedaya upaya nak bersalin normal sayang, tapi pintu rahim ibu hanya buka 5 sahaja. ibu betul tak terdaya. smapi ibu katakan pada doktor
"keluarkan lah doktor budak nie, saya tak tahan lagi nie..."
 
sakit sayang..dan doktor buat keputusan ibu akan dioperate. abah dipanggil untuk sain. ibu jumpa abah. ibu mahu abah tengok keadaan ibu. terkejut abah sayang. mmg ibu teruk..huhuhuuh
 
dewan bedah penuh sayang. ibu terpaksa tunggu lagi. ibu dah merayu2 kat doktor. ibu sakit tak tahan... teruk kan ibu...
 
alhamdullilah, dapat masuk juga dewan bersalin. sewaktu di bedah, ibu kehilangan banyak darah. selepas awak dikeluarkan, ibu mabuk. katanya ibu kehilangan banyak darah.
2 tahun. lasak!!!
 
sewaktu bersalinkan awak mmg banyak dugaan. tapi ibu syukur, kerana lahirnya awak, seberat 3.9 sihat dan sangat comel. hilang semua sakit ibu sayang.
budak comot!!!
 
dan sekarang anak ibu yang hensem nie dah tiga tahun. jadilah anak yang solehah dan sentiasa taat pada perintah Allah. ibu akan sentiasa mendoakan anak-anak ibu bahagia dan dirahmati allah.
hensem kan anak ibu?
 
tiga tahun...anak ibu yang comel!!!
 
"Ya allah, Ya Tuhan ku, jadikan lah anak ku, Amar Danish seorang anak yang soleha. rahmati lah ia. lindungilah ia dari hasutan syaitan, jauhilah ia dari godaan syaitan. Ya Allah lembutkanlah hati anak ku, Amar danish sepertimana kau lembutkan besi..
aku bermohon darimu Ya Allah..."
 

 
 


2 comments:

Adilah Asari said...

besar pengorbanan seorang ibu..semoga Amar menjadi anak yang soleh :)

cinta03 said...

amin... :)