Tuesday, February 19, 2013

OMG Fizz fairuz putus tunang!!!

 
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html


Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.


Fizz Fairuz


Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
 
 
 
____________________________________________________
 
kesiannya dia....apa la punya pompan, dah tahu awak tue masih berstatus isteri orang, yang pergi bertunang dgn lelaki lain lagi kenapa..haa...jadi lagi bini no 2..nie mesti kes, isteri pertama tak tau la tue, kawen kat thailand, kurang kasih sayang suami, cari lain..awak sedar tak yang awk masih isteri orang..HARAM tau!!!!
ter emo plak... aku rasa ex fizz, (emelda eh nama dia) tak sefrust fizz fairus la...kesian dia..

No comments: