Monday, January 7, 2013

Rumah Amal Kasih Bestari

korung ingat tak aku pernah cerita pasal anak2 yatim "rumah amal kasih bestari"..yep yang cik nadia kit ayang berusaha keras untuk membantu mereka. yep, baru tadi aku tengok blog cik nadia, bercerita lebih lanjut mengenai rumah amal ini...yep..sedih sangat...
mahu sahaja aku ambil salah seorang anak itu menjadi anak ku...
mari kawan2...kita tolong ringankan beban mereka...mereka anak2 kita...











orang2 kuat
lawatan kali ini cik nadia kita datang secara mengejut...hanya kerana mahu tengok gambaran sebenar rumah ini dan anak2 yatim ini..dan kesimpulan dapat dibuat oleh beliau,:



1. rumah dorang boleh tahan luas Alhamdulillah tapiiiii, keselesaan untuk anak-anak tu xde. sungguh. takde langsung boleh dikatakan. mungkin sebab ramaiiii orang bagi perabot-perabot terpakai, tapii boleh tahan terukkkk rosaknya. ustaz mungkin tak sampai hati nak buang kannn dah orang bagi. semuaaaa benda dia taruk dalam rumah. jadi secara tak langsung, rumah tu nampak sempit untuk tampung semua anak-anak Allah sayang ni. 

2. kalau korang perasan gambar awal-awal tadi, dekat depan pintu masuk rumah, haaaa bertimbunnnnn baju orang sedekahkan. Alhamdulillah. dorang tak pernah tolak. rezeki orang bagi kan. tapi percayalah, anak-anak ni bukan spesis bertukar ganti macam kita. dorang pakai dua tiga helai je. kak zu cakap, tak terpakai baju-baju yang orang bagi. kadang-kadang mungkin baju tu up to date sangat sedangkan anak-anak ni tak lekang dari baju melayu dan t-shirt. perempuan baju kurung. jadi banyak baju yang tak sesuai anak-anak ni pakai. dia tak buanggg baju orang bagi jangan risauuu. tapi, samaada rumah amal lain datang amek dekat rumah dorang atau dorang akan bukak bundle untuk jual baju-baju sedekah orang ni. biasa sehelai dorang jual RM2 je. secara tak langsung, duit tu laaa yang dorang guna untuk keperluan harian. nampak kan apa yang dorang perlu.

3. berdasarkan semuaaa penceritaan kak zu, rezeki makan dorang tak pernahhhhh putus. Alhamdulillah. dorang sangatttt dilimpahkan rezeki dari segi makanan. beras berkilo-kilo ada orang sumbangkan. memang kitorang nampak sendiri banyakkkk beras dekat dapur yang orang bagi sumbangang. memang setiap hari makan minum dorang cukup. takde sampai tahap mencatu. tapiiii, dari segi lain, mungkin kita semua tak pernah terfikir. masuk toilet dorang sabun mandi takde T_____T sedihhhh. sabun basuh ada 1 ketul je. lagi sedihhhh. cadar xcukup sebab ada segelintir budak-budak laki ni still kencing malam. cadar tak pernah cukup. T___T 

4. ada sesetengah anak anak dekat sini memang betul-betul yatim piatu. ada yang mak meninggal ayah buang. ada yang ayah meninggal, mak ada 4 orang anak, daif sangat tak mampu tanggung keempat-empat orang anak. jadi terpaksa serahkan pada orang lain. ada yang lahir dekat hospital, siap lahir, tinggal bodoo. T____T 

 
 
sumbangan boleh dihulurkepada :
 
  Maybank Nik Asyraf Syafiq Nik Azizan PLEASEEEE, 1530 1053 8403.
 


No comments: