Wednesday, January 16, 2013

cacar air/ campak / chikenpox

ye...disaat ini aku tengah menahan sakit kena penyakit nie...tak tahan aku...rasa badan nie nak tercabut dari tubuh aku...aduuuiiii...baru dua hari, cepat la hilang semua bintik2 nie...
atas kepala nie...menimbun aku rasa..nak tido pun tak selesa...
dan paling aku takut, berjangkit kat anak2 aku...

ada tak cara nak hilangkan semua nie cepat...tak tahan aku...dlm mulut aku dah ada tiga biji luka..tak leh telan dah makanan..perut pun dah naik sebu..rasa macam aku telan batu...sakit..perit...
aku google cari pantang larang bila kena cacar air  ni... 

Pantang Larang dan Petua:

1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain. 

korung ada petua tak nak ringankan sakit nie...ppllleeeezzzzz....

 

7 comments:

RosDiana said...

ala ciannyer..aku pun belum pernah kena takutnyer janganlah.. selamat bercuti panjang..hehe

Uncle Jonni said...

huhuhu... ankel dah kena masa bebudak dulu... tp ada kesan parut kat dahi seketui.... huhuhuhu

nazar amin said...

Baru kene ni.. dah 4 hari ... bila lah nak pecah blister ni..

cOkLat seManis KaMu said...

tengah kena. Tak dapat nak sekolah TT.TT

melaty Fiza said...

Dah 3 hari kena...siksa woo..:(

Aishah Abd Rahim said...

Dh enam hari kena..
hari ni bintil air dah sampai ke kaki..

Sy jaga pmknn, minum shake Herbalife setiap hari & minum air banyakkkk banyakkkkk..

Adik sy pun buat camtu..kurang seminggu dah kering & baik..alhmdllh..

Sesiapa yg berminat nk cuba nutrisi Herbalife boleh call ayah sy..
Abd Rahim ( 0124455678 / 0194811711)

Aishah Abd Rahim said...

Dh enam hari kena..
hari ni bintil air dah sampai ke kaki..

Sy jaga pmknn, minum shake Herbalife setiap hari & minum air banyakkkk banyakkkkk..

Adik sy pun buat camtu..kurang seminggu dah kering & baik..alhmdllh..

Sesiapa yg berminat nk cuba nutrisi Herbalife boleh call ayah sy..
Abd Rahim ( 0124455678 / 0194811711)