Monday, December 30, 2013

Happy Birthday To Me!!!

31 Disember 1985, lahirnya seorang budak yang sangat comel..hahahhaha...cakap nak up..naik bakul sendiri nampak...
yup, hujung tahun, hari jadi aku... kebetulan sama tarikh dengan adik aku. kami bukan kembar. beza 2 tahun, tapi tarikh lahir sama, 31.12. pandaikan mak ayah aku rancang!!!

usia makin meningkat...tapi tetap nampak muda...hahhahaha...ayat sengal...
hati aku?? doakan terbaik tuk aku. 
kadang2 aku kesian kat dia..aku selalu marah2.. ambil masa nak pulihkan hati nie. dan dia tetap bersabar...
kadang2 aku sendiri marah akan diri aku. terlalu cepat sangat sentap dan naik hangin.
doakan aku lembut hati k...

doakan terbaik tuk aku. :)

Sunday, December 22, 2013

peluang terakhir..

adakah aku terlalu keras hati?
aku mengalah, dipujuk oleh dia, ayah, dan abang2 aku..
dia berjanji dihadapan ayah, mak dan abag aku, hendak berubah dan mahu menjaga aku dan anak2..

keadaan aku. masih keras lagi...
sehingga la along dan angah pujuk aku. air mata jatuh tak terhenti. aku tak dapat menbendung kesedihan aku.
aku mengalah, demi ayah dan anak2.
aku nyatakan aku beri dia peluang. peluang terakhir.

hati aku masih lagi dibaluti kecewa. susah untuk aku buangkan. yup, akan makan masa.

Ya Allah, lembutkan hati aku. permudahkan urusan ku.
kuatkan hati aku. kuatkan hati aku...

Thursday, December 19, 2013

:( tabahkan hati

Ya Allah..tenangkan hati aku...
air mata nie tak putus menangis? aku menyesal dengan keputusanaku. tidak. 

aku tak sanggup lihat ayah bersedih. ayah bersedih. ayah bersedih. maafkan ckin ayah...
ckin tak mampu ayah. fahamilah keadaan ckin ayah. ckin tak mahu menderhaka lagi ayah. ckin tak mau. ckup ayah, selam ini ckin banyak buat dosa..

---terhenti---lap air mata---tenangkan hati----

ayah, ckin tahu ayah menyayangi dia. tapi cukup ayah. cukup pengorbadan ckin ayah. ckin tewas. dan ckin tak mahu teruskan lagi. 
mak...terima kasih mak. mak amat memahami keadaan aku. aku tak pernah mengadu. tak pernah bercerita akan hal aku. tapi mak melihat, dan mak merasai.
mak sahabat aku.. penenang aku. terima kasih mak..

---diam----

Allah...ko permudahkan segalanya. aku yakin kau bersama aku. lembutkan hati ayah aku. permudahkan urusan ku. lindungi ayah ku. tabahkan hati nya. aku tak sanggup kehilangan kasih sayang nya.
aku sanggup kehilangan kasih seorang suami tapi bukan kasih seorang ayah...

Wednesday, December 18, 2013

Permudahkan segalanya.. :(

aku mohon juga benda yang di benci oleh islam. kalau itu jalan penyelesaian aku redha.
moga segalanya dipermudahka oleh Nya.

aku tak kuat. aku gagal menjadi isteri yang dicintai suami. isteri yang disayangi suami.
ayah sangat kecewa dengan aku..
ayah...cukup ayah. ckin dah cuba sedaya upaya. ckin cuba berubah. tapi ckin tak kuat.
ayah masih boleh jaga ckin kan. ayah tak buang ckin kan? ayah sayang ckin kan.
maafkan ckin ayah. hati ckin terlalu kecewa.

perpisahan kami bukan kerna orang ketiga. tapi diri kami sendiri. ayah minta pada aku dan dia,
berpisah sementara. aku tak mau. aku mahukan kata putus.
aku tak mahu lakukan dosa lagi. cukup semua yang aku lalui.

ayah merayu. ayah merayu pada aku, dan bukan dia....
aku keras hati atau dia??

TUHAN TOLONG PERMUDAHKAN SEGALANYA. AKU TAHU INI PERKARA YANG KAU BENCI, TAPI AKU TAK MAMPU. TAK MAMPU. SETIAP HARI AKU TAK DIREDHAI..
BANTU AKU YA ALLAH. PEMUDAHKAN PERJALANAN AKU DAN URUSAN AKU...



Tuesday, December 17, 2013

urmm.. :(

termenung panjang.. lama aku tak menulis kat sinikan. perempuan yan suka membebel jadi pendiam.. huuhuh..
entah lah. aku rasa bosan. bosan dengan blog? bukan..aku bosan dengan kehidupan aku. bukan dengan anak2. anak2 adalah nyawa aku. tapi jalan kehidupan aku...
korung pernah rasa tak, dia dekat dengan kita, tapikita rasakan dia terlalu jauh dengan kita.
usaha? yup, aku dah berusaha. buat apa yang mampu, buat apa yang terdaya, tapi macm tue juga..
kenapa ya??

urrmmm....bila dah kerap kali terjadi, aku jadi bosan. perkara yang sama berulang kali. baik sekejab, lepas tue berlaku balik benda tue... betul ker tindakkan aku. aku makin bosan. bosan dengan semua tue..

minta doa dengan TUHAN??? beribu kali aku mohon pada dia. tapi aku tak kuat.. tak sekuat wanita2 di luar sana. aku tak tabah macam kamu...

aku bukan mahukan kemewahan...aku bukan mahukan harta benda. 
tapi kenapa dia masih tak tahu apa kemahuan aku, apa kehendak aku. 
kenapa semua tue di pandang sepi....

berapa lama lagi mahu bertahan???
tak cukup kah dalam tempoh 6 tahun nie???

Wednesday, December 4, 2013

Kenapa Curi? Sebab mak beli beras, kami lapar!!

p/s:-TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan).
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
kafa
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media.
Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah)
sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
Sedih sangat-sangat bila baca cerita ni,tak sangka dalam negara kita masih ada yang sesusah ni..kita sibuk bantu negara luar,tapi rakyat kita,sampai mencuri untuk makan,apa guna badan berwajib,apa guna duit zakat kita selama ni..jom sama-sama bantu mereka ni..kalau korang rasa tak percaya dan ingin maklumat lanjut,layari Page Kafa Insaniah di Facebook-Help KAFA Integrasi Al-Insaniah untuk lebih informasi..untuk maklumat mengenai latar belakang sekolah KAFA integrasi AL- insaniah klik sini. 

TOLONG SEBARKAN
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH
ACC:562496003074

Sumbangan terus kepada: Bank Islam SAR AL-INSANIAH Acc no: 12047010031372 Atau hubungi Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 Ustazah Norazainah 0173217971

Sumber : nescafeais

Tuesday, December 3, 2013

Gelagat Dua Hero!!!

peneman setia aku.. bikin aku panas pun ya..sibuk..orang buat kerja, diaorg tak der keje cari keje. pantang nampak camera. tue belum adik pompan dia.. sib baik dah tido...
jom tengok gelagat hero2 aku bila bergambar...















Sunday, November 24, 2013

Tempahan Inai : Telok Mas








inai pengantin, (tangan kiri dan kanan, kaki kiri dan kanan) = RM60
inai tambahan ( bukan tangan pengantin) = RM5 sebelah tangan
Kos transpot = RM20 bergantung pada tempat
* hanya area melaka
 
berminat? boleh emailkan kami di

akucinta03@gmail.com


atau hubungi saya,
012 6122 916
atau pm kami di fb
 

Wednesday, November 13, 2013

Testimoni Jamu Seri Bonda

ok, jom layan testimoni Jamu Seri Bonda. tak rugi korung mencuba. sebotol hanya RM39. amat berbaloi. untuk diri sendiri gak??

nak ikat suami? jagn guna bomoh2 nie..SYIRIK!!!.. dengan amalkan Jamu Seri Bonda, pasti en.suami anda semua tersenyum puas dengan anda. malah hubungan kalah pengatin baru!!! tiap-tiap hari malam jumaat!!! hihihi.. tak percaya, saya tak rugi apa... say ahanya membantu anda di luar sana.

pikat suami anda. bukan masakan sahaja, malah hubungan intam paling penting. tak guna, body lawa, muka market tinggi, tapi bab keintiman hancus!! malas layan suami, kebersihan bawah tak dijaga. ingat makanan utama suami tue..wahahahah...

Jamu Seri Bonda nie juga bukan untuk keintiman sahaja, malah badan boleh jadi segar. tak ada lesu2 badan lagi. memberi tenaga pada pengamalnya. pasti anda akan terasa kebersanannya!!









hubungi :-

012-6122916

atau email kan ke 

akucinta03@gmail.com


* aku bercerita benar, bukan untuk melariskan jamu aku. tapi kebenaran. rugi korung tak cuba.

Thursday, November 7, 2013

Cerita Pasal Taska

cerita pasal taska. sekarang nie tengah hot pasal budak kena bantai kat taska. yup mmg tak wajar tindakkan pengasuh tue. tapi sekarnag nie aku bukan nak cerita pasal keburukan taska. 
tak semua penjaga atau pengasuh berperangai macam video tue. aku amat bersyukur, Taska Manja Fairasafwa amat bertanggungjawab. tipu la klu aku cakap aku serah bualat2 anak aku kat diaorang kan. 
masa mula aku nak hantar anak2 ke taska, time tue la banyak kes dera kat taska. semua tue buat aku putus asa untuk hantar anak ke taska. orang lain jaga. dan aku terpaksa susahkan mak aku..
jadi satu hari aku tekad. dan hati aku serta otak ni mengerakkan ke Taska nie. taska nie dah lama. masa zaman aku baru2 kawin dulu aku dah perasan dan aku tertarik ngan taska nie.

owner yang tudung kaler purple, pakai speak mata

jadi aku pun hantar. owner sangat peramah. tersangat. non stop klu ckap. 
aku pada mula nya tak letak kepercayaan sepenuhnya. yup masih takut. jadi dalam masa aku hantar tue lebih kurang 3 minggu, aku datang awal (tengahari) ambik budak secara mengejut. nak tengok keadaan taska dan keadaan anak aku. aku datang tak bagitau. jadi diaorang pun terkejut. tapi alhamdullilah, anak2 semua ok, taska ok, dan anak masa tue tgh tido. 

dan aku tak takut, sbb aku ada perisik kat sana. saper lagi klu bukan dak iman. iman kaki  mengadu..hihihi..
ada sekali dia cakap ngan aku " ibu atul kena marah tadi"
aku tak melenting. sebab aku teringat pesan kakak tmpt keje aku...
" nak hantar orang jaga anak kita nie, kita kena saling bertolak ansur. jgn cerewet. hati penjaga senang, hati kita pun senang"
aku tanya iman balik kenapa atul kena marah dan pukul.
" memang la bu. atul main kat tangga. teacher marah dia degil.."
tengok, mmg kesalahan anak aku. klu jatuh macamana? diaorg juga susahkan.

kes kedua plak, iman mengadu
"ibu, amar tadikan kena tido kat dapur " 
hati nie dah pelik, naper plak anak aku kena tido asing kat dapur??
"kenapa?"
"amar kencing dalam seluar. jadi dia kena denda. amar tido dgn kawan.."
 terus aku gelak. dah kerana asuhan mereka, anak aku si amar danish pada mulanya pakai pampers selalu kencing dalam seluar, dah  pandai. tak pakai pampers, dah tahu pergi kencing sendiri!!!

bukan tue je, anak aku Atul'ain kuat isap punting dulu. asal nangis jer punting.. susu tak mau. klu tak der punting mengamok!! entah macam man aaku baru perasan dia tak isap. masa tu nak hantar gie taska.
"eh, lupa la bawa puting atul..."
"atul dah tak isap puting la.. tak per. kitaorang mmg ajar budak2 taska tak isap puting.."

waaa...bagus kan...
jadi, ibu bapa kat luar sana. jgn terus meletakkan hukuman pada semua pihak taska. siasat latar belakang taska. danjgn pula sambl lewa. nnt dipijak plak oleh pihak taska kan...

pekerja/penjaga/pendidik anak2 taska

lagi satu, aku suka penjaga taska nie. (pekerja) sebab, dia marah anak2 aku depan mata aku. tak selindung punya. contoh situasi.
aku nak ambik budak, balik. berborak sekejab dgn dia, sekali anak2 panjang sana, panjat sini..
"IMAN JGN PANJAT!!!! KO TURUN SEKARANG!!!" 
haa... macam tarzan kau. sebijik macam aku marah... ok aku faham. hihi..jadi dia tak berlakon. tue yang aku suka. jgn dapat penjaga anak, depan baik semua boleh, belakang..dia bantai anak kita!!!

dan aku suka owner nie, sbd dia boleh bertolak ansur dengan kita. bab bayaran mahupun apa2. jadi kit apun patut bertolak ansur ngan diorang kan. jgn terus letak kesalahan pada diaorang. siasat dulu.

pada warga melaka. aku rekemenkan korung antar anak korung kat taska nie. :)
dan sekarang anak angah aku dah jadi warga Taska Manja Fairsafwa!!!
banyak aktiviti untuk anak2.. :)



















korung berminat? ni link fb taska (klik sini). kat situ banyak pic2 aktiviti kanak2 taska.
kat sini pun ada perkidmatan transit tau!!
macam iman dah masuk transit. sekolah tadika jaim pun kat taman nie juga. jadi senang keje aku. tak payah terkejar nak ambik anak kan.. :)


*pssttt, bisness kad aku buat.. hihihi.. nak tempah kat aku k...hihihi