Wednesday, December 19, 2012

Ringankan Beban Mereka...

mereka nie semua amat memerlukan bantuan kita. tak salahkan kalau kita tolong mereka. bukan berpuluh ribu pun kita perlu keluarkan wang untuk mereka. walaupun RM1, ia tetap meringankan beban mereka..
 


 
ruang yang sempit untuk mereka beristerihat. namun mereka semua tetap bersyukur....
 




 
percayalah. sini je tempat mereka makan sambil bersila, sini jugak tempat mereka belajar bersama-sama, dan sini jugak la tempat mereka solat jemaah bersama-sama.

tapi kaw jangan risau babe, aku tau semangat dorang kuatt. jauhhh lagi kuat dari aku, dari kita. T__T heyy hati dorang dah cekal. sangatttt cekal. tak pernah merungut, tak pernah memberontak sebab mereka dididik dan diasuh oleh insan berhati mulia. cukup mulia. kaw ingat mudah untuk menjaga insan bergelar manusia yang tak pernah ada pertalian darah daging dengan kita? aku sendiri belum mampu boleh buat. susah babe.

korangg, saya, nur nadia farahida binti mohd sabri, dengan penuh rasa rendah diri, dengan sepenuh jiwa raga saya, saya sangatttt memerlukan bantuan korang. saya tau saya tak mampu buat semua ni sorang diri. bantulah mereka seikhlas mungkin setakat apa yang kita mampu. saya takkan paksa sesiapa untuk memberi sebarang sumbangan tapi percayalah, sumbangan korang sangatttt membantu mereka. demi Allah, korang jangan risau, semuaaaaa dana dan sumbangan korang saya akan sampaikan sepenuhnya kepada mereka yang selayaknya. saya tau apa hukum makan duit anak yatim, korang jangan risau. saya akan pastikan, setiap sen duit korang, mereka akan menerimanya.

tolong saya untuk tolong mereka. T__T jasa korang saya takkan lupa sampai bila-bila. saya akan serahkan kesemuaaa sumbangan anda kepada mereka pada 24hb Februari 2013. saya sangattt terharu dan berbesar hati jika korang sudi dan boleh membantu saya untuk sebarkan entry ini. bayangkan jika setiap orang sudi mendermakan RM1, sepertimana kita selalu sedekahkan kepada peminta sedekah di kedai-kedai makan mahupun kaki lima, kalau 100 orang, kita akan dapat RM100. kalau 1000 orang? kalau lebih? hanya Allah yang mampu balas semuaaaaaa kebaikan korang. terima kasih kawan-kawan.  

 
aku minta jasa baik korang, walau sebanyak mana korang beri sumbangan, tolong inform aku. walaupun hanya RM1. korang boleh inform aku samaada di email nadiafarahida@gmail.com atau mesej aku di https://www.facebook.com/nadiafarahida. sekian, terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati aku, ikhlas.
 
 
 
jom kita beramal. tak rugi kita bersedekah. walaupun dengan jumlah yang sedikit, kita dapat ringankan beban mereka. sokong NADIA diatas niat murni beliau.
 
 


1 comment:

Mentari Minda said...

beginila blogger perihatin....http://www.mentariminda.com/2012/12/segmen-mentari-minda-kanak-kanak-ini.html