Wednesday, November 28, 2012

Alkisah seorang Tukang Papan

Assalamualaikum.. Untuk Renungan Bersama...

 


Ali bakal bersara dalam masa tiga bulan lagi. Ali seorang tukang papan yang bagus dan sangat disukai oleh bosnya.

Rumah yang dibina Ali sentiasa mendapat pujian pelanggan.“Bos, ana nak bersara, nak pergi jalan-jalan dengan isteri dan keluarga lepas ini. Ana berat nak pergi dan sayang*gaji lumayan ini… tapi sudah sampai masanya ana bersara…” kata Ali kepada bosnya.Bosnya terasa sedih tapi terpaksa melepaskan Ali.“Sebelum Ali pergi, boleh tak dalam masa tiga bulan ini, siapkan satu rumah untuk ana sebagai perkhidmatan terakhir,”

tanya bos kepada Ali.Dengan berat hati, Ali akur dengan permintaan bosnya, tapi hati Ali bergelora dan berkata2…“Saya sudah nak bersara masih nak bagi kerja berat lagi… “ rungut beliau.Ali membina rumah itu dengan sambil lewa. Hatinya jelas tiada lagi pada kerja terakhir ini. Barangan ketukangan Ali sengaja

menggunakan yang kurang berkualiti untuk membalas dendam kepada bosnya yang pada fikirannya tidak bertimbang rasa.Sepanjang Ali membina rumah bosnya, bosnya tidak pernah datang melawat untuk memeriksa keadaan rumah.“Pelik, tapi bagus juga… saya boleh siap cepat sikit,” bisik Ali sambil meneruskan kerja sambil lewa dan tidak berkualiti.“Ini bakal hasil kerja saya yang terburuk sebagai hadiah untuk bos yang tidak bertimbang rasa,” kata Ali sambil tersenyum.Akhirnya Ali menyiapkan rumahnya dan bosnya datang untuk melihat hasil kerjanya.Yang pelik bosnya tidak masuk ke rumah apabila tiba di rumah barunya. Bosnya menyuruh Ali keluar.“Ini kunci. Rumah ini ialah hadiah persaraan untuk anta. Ana pasti anta dah buat yang terbaik untuk ana sebagai hasil kerja terakhir ana,”

kata bosnya.Ali terkejut besar dan terasa malu.Kalaulah dari awal dia tahu rumah ini adalah untuknya, sudah tentu Ali akan membuatnya secara terbaik.

Sekarang dia sendiri yang menghadiahkan ‘hasil kerja terburuknya’ kepada diri sendiri,Kisah Ali ini banyak berlaku pada kita. Kita membina hidup kita dengan memberikan “reaksi” yang tidak sepatutnya,

dan selalu tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan.Kita akan terkejut dengan situasi yang kita ciptakan (hasil terburuk Ali) dan terpaksa hidup dalam situasi rekaan kita (rumah menjadi milik Ali).Jika kita sedar lebih awal (bahawa rumah itu adalah untuk Ali sendiri), sudah tentu kita akan memberikan yang terbaik.Berilah yang terbaik walaupun di mana-mana. Kita tidak tahu apa perancangan Allah, jadi buatlah yang terbaik di mana-mana

sahaja kerana hidup kita hari ini adalah hasil kerja, sikap dan keputusan yang kita laksana selama ini.

Wassalam bissawab….

 

1 comment:

محمد رازيق said...

buat yang terbaik dalam segala hal. kerana kita tidak tahu dimana titik hujung kehidupan kita.