Tuesday, September 4, 2012

Cerai Fasakh, Hak Wanita Menuntut Cerai

 
ALASAN MENUNTUT FASAKH BERDASARKAN ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA)

 

* Suami atau isteri tidak diketahui di mana berada selama lebih daripada satu tahun
 
* Suami cuai atai tidak memberi nafkah selama 3 bulan
 
* Suami atau isteri telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih
 
* Suami atau isteri tidak menunaikan nafkah batin selama satu tahun
 
* Suami mati pucuk semasa berkahwin dan masih demikian dan isteri tidak mengetahui mengenainya
 
 
 
* Suami atau isteri gila untuk tempoh dua tahun atau menghidap penyakit kusta atau vitilligo atau mengidap penyakit kelamin yang berjangkit
 
* Isteri yang dinikahi oleh wali mujbirnya semasa belum baligh dan belum mencapai umur 18 tahun dan belum disetubuhi suami
 
*Suami atau isteri menganiaya isteri atau suami iaitu :
- lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita kerana dianiaya :
-berkahwin dengan perempuan atau lelaki berperangai jahat atau keji daripada pandangan syarak
- memaksa isteri hidup secara lucah
- melupuskan harta isteri atau suami atau menghalang isteri atau suami menggunakan harta mengikut haknya.
- menghalang isteri atau suami daripada menunaikan kewajipan agama
- jika suami ada lebih daripada satu isteri dai tidak melayan secara adil isterinya.
- pasangan suami isteri masih belum mengadakan hubungan seks walaupun telah empat bulan berkahwin atas keengganan mana-mana pihak kepada perkahwinan tersebut untuk berbuat demikian.
 
* isteri tidak bersetuju (tidak memberi izin) untuk dinikahkan atas sebab izinnya tidak sah kerana paksaan, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau apa-apa sebab lain yang diiktiraf oleh hukum syarak.
 
 
 
* Pada masa perkahwinan isteri telah memberi izin yang sah tetapi dia masa itu sakit mental
 
* atau apa-apa alasan lain yang diiktiraf oleh hukum syarak...
 
 
sumber : utusan Malaysia (mega)


2 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

wow!!... guna template baru ke?.. lama tak jengah sini....

nampak lebih elegent.....

cinta03 said...

ala...baru jer godek2 nie...nie pun tgh pening kepala nie..macam dah tak betul jer blog nie...wahahahha....