Thursday, August 9, 2012

cara selamat merogol remaja bawah umur!!!!

tengok tajuk, apa korung ingat aku nak bagi tips cara selamat merogol org ker...huhuhuh...tiba2 pagi nie angin ada naik sikit...memang aku tak puas hati.. sebelum tue, baca berita nie dulu...aku yakin darah korung ada sedikit naik setelah baca artikel nie...

laporan berita :

Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Berkelakuan Baik Ke Atas Noor Afizal

Rabu Ogos 8, 2012

PUTRAJAYA: Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.....



tengok....oleh kerana dia adalah pemain handalan kebangsaan, maka kesalahan dia diringankan dengan berkelakuan baik sbb perogol nie ada masa depan cerah..alaaammmaaakkkk...patut ker?? perogol ada masa depan yang baik, dan mangsa rogol dah musnah harapan...maruah magsa macamana?? keluarga lagi...eeee....tak faham aku....mmg tak adil....makin maju negara kita nie, makin tak paham aku dengan undang malaysia nie....

lepas nie, sesiapa yang ada masa depan yang cerah...yang rasa diri dia tue kebangaan negara, boleh ler korung pergi cari magsa yer..aaaallaaa hukuman setakat berkelakuan baik....aper der hal.....eee...sakit hati aku..nie kalau kena kat aku, mmg tak hidup dah mamat nie....bodoh.... aku tengok muka dia pun rasa nak hempuk jer gan bola boling tue!!!!!







3 comments:

Nyue said...

Teruknya....

Hana Wonnie said...

hoh, disgusting!

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

malaysia.... apa nak heran.. penari tiang pun kene hukum 25 hinggit je.... dalam quran terang jelas dah tentang hukuman... tiada kompromi......