Tuesday, June 19, 2012

wanita....

SUAMI tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya, hanya kerana satu tingkah laku isteri yang tidak menyenangkan. Sebaliknya, dia dituntut mengambil kira perilaku lain isterinya yang menyenangkan, sebelum membuat sebarang keputusan.

Sabda Rasulullah saw, bermaksud:  
“Sesungguhnya, orang perempuan itu dicipta dari tulang rusuk. Dia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal dia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan, sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan atau isteri yang sejak lahir, memang dipengaruhi oleh sifat-sifatnya yang asal. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika dididik dengan kasar, maka akan patah (gagal).
Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh itu, dalam mengendalikan urusan dengan isteri, seorang suami harus sabar dan bijaksana, tahu masalah dan keadaannya. Jangan terlalu berkasar atau berlembut dalam mendidik isteri. InsyaAllah, dia akan diberikan ganjaran kejayaan seorang isteri yang saleha.
Seorang isteri pula, di samping taat kepada Allah, perlu taat kepada suaminya. Jika kedua-dua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Isteri itu akan dipersilakan masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Jika seorang perempuan sembahyang lima waktunya, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya bagi seorang perempuan (isteri)?” Baginda bersabda: “Suaminya.” Aku bertanya lagi: “Siapakah yang lebih besar haknya bagi orang lelaki?” Baginda bersabda: “Ibunya.” (Riwayat Bazaar dan Hakim).

Isteri mempunyai satu kewajipan besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didulukan.Berbeza dengan suami, dia mempunyai kewajipan amat besar terhadap ibunya. Sejauh mana kemampuannya, dia perlu memenuhi setiap keperluan ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya.
Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. 

“Dan setiap wanita yang bermuka masam di muka suaminya, justeru, dia ada dalam kemurkaan Allah sampai dia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan dia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, justeru, malaikat melaknatnya hingga dia pulang.” (Hadis riwayat Al Bazzar).

Source: Berita Harian Online




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa wanita, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan wanita drpd tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah..

Didiklah wanita dgn panduan dari-Nya..
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita..
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah..
kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya..

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu..
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan..

Akan terhibur dan bahagialah hati seorang wanita,walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'.
isikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain.

Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'..
wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan..
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki..

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki..
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri..
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa..

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan..
pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus.....

No comments: