Thursday, January 26, 2012

Suami Isteri......

sedang asyik layan2 facebook tadi, tiba-tiba aku terbaca status seseorang....
"Seronok bc status kwn yg bahgia bersama keluarga masing2....bilalah nk rs camtu ek....tuhan maha kaya dan dia tau yg trbaik utk hambanya....sabar n tawakal adalah kunci kebahgiaan"


terus aku teringat akan en.suami....erm...tidak dapat aku nafikan, walaupun aku dah lama bercita gan en.suami, tapi bila dah kahwin lain..hihii...walaupun tak 100% tapi segala nya dah nampak...baik buruk semua timbul...

dan aku mengaku, hubungan awalan kami memang tak siindah zaman bercinta...hihihihi...tak indah2 pun dah keluar tiga ko!!!!! 
ada jer tak kena. sama ada aku atau pun dia...
tapi aku bersyukur sangat, aku mempunyai teman yang boleh dipakai...hihihi..layak dipanggil sahabat...

ye....dia ajar aku...dia suruh aku ubah diri aku...selalu bagi aku kata2 perangsang....dan alhamdullilah...
aku bahagia....dan kalau aku tahu, dari dulu aku buat....

tahu apa yang kawan aku kata??? hihih...

lelaki memang perlu dimanja...dia bagai babby....belai dia...
tapi jgn la 24jam ko asyik nak belai jer...tak jadi keje lak nnt 

 aku buat semua tips2 yang member aku bagi nie..ye...memang nampak perubahan...makin aku berlembut, makin lembut dia layan aku...malah makin romantik dia layan aku....
para wanita sekali, janganlah kita sentiasa berkasar dengan lelaki nie..nak2 suami kita...memang la tak menjadi hubungan itu...dan lelaki plak jangan la ambil kesempatan lak yer!!!

ok, nie aku cedok dari satu forum, mengenai tips2 untuk wanita...



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yg menarik perhatiannya. 
- itu yang diajar oleh kawan aku..memang benar...huhuhuhu

2. Lemparkan sneyuman yg bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan manja. 
- memang tak dapat dinafikan...en.suami selalu cakap, walaupun penat macamana pun dia, bila dia tengok aku senyum kat dia, hilang penat dia..nak2 dengan tawa riang anak2....
bangga oooo bila dia cakap cam tue.....

3. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yg sedih mengharapkan kesetianan. Janganlah lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dna apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yg bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya. 

  - ha...nie memang 100% betul...memang aku sentiasa amalkan ok....isteri yang bijak akan mengambil berat mengenai 2 perkara penting...yang pertama tue memang aku lepas la...tapi yang no 2 tu..huhuhuhuhu...


4. Banyaklah membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta2 kerana ini akan menyebabkan suami anda akan berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama2lah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal2 yg mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan ekonomi rumahtangga.
- SETUJU!!!!!!!


5. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ini patut dilakukan setiap hari, walaupun anda telah beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk melakukan itu semua.
-YANG NIE PLAK MEMANG KAWAN AKU TUE SURUH BUAT..TAPI AKU MALU LA..HUHUHU


6. Apabila ada saja kesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri2 menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan2.
- hihihi...manja2 kat dalam rumah jer...hiihi...tapi sejak dua menjak nie dah terbiasa plak...kadang depan mentua pun nak manja2...gedik ko eh!!!!


7. Jadikan amalan untuk menidurkan anak2 anda lebih awal dari masa anda masuk tidur. Amalkan juga tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalm kehidupan berumahtangga. 

 - tau tak per...tue sebab hobi lama aku datang..anak2 tido awal...so lepas en.suami dah abis keje dia, so dapat ler aku bermanjer2 gan dia...


8. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu anda tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah padanya. Ini akan meyebabkan ia jauh hati dan merajuk.
- SETUJU!!!!!

9. Jagalah anak2 anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak2 anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak2 anda di depan suami anda , suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yg disayanginya.
- yang nie aku  kena belajar lebih lagi..sebab aku nie kurang penyabar sikit..nak2 hero2 aku makin lasak...tapi aku ayang mereka!!!!


10. Selalulah memicit2 dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok2 badannya.
- memang selalu diamalkan, cuma mandi tue tak...sebab anak2 dah besar la...i maluuuuuu...tapi mauuuuu...


11. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimutlah bersama suami anda. Ciumlah suami anda dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberi pengertian bahawa "hanya kaulah satu2nya kekasihku di dunia ini". Bila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda ingin membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

- opppsssss.....tido atas bahu en.suami...sentiasa....sayang abang....


12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara2 yang baik saja. Itulah tanda anda benar2 mengasihi suami anda
. - huhuhuh...kadang2 terlepas kata gak.....


13. Sekiranya suami anda berhajat untuk bersetubuh dangan anda, layanilah dia walau bagaimana pun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham mengenai keperluan suaminya dari segi sudut seks.Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami merasa bosan terhadap anda.
rezeki jangan ditolak....rugi tolak ko!!!!

.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda bejima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya lajukan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda2 anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
i malu la.....


15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedang anda sangap, menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa
yang memanifestasikan cintanya.

hihihihi...kawan aku pun ada ajar benda nie....

.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
saper tak sayang laki dik oiiitt!!!!!

.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak2 anda dengan baik serta berterusanlah menjalin silaturahim bersama keluarga suami anda. Mudah2an nanti, anda akan menemui suami anda di syurga. 
ye.....aku sayang dia hingga ke syurga....dia lah kekasih  awal dan tak der yang lain...aku hanya mencintai dia....
ceeeehhhhhh....jiwang siiioootttt!!!!!!!

Insyaallah!!!! 


moga2 tips semua nie dapat aku shared gan korung yer....tak rugi kita beralah untuk kebahagiaan....

selamat mencuba kawan2.....  

Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga
keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam "abqaro" menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Haa... tu dia. Ayat ni untuk jaga luar dalam atas
Dan bawah (oopps...censorred). Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.


Caranya : 1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah
sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri
kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
[56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang
sebaya umurnya.
[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
 

1 comment:

RosDiana said...

kenal sangat status yang dekat pesbuk tu hehehe...