Sunday, December 30, 2012

hari terakhir

sebelum tue...
SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI AKU DAN ADIK AKU.....
 
haaa....jangan tak tau aku nie dilahirkan pada tarikh nie...boleh??? yang adik aku tue bukan kembar aku tau. tapi tiga tahun muda dari aku. punya la pandai mak ayah aku adjust yer... hihihihi... kitaorang shared tarikh lahir tapi tahun berbeza.... hihihihi..
 
mestila hapie hari nie...en.suami hadiahkan handbag tuk aku..kebetulan mmg dah ranap handbag aku tue... klu korang nak tau, sepanjang aku jadi isteri dia, nie hadiah kedua aku dapat dari en.suami..hahahha..kejamkan...first dulu, masa umur perkahwinan kami jejak 2 tahun, dan kini setelah 5 tahun kawen, dapat hadiah..hahhaha...(*walhal aku mintak..boleh...)
 
yep, aku bukan seperti pasangan kat luar sana...huhuhh..en.suami aku ni mmg susah nak bagi hadiah kat aku. mas bercinta dulu pun sama. sepanjang aku kenal dia, hanya tiga kali dia bagi aku bunga...tak romaktikkan??? tak per la bang, apa yang penting ckin tetap sayang abang, dan abang pun sayang ckin kan...
 
 
dan buat pengetahuan korung, hp aku dah rosak..yep..baguskan..ganas sgt aku nie...jadi, aku tak dapat nak ambik gambar. dan susah untuk aku berblog..payah giler...
 
sekejab jer kan masa berlalu. esok dah masuk tahun 2013. dah tua dah kita nie kan...umur semua makin bertambah... :) aper pun, aku nak ucapkan kat korung semua...
 
SELAMAT TAHUN BARU!!!!!
 
azam aku tahun nie....
 
*dah tak nak ponteng keje lagi...(rekod keje aku teruk!!!!)
 
* aku nak kurus...(susah sgt azam nie...tak kuat semangat betul!!!)
 
*memperbaiki diri aku (anak dah masuk sekolah, jadi kena lebih bertanggungjawab)
 
 


Wednesday, December 26, 2012

cepatrnya masa berlalu...

sedar tak sedar cepat betul masa berlalu. bila aku pandang anak2 buah aku dah kahwen, apabila adik2 sepupu sepapat aku kawen, rasa macam baru jer aku dengan en.suami kawen. best betul jadi raja sehari. rasa nak pusing masa jer, balik pada hari persandingan aku...hihihih..tapi apakan daya, ia hanya jadi kenangan manis aku... :)
 
 
 
dan, aku rasa cepat betul masa. 21.12.12 genap sudah lima tahun aku bersama suami aku..hihihi.macam tak caya jer 5 tahun dah aku jadi isteri dia. erm...mmg banyak liku2 kehidupan aku dengan dia. bohng la klu aku katakan aku sentisa bahagia..tak pernah bergaduh...nampak sangat aku buat cerita bohong kan...hihihi...biasa la, adat suami isteri...mesti ada gaduh...alhamdullilah, dapat juga kami pertahankan ikatan suci...
 
 
bila tengok anak2 aku makin membesar, kadang aku rasa takut pula..hihihi...bila si atul ain dah mula bercakap, rasa macam cepat betul masa berlalu. nanti aku dah tak rasa dah nak buat susu anak waktu malam. nanti aku dah tak rasa lak mandikan anak2...arrghhhh..cepat betul masa berlalukan...
 



 
iman plak tahun depan dah lima tahun..anak nak mula masuk sekolah, aku ada glabah sikit. kelam kabut nak buat itu ini, walhal benda kecik jer...hihihii....almaklumler...tak de pengalaman nak sekolahkan anak....
macamana la agaknya anak aku tue. harap semangat la dia nak kesekolah tahun depan..iman aku akan hantar sekolah tadika jaim, dekat melaka, dekat sikit kat tempat keje aku ni. apa2 hal aku leh tengokkan dia. dan lepas tue, taska yang sekarang iman gan danish duduk nie, akan ambil iman balik sekolah. jadi aku dah senang. cuma nanti si danish tue plak sesorang kat sekolah taska dia. selalu berkepit jer ngan abang dia..pandai2 la ko nak..hihihihi
 
bila anak2 dah makin besar nie, ringan sikit aku. kalau tak anak setahun satu nie, ada sakti sikit aku. bukan sakit apa, bila time diaorang buat perangai nak berkepit jer..adddoooiii..tak jadi keje..nak2 kalau kat rumah orang..naik rimas aku. tapi sekarang aku dah senang nak wat keje, iman gan danish dah pandai main sendiri. jadi klu gie rewang boleh ler aku buat keje.... :)
 
cepat betulkan masa...hihihi...harap, hubungan aku dan en.suami berkekalan hingga ke akhir nyawa kami. bahkan ke syurga nanti insyallah....
 
dan buat suamiku, terima kasih kerana banyak bersabar dengan isteri awak yang selalu panas hati nie..huhuhu...galabah jer lebih...isteri awak nie, berjanji akan terus berusaha memperbaiki diri ini..terima kasih awakkk..
 
dan buat anak2 ibu, jadilah insan berguna sayang. dan ibu sentiasa sayang anak2 ibu..teramat sayang....
 
**blur plak...
 
 


Wednesday, December 19, 2012

Segmen Mentari Minda : Kanak-kanak ini Perlukan Bantuan

kali ni aku bukan join segmen tambah follower ker atau blogwalking. segmen ini untuk beramal...cehh.... betul. aku tak boleh tengok anak2 yang sebaya aku nie sakit seperti ini. sedih..kalau aku tak ada kena mengena dengan di adah sedih, inikan pula ibu ayah dia...ada kena mengena, sebagai sedarah umat islam..apas salahnya kita tolong anak ini. berilah dia peluang seperti mana anak2 aku dan anak2 yang sihat diluar sana.
 
 
 
aku pasti ibu bapa anak ini tak mengemis pada korang. tapi apa salahnya kita tolong meringankan beban diakan. jangan biarkan anak secomel ini menderita sakit... :(
 
kalau setiap sorang dari kita derma walaupun sedikit kat anak ini, bila dikumpulkan insyaAllah dapat menampung kos perubatan anak ini.. derma lah dengan seikhlas mungkin.
 





 
 
 
 
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
 
 
 
 


Ringankan Beban Mereka...

mereka nie semua amat memerlukan bantuan kita. tak salahkan kalau kita tolong mereka. bukan berpuluh ribu pun kita perlu keluarkan wang untuk mereka. walaupun RM1, ia tetap meringankan beban mereka..
 


 
ruang yang sempit untuk mereka beristerihat. namun mereka semua tetap bersyukur....
 




 
percayalah. sini je tempat mereka makan sambil bersila, sini jugak tempat mereka belajar bersama-sama, dan sini jugak la tempat mereka solat jemaah bersama-sama.

tapi kaw jangan risau babe, aku tau semangat dorang kuatt. jauhhh lagi kuat dari aku, dari kita. T__T heyy hati dorang dah cekal. sangatttt cekal. tak pernah merungut, tak pernah memberontak sebab mereka dididik dan diasuh oleh insan berhati mulia. cukup mulia. kaw ingat mudah untuk menjaga insan bergelar manusia yang tak pernah ada pertalian darah daging dengan kita? aku sendiri belum mampu boleh buat. susah babe.

korangg, saya, nur nadia farahida binti mohd sabri, dengan penuh rasa rendah diri, dengan sepenuh jiwa raga saya, saya sangatttt memerlukan bantuan korang. saya tau saya tak mampu buat semua ni sorang diri. bantulah mereka seikhlas mungkin setakat apa yang kita mampu. saya takkan paksa sesiapa untuk memberi sebarang sumbangan tapi percayalah, sumbangan korang sangatttt membantu mereka. demi Allah, korang jangan risau, semuaaaaa dana dan sumbangan korang saya akan sampaikan sepenuhnya kepada mereka yang selayaknya. saya tau apa hukum makan duit anak yatim, korang jangan risau. saya akan pastikan, setiap sen duit korang, mereka akan menerimanya.

tolong saya untuk tolong mereka. T__T jasa korang saya takkan lupa sampai bila-bila. saya akan serahkan kesemuaaa sumbangan anda kepada mereka pada 24hb Februari 2013. saya sangattt terharu dan berbesar hati jika korang sudi dan boleh membantu saya untuk sebarkan entry ini. bayangkan jika setiap orang sudi mendermakan RM1, sepertimana kita selalu sedekahkan kepada peminta sedekah di kedai-kedai makan mahupun kaki lima, kalau 100 orang, kita akan dapat RM100. kalau 1000 orang? kalau lebih? hanya Allah yang mampu balas semuaaaaaa kebaikan korang. terima kasih kawan-kawan.  

 
aku minta jasa baik korang, walau sebanyak mana korang beri sumbangan, tolong inform aku. walaupun hanya RM1. korang boleh inform aku samaada di email nadiafarahida@gmail.com atau mesej aku di https://www.facebook.com/nadiafarahida. sekian, terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati aku, ikhlas.
 
 
 
jom kita beramal. tak rugi kita bersedekah. walaupun dengan jumlah yang sedikit, kita dapat ringankan beban mereka. sokong NADIA diatas niat murni beliau.
 
 


Tuesday, December 18, 2012

hero aku!!!!

hero aku, saper lagi klu bukan anak2 aku ni...muhammad iman dan amar danish.
untuk pengetahuan korung, iman dan amar aku dah masukkan taska. sejak mak aku pergi haji, aku dah antar diaorg nie belajar kat taska. lagipun senang. aku tak pening kepala nak pikir saper nak jaga anak aku. sebelum nie, mak aku jaga.
aku tekad gak anta anak2 gei ke taska, walupun aku tau mak aku mesti kecik ati. dia nak jaga cucu2 dia nie. sunyi katanya. oleh kerana terfikir gak sbb tue, dan nak jaga hati ibu aku, aku tinggalkan puteri aku ngan mak aku..dah makin lasak puteri aku tue. kalah abang2 dia...
 
alhamdullilah, hero2 aku nie dah pandai sesuaikan diri kat sana. iman mmg aku tak de hal. dah pandai. tapi adik dia, amar ada memeningkan kepala sikit...ye la tak pernah berpisah ngan aku dan nenek dia....tekat gak antar. ko melaung la nak, ibu tinggalkan ko gak. cukup masa ibu ambik balik. tue seminggu selepas hantar la. sekarang, wah...tak heran aku dah. dah sampai taska komain suka ko eh....
 
jo tgk aktiviti anak2 aku kat Taska Manja Fairasafwa.
 


 



 



 
alhamdullilah. setakat nie aku amat berpuas hati jagaan anak2 aku kat sini. anak2 aku dah pandai baca doa makan. dan dah pandai berzikir beb!!! aku buka lagu zikir, masa nak tidur, semua dah nyanyi, ikut sekali. mcm tue gak dalam kereta..sejuk tempat operate aku nie..hihihi
 
dan kat sini gak, diaorang latih anak aku tak pakai pampers (amar). tue yang aku suka. amar kat rumah mmg tak pakai pampers, tapi kat sekolah mula aku pakaikan. tapi bila aku minta tolong ajar dia. alhamdullilah, dah ok semua...
 

Contact Info

 
 
 
KEISTIMEWAAN TASKA MANJA FAIRASAFWA

     - Modul pembelajaran awal (play school)
- Aktiviti kognitif, fizikal, bahasa, pergerekan kreatif
- Mengikut spesifikasi JKM
- Pengasuh terlatih & bertauliah lulusan JKM
- In-Door Playground yang selamat
- Sudut bacaan khas dan sudut binaan
- Rekod Perkembangan kanak-kanak
- Menu makanan berzat

Kami menyediakan perkhidmataan jagaan kanak-kanak berumur dari 2 bulan ke 12 tahun.
Perkhidmatan transit dari sekolah turut di sediakan.
Buka 24 jam sehari
Lokasi di Taman Saujana Indahi, Bukit Katil, Melaka
Segala pertanyaan boleh berhubung terus ke talian 0129338405
 
 
 
 


Sunday, December 16, 2012

jom layan Layan Antik!!!!

 
 

 
Antique toy car

Condition : Good condition
Price : RM75
Postage : RM6
 
 
 


 
Antique sewing machine

Condition : Good condition
Price : RM120
Postage : RM15
 
 


 
Antique gasoline Lamps butterfly brand

Condition : Goog condition
Price : RM200
Postage : RM6
 
 
 
1 ringgit malaysia set

Condition : See picture show / 14pc
Price : RM 250
Postage : RM6
 
 
 


Antique wash pitcher

Condition : Good condition / Copper
Price : RM 350
Postage : RM6
 
 

 
Antique dining platter / 2pc

Condition : Good condition
Price : RM70
Postage : RM6
 
 
Berminat??
hubungi En.suami saya ya...bukan saya tau...
 
nor : 014-3256185
iklan mudah : mudah.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, December 13, 2012

Serabut!!!!

macam2 hal aku minggu nie..betul2 serabut tau tak!!!
barang aku pos kat org, balik kat aku balik..bukan salah posmen pun...
SALAH AKU SENDIRI K!!!!
aku salah tulis alamat. pos kat diri sendiri..boleh???
sengal tak sengal aku???
 
dah tue, hari nie nak poskan bali, suh, en.suami poskan, dah berlaku satu hal plak...
aaddooiiii...
cermin mini almari antik dia tue pecah... dah la benda tu nak jual. dah ada buyer...pasal apa pecah?
barang yang aku suhkan pos tue atas cermin tue, terhentak jalan, parrkkk...pecah seribu...
 
sekarang dalam mood serba salah...
minta maaf pada yang berkenaan...
 
 
 
 
 
 


Wednesday, December 12, 2012

Tahukan Anda?

 
 
Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.Daun ketumbar ni bentuknya sama macam daun sup.Bezanya daun sup baunya harum,daun ketumbar baunya macam kumbang.


...
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit dengan api sederhana.
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang-mz
 
 
sember :FB

Sunday, December 9, 2012

Segmen : Cari Follower by Nakahime

ok, aku join segmen lagi. nak tambah2 kan kenalan di alam maya nie kan..hihiih..
 
 
 
comel giler kartun tue. aku minat kartun2 cam nie. walhal dah jadi mak org dah pun..hiihhiih..cutekan dia lari2 cam tue..hihihihi..
 
nak join, jom ramai-ramai join segmen nie.. :)
 
 
 
 
 


Tuesday, December 4, 2012

kelender untuk cuti umum 2013

wa...nie lah aku nanti2kan..cuti umum untuk tahun depan. hahaha..punya la buruk perangaikan..pikir nak cuti jer..keje malas...huhuh....
ok, mana2 yang tengah cari cuti tuk kenduri kawen ker, kenduri selamat ker, berholiday ker, ambik nie...